Doa & Amalan Ibu Menyusu Untuk Memperbanyakkan Susu Ibu



" Ya Allah....permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...Amin “

Surah Al-Hujurat & Al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimanapun, jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah Al- Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada payudara dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah !!





Selain itu, amalkanlah berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70X pada setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah, InsyaAllah susu badan akan bertambah jika kita istiqamah dengan amalan yang tersebut di atas...

Selamat Mencuba Ibu-ibu Semua...



No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa