Peluang Jana Pendapatan Bersama SHAKLEE

jom layan video ini dulu.......

keluarga besar warga Jutawan yang diterajui oleh Presidential Master Shareeza

Selamat datang ke dunia Shaklee - di mana Falsafah, Produk dan Rancangan Perniagaan kami bersatu bagi mewujudkan Peluang Shaklee.

Pelan Jualan Shaklee merupakan satu program yang unik dari segi kewangan, ganjaran insentif, perkembangan jualan serta kepimpinan. Ia membantu rangkaian perniagaan dalam mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, Shaklee sekali lagi menawarkan cara-cara menambahkan kewangan dan gaya hidup yang memuaskan.

Pelan Jualan Menarik Shaklee



Jana Pendapatan Dengan Shaklee 

Tidak pernah terfikir untuk saya melibatkan diri sekali lagi dalam dunia Multi-Level Marketing (MLM) setelah percubaan pertama bersama sebuah syarikat MLM yang agak gah dan masyur di Malaysia, GAGAL. Tidak tahu di mana salah dan silap, yang pasti saya tidak mampu untuk meneruskan perjuangan yang memerlukan pengorbanan yang agak besar. Masa, tenaga, keluarga. Modal sebanyak RM20,000.00, yang saya laburkan melalui pinjaman bank, tiada hasil. Kenapa tiada hasil??saya sendiri yang buat keputusan untuk tidak meneruskan kerana saya tidak mahu, kerana duit, saya hilang kawan. Saya hampir kehilangan kawan baik gara-gara MLM. Saya diajar oleh upline supaya sponsor kawan-kawan datang ke majlis tanpa beritahu tujuan sebenar majlis tersebut. Sudahnya,..hurmmmm. Serik...serik sangat dan saya terus berhenti menagih dan mengajak orang untuk join bisnes MLM saya tu. 
Sekarang saya hanya menanggung hutang bank selama 20 tahun. Dan hari ini juga, Alhamdulillah, saya sudah lupa bahawasanya saya pernah ada pinjaman peribadi dengan bank. 
Bila sebut MLM, semua orang fobia dan sinonim dengan "cari orang" , "kelas lewat malam", keluarga terabai", "modal besar", "orang atas kaya", "orang bawah kene kerja keras". Semua ini dah tertanam dalam minda saya dan membuatkan saya betul-betul anti dengan MLM dan tak akan join mana-mana MLM lagi selepas pengalaman pahit bersama H***. (opsssssss)
Sampailah suatu hari........................ 

Bagaimana saya bermula?
Lebih kurang 2 minggu lagi saya akan masuk kerja selepas cuti bersalin selama 3 bulan, melahirkan Nur Hadfina Auni pada 5 November 2011. Bayangkan masa tu saya tak mampu untuk membuat stok EBM buat bekal Auni ketika ditinggalkan di rumah pengasuh nanti. Masa tu jugak saya mencuba pelbagai suplemen dan petua untuk memperbanyakkan susu badan, tapi tak berhasil. Sehinggalah satu hari, saya terjumpa iklan "perahan susu badan 12oz dalam masa 15minit" kat grup Facebook BabyStuffOnly oleh ZuraBetty. Teruja sangat, terus order. Hehehehehehhe....

Lebih kurang sebulan, mula nampak hasil. Walaupun tak semeriah orang lain, tapi saya bersyukur sangat sebab saya tetap dapat buat stok EBM buat Auni. Perah hari ni, bekal untuk esok. Ok lah bagi saya yang baru belajar ilmu Penyusuan Ibu. (ketuk kepala sendiri..ahhaha). Dan hari ini saya teruja untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan semua orang terutama ibu-ibu seperti saya. Dan juga untuk menambahnilai taraf kehidupan dan cara hidup para ibu moden masakini yang luarbiasa. Bekerja, Surirumah, Ibu, Isteri...dan tak kurang yang masih bergelar pelajar.

Saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee. Kebetulan pulak, memang seperti orang mengantuk disorongkan bantal, ZuraBetty ada offer jika saya berminat untuk daftar sebagai ahli. Ambik masa jugak berfikir sebab masa tu saya tak terlintas untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan atau harga murah produk Shaklee. ZuraBetty ada beritahu saya, tak semestinya buat biznes, tapi sekurang-kurangnya boleh beli produk Shaklee dengan harga ahli.

Akhirnya, Daftar Ahli
Selepas beberapa minggu, saya buat keputusan untuk daftar ahli Shaklee. Dengan yuran keahlian sebanyak RM65, apa lah sangat kan...hahahah. (bongkak seh..) 
Lepas tu, saya inform ZuraBetty untuk bersetuju join ahli. Tiada paksaan pun, semua dengan kerelaan hati saya sendiri. Begitu juga dengan korang. Jika berminat, boleh hubungi saya untuk register ahli. Hanya RM 65.00 (Semenanjung/Sabah/Sarawak). 

Sharing is Caring 
Tidak susah sebenarnya nak share produk Shaklee kerana produk ini adalah produk yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa. Apatahlagi, Shaklee adalah sebuah syarikat nutrisi yang terkemuka di Amerika Syarikat dan sudah bertapak selama lebih 50 tahun. Produk Shaklee yang memasuki pasaran Malaysia pula adalah HALAL
Apabila kita sudah jatuh cinta dengan produk, secara automatik kita hendak berkongsi pengalaman dan apa yang kita rasa. Tidak perlu memaksa orang untuk membeli. Kuasa hebat produk itu sendiri akan menarik ramai orang untuk mencuba. InshaAllah. Yang penting, niat kita mestilah ikhlas untuk berkongsi. Bukan mengejar keuntungan semata-mata.

Modal
Ada 2 pilihan modal permulaan. Jadi korang boleh pilih yang mana korang suka, tiada paksaan yea;
  • Modal RM 65 - daftar keahlian atau;
  • Belian Produk bernilai RM 650.00 , percuma keahlian 
Note:  yuran pendafataran dikenakan sekali sahaja, untuk seumur hidup. 
Berminat??? Bagaimana nak daftar??

DAFTAR DISINI

...............................................................
Salam Sayang
Mashitah Mamat
019-3121609

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa