Glucose 6 Phosphate Hydrogenese ( G6PD )


Setiap kali ibu-ibu yang bertanya SET PENYUSUAN, saya akan tanya balik, adakah bayi anda mempunyai G6PD. Apabila mendengarkan perkataan ini, ramai yang terkejut dan tidak tahu. Apa tu G6PD?? Kenapa saya bertanya demikian???

Ibu-ibu atau bayinya mempunyai G6PD tidak dibenarkan mengambil produk ALFALFA COMPLEX iaitu salah satu milk booster bagi sesetengah para ibu

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apakah G6PD??
  •  Glucose 6 Phosphate 'hydrogenese) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.
 Fungsinya ;
  • la akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
  • Semasa bersalin ' sample' dan tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD ;
  • Anda akan dihubungi melalui telefon atau surat supaya membawa anak anda masuk ke wad untuk pemerhatian.
  • Anak anda dikehendaki tinggal di wad sehingga berumur 10 hari.
Pemerhatian ini perlu kerana bayi anda boleh mendapat kuning (Jaundice) dengan serta merta.
Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.

Apakah yang perlu dilakukan bila anak anda kekurangan G6PD;
  1. Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang
    2. Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan beri kepada bayi yang berpenyakit  
        G6PD sebelum pulang.

Sila pastikan;

Bawa senarai ubat dan tunjukkan kepada doktor bila anak sakit. Beritahu, anak anda kurang G6PD.

Apa akan berlaku kalau termakan makanan atau ubat-ubat tersebut? ;
  • Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
  • Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
  • Air kencing berdarah atau berwama teh pekat
  • Demam dan pucat.
Bolehkah seseorang yang kekurangan G6PD hidup secara normal ?
  • Mereka boleh hidup secara normal tetapi dia mesti mengelakkan makanan dan ubat-ubat tertentu.
  • Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. la bukan penyakit keturunan atau berjangkit.
Antara ubat - ubat yang harus dielakkan atau digunakan dengan berhati-hati bagi pesakit kekurangan G6PD; 

Antimalaria
  • Chloroquine.
  • Hydroxychloroquine.
  • Primaquine.
  • Pamaquine.
  • Pentaquine.
  • Quinine.
  • Mapacrine.
  • Antirheumatik / Analgesik.
  • Phenacetin.
  • Aminopyrine.
  • Acetylsalicytic acid.
  • Antlpyrine.
  • Probenecid.
  • Acetalinid
Antibakteria
  • Chlorophenicol
  • Cotnimoxazole
  • Furazolidine
  • Nalidixic acid
  • Nitrofurantoin
  • P. Aminosalicylic Acid
  • Sulphonamide
  • Sulphanilamide
  • Sulphasoxazole
  • Sulphamethoxypyridazine
  • Sulphathizole
  • Sulphamerazine
Lain-lain
  • Choramine
  • Dapsone
  • Dimercaprol
  • Antisine
Napthalene (ubat Gegat)
  • Phenythydrazine
  • Benadryl
  • Tripelennamide
  • Procainamide
  • P. Aminobenzoic AcidSS Cream
  • Fava beans
  • Vitamin K Analoques
  • Pyrimidone
  • Pyribeneamine
  • Mathylene blue
Credit Info : drcyber@melayu.net

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa