Amalan Bertahnik Bayi Baru Lahir


"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W. Baginda menamaknnya Ibrahim, lalu mentahnikkanny (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Hadis riwayat Abu Burdah drp Abu Musa r.a 

Ada anjuran dalam Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar/kurma yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa.

Isi buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.

Antara hikmah amalan bertahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi kita untuk menghisap susu dengan sempurna.

Jika kurma susah diperolehi, bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti gula dan madu lebah.


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa