Ancaman Tulang Reput atau Osteoporosis


Kebanyakan wanita Malaysia hanya mendapat 50 peratus keperluan kalsium harian mereka. Penemuan fakta terbaru itu diperoleh daripada kajian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of Otago, New Zealand.

Berdasarkan fakta itu antara perkara yang membimbangkan ialah kekurangan kalsium mungkin mengakibatkan tulang rapuh atau osteoporosis.

Hakikatnya, pengambilan kalsium secara optimum adalah penting untuk mengekalkan kesihatan tulang kerana tulang seseorang itu mengalami kemerosotan berterusan bermula seawal usia 30-an. Justeru, penjagaan kesihatan tulang perlu dimulakan dari awal lagi dan adalah penting supaya semua masyarakat Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan tulang bagi mencegah osteoporosis.

Kesihatan tulang yang kurang baik adalah isu kesihatan serius dan perlu ditangani dari sekarang, lebih-lebih lagi kajian menunjukkan, kesan akibat osteoporosis akan meningkat di Asia, manakala menjelang 2050 dijangkakan lebih 50 peratus daripada keretakan tulang pinggul akan berlaku di rantau ini.

Lebih membimbangkan osteoporosis adalah penyakit yang senyap dan serius. Kebanyakan orang tidak menyedari mengenainya sehingga individu berkenaan mengalami keretakan tulang. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul.
pix : google


Osteoporosis adalah penyakit yang boleh dicegah, tetapi tidak boleh diubati. Oleh itu penjagaan kesihatan tulang perlu dimulakan dari awal lagi.

Cara pemeriksaan kesihatan tulang ditawarkan adalah mudah dan pantas melalui pengimbasan ultra bunyi pada tulang tumit serta hanya mengambil masa dua minit serta tidak menyakitkan.

Rakyat Malaysia diingatkan supaya membekalkan nutrisi penting bagi kesihatan tulang kerana tulang terdiri daripada tisu-tisu hidup yang mengalami kemerosotan dan penumbuhan semula. Semua individu berisiko mendapat osteoporosis, apatah lagi jika mereka mengamalkan gaya hidup kurang sihat.

Malah, pakar kesihatan kini mengklasifikasikan osteoporosis sebagai epidemik global yang mengancam semua orang, terutama warga emas di seluruh dunia dengan kadar kelaziman satu kes bagi setiap tiga wanita dan setiap lapan lelaki. Ini bermakna, di kalangan lapan lelaki, seorang akan mendapat masalah osteoporosis.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Bagi mengelakkan risiko osteoporosis, selain daripada minum susu ( jarang-jarang jer minum susu sebab susu mahal...huhuhuhu), saya ambil Ostematrix Shaklee....

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa