Diabetes

Perlukah saya menjalani ujian saringan Diabetes?
Ya, sekiranya anda :
1. Sekiranya anda mempunnyai tanda-tanda DM (Diabetes Mellitus) (keletihan, selalu haus, kerap kencing, susut berat badan, gatal di kulit)
2. Bagi mereka yang tidak mempunyai tanda-tanda, saringan perlu di jalankan bagi semua dewaza yang berlebihan berat badan (BMI>23kg/m2) atau ukuran pinggang ≥80cm untuk wanita dan ≤90cm bagi lelaki dan mempunyai faktor-faktor yang berikut :
  • Sejarah penyakit kardiovaskular
  • Sejarah keluarga menghidap DM
  • Hipertensi
  • Keabnormalan lemak dalam darah (HDL 1.7 mmol/l)
  • Abnormal ujian MGTT atau IFG
  • Tidak aktif aktif secara fizikal
  • Wanita yang mengalami Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
Bagaimana caranya membuat ujian saringan Diabetes?
Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.
 
Mengapakah perlu untuk memeriksa paras glukosa darah secara berkala?
Diabetes Jenis 2 adalah salah satu masalah kesihatan utama di Malaysia. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati, 8.3% orang dewasa (30 tahun dan ke atas) mengalami diabetes. 1 juta penduduk Malaysia dewasa dijangka mengalami diabetes pada masa ini.
Orang dewasa dengan penyakit diabetes mudah mengalami beberapa penyakit dan komplikasi seperti serangan jantung, penyakit ginjal (buah pinggang), kebutaan, strok (angin ahmar) dan "diabetic foot".
Mengawal glukosa dalam darah boleh mencegah serangan jantung, strok (angin ahmar), kerosakan ginjal (buah pinggang) dan kebutaan.
Adakah saya menghidap diabetes?
Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.
Di mana saya boleh membuat ujian untuk diabetes?
Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:
  • Hospital dan klinik kerajaan
  • Hospital dan klinik swasta
  • Makmal perubatan/patologi swasta
Berapa kerapkali ujian saringan perlu di lakukan?
  • Saringan perlu di lakukan setiap tahun
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai faktor risiko, ujian saringan perlu di lakukan bermula dari umur 30 tahun
Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi?
Anda perlu :
  • Merujuk kepada doktor anda, atau
  • Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran
 Ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.
Bagaimana cara untuk mengekalkan paras glukosa darah yang normal?
  • Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.
  • Makan secara sihat - kurangkan lemak dalam makanan
  • Sentiasa aktif - mulakan senaman yang berjadual
Maklumat lanjut
Clinical Practice Guidelines on the Management of Diabetes Mellitus Type 2, Malaysia, 2009.
Kumpulan sokongan
Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS)
National Diabetes Institute (NADI)
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Othman Warijo
Dr. A. Khalek Abd Rahman
Penyemak : Dr. Fuziah Paimin
Sumber Rujukan : Kementerian Kesihatan Malaysia

Diabetes tidak boleh diubati sebaliknya ia dapat dikawal. Individu yang menghidap diabetes boleh menjalani kehidupan normal. Beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh penghidap diabetes untuk menjamin kesihatan ialah melalui  perancangan diet harian, melakukan aktiviti fizikal dan mengambil ubat yang betul. ~ KKM ~

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa