Fakta Yang Anda Perlu Tahu - Sains Anti-Penuaan


sekadar hiasan


Ramai saintis melakukan penyelidikan berkenaan proses penuaan. Kebanyakan daripada penyelidikan terkini tertumpu pada topik berikut:

Kerosakan dan Pemulihan DNA
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan proses kerosakan dan pemulihan DNA dapat memberi kesan peningkatan jangka hayat selular. Polifenol dan fitonutrien semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tertentu mempunyai ciri-ciri hebat yang mampu menyokong kesihatan dan sesetengah fitonutrien tertentu, yang dibuktikan melalui penyelidikan, termasuk polifenol dan resveratrol, boleh mengubahsuai kerosakan DNA. Kajian mendapati apabila sel-sel diuji dengan sebatian-sebatian semulajadi terpilih, kerosakan DNA dapat dikurangkan dengan resveratrol yang berupaya mencegah dan melindungi DNA serta mendorong pemulihannya.

Pengatur-pengatur Genetik Penuaan
Tumbuhan yang mempunyai polifenol tekah dibuktikan mampu meningkatkan tenaga metabolisme selular bagi pengatur-pengatur geneti utama dalam proses lanjut usia yang memberi kesan positif pada peroses penuaan selular. Satu kajian yang diiktriaf di makmal menunjukkan yang resveratrol memberi kesan positif dalm menghindar kesan buruk pada jantung dan hati akibat daripada diet yang tinggi lemak. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ketahanan insulin, menurunkan paras gula dalam darah malah dapat mengurangkan penurunan mitokondria yang dapat dilihat dalam pengursan diet.

Genetik dan Penyekatan Kalori
Para penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard telah menemui yang sesetengah gen dapat memberi kesan pada penyekatan kalori (CR-calorie restriction) yang mana ia mampu mencegah kebanyakan penyakit penuaan seperti kanser, penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan neuron-degenerasi. Sesetengah pengkaji menumpukan perhatian yang lebih mendalam pada kajian CR untuk mencari penyelesaian yang boleh mengubati penyakit penuaan dan seterusnya menggalakkan sel untuk bertahan lebih lama.

Biogenesis Mitokondria dan Penuaan
Fungsi mitokondria optimum amat penting untuk mengekalkan pengeluaran tenaga selular dan fungsi sel sepanjang masa. Kajian makmal mendapati yang polifenol tertentu dapat meningkatkan tenaga biogenesis selular dan membantu meningkatkan pengeluaran "loji-loji tenaga" mitokondria serta menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat. Dalam beberapa kajian, resveratrol telah menunjukkan mampu memberikan kesan-kesan perlindungan bergnada pada gangguan metabolik melalui galakan biogenesis mitokondria.

Pembentukan Protein AGE dan Penuaan
Kajian menunjukkan yang fitonutrien tertentu atau sebatian polifenolik boleh menghadkan pembentukan protein AGE (Advance Glycation End), yang seterusnya mengurangkan penompokannya bagi menggalakkan kesihatan selular dan dapat melanjutkan usia. Resveratrol mampu menyekat pembentukan AGE dan dengan sekaligus memberikan perlindungan pada sistem kardiovaskular. Penyelidikan mendapati yang penggunaan polifenol anggur khusus dapat memberi manfaat pada penyakit kencing manis. 

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa