Vitamin Ibu Hamil: Lahirkan Bayi Yang Sihat, Pintar & Berkualiti Dengan Vitamin Shaklee

Ibu hamil memerlukan nutrisi lebih banyak berbanding orang biasa untuk tumbesaran bayi yang dikandung dan juga untuk kesihatan ibu sendiri. Nutrien ini boleh didapati daripada sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan sebagainya. Namun begitu, ada juga sesetengah ibu hamil tidak dapat menikmati kesemua makanan ini akibat kurang selera makan dan kerap muntah. Maka, dari mana untuk dapatkan nutrien yang mencukupi. Oleh itu, vitamin atau suplemen untuk ibu hamil yang dirumuskan khas bagi  memenuhi setiap keperluan nutrisi ibu seperti asid folik, zat besi, kalsium, multivitamin & mineral, DHA dan EPA. Kekurangan nutrisi boleh mengakibatkan pelabagi komplikasi samada kepada ibu dan juga bayi yang dikandung.

Vitamin Yang Penting Untuk Kesihatan Ibu Hamil

Asid Folik (Folic Acid)
• Asik folik membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang (spina bifida). Ia juga boleh melindungi ibu hamil terhadap kanser dan strok.
• Ibu hamil perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari dari makanan dan vitamin tambahan.

Besi (Iron)
• Besi membantu perkembangan otot-otot kepada ibu hamil dan bayi.
• Ia juga membantu mencegah anemia (sel-sel darah merah terlalu kecil dan terlalu sedikit).
• Besi juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

Kalsium (calcium)
• Kalsium membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi.
• Ia juga membantu sistem saraf, otot dan mengekalkan sistem peredaran darah yang sihat.
• Jika ibu hamil tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari makanan, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dia dan memberikannya kepada perkembangan bayi.
• Dari semasa ke semasa, kekurangan kalsium dalam tulang boleh menyebabkan kesihatan yang serius seperti osteoporosis, tulang nipis dan meningkatkan risiko tulang pecah.

Asid Docosahexaenoic (DHA)
• DHA juga dikenali sebagai asid omega-3 lemak. Ia membantu menyokong dan perkembangan saraf otak dan mata bayi.
• Ibu hamil perlu mendapatkannya sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

Ini antara vitamin Shaklee yang disyorkan buat ibu hamil. Vitamin ini sudah mencukupi dan ibu-ibu tidak perlu lagi mengambil asid folik dan obimin dari sumber lain.



Vitalea Iron Formula (multivitamin)
Vitamin C
ESP Soy Protein Isolate Powder (dalam bentuk serbuk, bancuh sebelum minum)
B-Complex (asid folik)
Omega Guard (minyak ikan, sumber EPA & DHA)
Ostematrix (kalsium)
Jom semak, kenapa vitamin-vitamin ini yang dicadangkan;

# membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah. Dengan pengambilan Vitalea ni, dah tak perlu obimin.
# baik untuk ibu yang mengalami paras rendah hemaglobin (hb) 
  • Sustained Release Vitamin C Plus

# Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • B-Complex (asid folik)



# Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.



# Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.




# Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.

Pengambilan vitamin adalah mengikut keperluan dan bajet. Bagi ibu hamil trimester pertama, cukup sekadar mengambil vitamin asas seperti B-Complex (perlu), Vitalea (perlu) , Ostematrix (optional jika ibu tidak suka minum susu) dan Vitamin C (perlu). dan ESP Soy Protein juga optional... tak ambik, tak apa. tapi kalo ambik, lagi bagus untuk kesihatan kulit bayi dan ibu sendiri. Note: elakkan minum soya kotak kerana banyak banyak bahan pengawet dan proses penghasilan yang tidak mengikut kaedah betul sepertimana ESP Soy Protein dihasilkan yang boleh menyebabkan kulit bayi sensitif dan tidak berkualiti...wallahualam !!

Bagi kehamilan pada peringkat trimester ke-2 dan 3, boleh tambah Omega Guard, untuk perkembangan otak dan mata bayi. In sha Allah, dapat melahirkan anak yang pintar. Menurut kajian, bayi yang ibu nya mengambil minyak ikan semasa hamil amat berbeza tahap kecerdasan berbanding anak yang ibunya tidak mengambil minyak ikan. wallahualam !!


Vitamin Lengkap Yang Disyorkan Oleh Pakar Nutrisi Shaklee buat ibu hamil dan ibu-ibu selepas bersalin/berpantang. Sesuai buat ibu yang berslain secara normal mahupun secara pembedahan (ceaseran)

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa