Petua Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Pagi-pagi lagi dah dapat sesuatu yang best bila terbaca blog Kak Cery....TIPS UTK KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN... memang best !!

Mmg ler tak dinafikan, lepas bersalin nih bentuk badan dah tak macam dolu2...walaupun orang cakap saya maintain kurus selepas bersalin. Memang pada luarannya nampak kurus, tetapi................sparetyre banyak nih oiiii.. dah nek segan nak pakai baju kurung moden, kebaya dan sewaktu dengannya... heheheheheh. Maka ter'bengkalai'lah baju2 saya yang melambak dalam almari tuh...hihihihi...Dah tu, skang baru sebok2 nak tempah baju kurung yang besar sikit, cover sparetyre.....wakakkakaka

Dah dapat hot tips hari ni, lepas ni boleh lah melaram balik ngan baju2 tu semua...hurmmmm bahagianya, tapi kena lah praktikkan tips ni kan. Jom saya kongsikan juga dengan anda semua k ;-

TIPS

1. Melangsingkan badan, cara paling mudah dan murah ialah ketiga2 bahan ini dikisar dan diperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik

Dua biji lobak merah dipotong 


Sebiji mentimun segar



Sebiji limau nipis 


2. minum air suam tak minum sejuk.
3. elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.
4. minum jus pegaga tiap2 pagi.


5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2.

7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1....
10. kurangkan minum semasa makan, kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk.
11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 tak kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur atau shower.

13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkkat kan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy...
14. ...Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...
15. jangan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.
16. bagun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi.
17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2.
18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleep. obvious reason is makanan tak sempat digest b4 that.
19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. breastfeed baby...Credit : Cery MamaFaiz

"selamat beramal"