Kenali Jenis Kulit Anda

Semua orang selalu cuci kulit wajah..macam-macam jenis facial wash dah guna kan..bulan nih, produk A, bulan depan produk B pulak...hehehhe..mana taknya, rasa cam tak sesuai aja...bila dah guna macam-macam jenis produk tuh, haaaa mula lah kulit berjerawat....adoyyaaai, time nih la yang tensen bergunung datang menyinggah.....lagi lah mudah jerawat nak tumbuh kat muka tu kan...
Kenali jenis kulit anda dahulu sebelum menggunakan apa-apa produk kecantikan....kalo yang muka selalu berminyak, dinasihatkan elak guna krim yang berminyak jugak tu...lom sampai tengahari, muka dah berkilat....shining jaaa...hihihihihi

Jadi, meh kenali jenis kulit anda dan bagaimana penjagaan yang betul :-




Haaaa, anda dalam kategori yang mana satu??? Jom cuba try belek dan tengok betul-betul :)


Kulit Normal
  • kulit mudah terbakar jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik
  • warna kulit akan berubah menajdi gelap --->> tans
  • rona kulit -->> cerah ke kuning langsat
  • pori-pori kulit agak besar di bahagian zon T
  • pipi akan mudah kering dan rasa tegang selepas mencuci kulit wajah
  • Penjagaan :-
          # amalkan pemakanan yang seimbang
          # tidur yang mencukupi
          # gunakan pencuci wajah, penyegar dan pelembap yang mempunyai SPF
          # cuci kulit wajah dengan sempurna keringkan dengan tuala yang bersih 
                                                  
  Kulit Berminyak
  • kulit amat sensitif
  • warna kulit mudah gelap apabila terdedah sinaran matahariyang terik
  • rona kulit -->> sawo matang ke rona  gelap
  • biasa alami masalah blackheads, whiteheads dan jerawat
  • kulit wajah mudah nampak berkilat 
  • bahagian zon T, terutamanya di bahagian hidung dan dahi sentiasa kelihatan berkilat akibat minyak yang timbul dan wajah akan berasa melekit 
  • jika bermekap, mekap tidak akan kekal lama dan kulit muka akan bertompok-tompok, lepas tu terpaksalah sapu compact powder sentiasa kan...  
  •  Penjagaan :-
           # elakkan atau kurangkan ambil makanan berminyak, berempah, pedas, berkafein atau makanan laut 
              yang berlebihan yang boleh meningkatkan penghasilan minyak pada wajah
           # gunakan pencuci muka yang bebas minyak sekurang-kurangnya 2x/seminggu
           # jangan sental kulit wajah atau scrub dengan kasar kerana ini akan menghilangkan lembapan  
              semulajadi kulit selain menyebabkan jerawat timbul
           # gunakan penyegar yang sesuai
           # pilih pelembap yang mengandungi noncomedogonic dan nonacnegenic bagi mengelakkan pori 
              wajah tersumbat dan tidak menimbulkan jerawat 
           # gunakan scrub yang beraskan pati tumbuh-tumbuhan atau sumber alam yang mampu 
              mengurangkan risiko masalah kulit
           # Penting : elakkan guna alat solek yang berasaskan krim atau gel (berminyak)

Kulit Kering
  • kulit mudah terbakar dan mengelupas jika terdedah terlalu lama di bawah sinaran matahari terik
  • bahagian dahi dan pipi mudah berasa tegang dan pedih/perit
  • rona kulit -->> cerah
  • Penjagaan :-
             # sapukan kulit dengan sedikit pelembap sebelum bersolek
             # pastikan bedak asas yang digunakan tidak dirumus daripada gel atau sabun kerana ia 
                akan membuatkan kulit bertambah kering
             # gunakan pencuci wajah yang berasaskan losen dan susu yang memberi kelembapan 
                berpanjangan
             # sapukan pelembap pada kulit wajah setiap malam, namun pastikan agar krim 
                pelembap yang digunakan tidak menimbulkan masalah pori tersumbat sehingga boleh 
                menimbulkan jerawat

Kulit Sensitif
  • kulit jenis ini mudah bertindakbalas dengan cahaya terik matahari yang mana kulit mudah menjadi merah terbakar atau merengsa, terutamanya apabila tersalah memilih alat solek atau bahan pencuci wajah...
  • jadi, mereka yang tergolong dalam kategori kulit sensitif, mesti pilih dengan berhati-hati produk kecantikan yang ingin digunakan
  • ia bersifat kering, nipis dan mudah alami jerawat
  • Penjagaan :-
             # jangan gunakan pencuci muka atau alat solek yang mengandungi pewangi(fragrance),
                asid buah, pati tumbuh-tumbuhan yang merangsang kelembapan pada wajah dan 
                enzim yang boleh menyebabkan pengelupasan kulit
             # elakkan guna pencuci kulit wajah dalam bentuk gel dan sabun muka yang  
                mengeringkan
             # pilih set penjagaan muka yang mengandungi chamomile dan jojoba yang mampu 
                memberi kelegaan pada kulit wajah
             # pastikan produk penjagaan kulit adalah daripada bahan-bahan semulajadi bagi atasi 
                masalah elergik atau kulit merengsa (produk shaklee adalah 100% berasaskan 
                tumbuh-tumbuhan)

Kulit Matang
  • kulit pada peringkat usia yang matang,sangat mudah terbakar apabila terkena sinaran terik matahari 
  • kadang-kadang kulit jadi alergik dan kulit menjadi teruk pada bahan-bahan penjagaan kulit yang sebelum ini tiada kesan negatif jika menggunakannya
  • jerawat mudah  timbul
  • garis-garis kedutan akan terbentuk pada sekeliling mata, mulut dan dahi dan kulit wajah nampak kusan dan kering
  • Penjagaan :-
            # hati-hati ketika rawat kulit wajah, lakukan dengan lembut
            # amalkan rawatan wajah secara konsisten sebab ketika ini kelembapan kulit wajah mula hilang
            # sental kulit wajah perlahan-lahan bagi membuang sel kulit mati
            # gunakan pelembap pada wajah pada setiap malam sebelum tidur


PENTING !! 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 3liter/sehari ya (lebih lagi bagus) supaya sistem perkumuhan badan dapat berfungsi dengan baik dan penyerapan vitamin berlaku dengan berkesan. Tapi ada jugak yang tak ambil kisah hal ini dan melebihkan air manis/berperisa dan berkafein. Penting juga mengambil air kosong pada waktu mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang akan minum segelas air kosong setiap kali selepas bangun tidur.
  • Bagi yang sentiasa lalukan aktivit luar, pengambilan air kosong sangatlah penting supaya sel-sel kulit akan terhidrasi dan lebih kenyal.

kulit cantik dan gebu bak Song Hye Gyo (pelakon Korea)
*sekadar gambar hiasan

jom saya kenalkan set kecantikan Shaklee untuk penjagaan luaran....
NUTRIWHITE & ENFUSELLE


Sebarang kemusykilan dan nak tahu info lebih lanjut tentang nutrisi/produk SHAKLEE, jangan segan silu untuk hubungi saya yea. Setiap pembelian di honeyonnee.com , anda layak mendapat free consultation berterusan after sale services, jadual pengambilan vitamin dan tips-tips kesihatan bersama Shaklee.

Mashitah Mamat
019.312 1609
sheetah82@yahoo.com
www.honeyonnee.com

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa