Menopaus Awal Mengundang Osteoporosis

Satu kajian menunjukkan wanita yang melalui proses menopaus lebih awal berisiko menderita diserang penyakit tulang reput atau osteoporosis.

Sekumpulan penyelidik Sweden mendedahkan, individu yang putus haid sebelum umur 47 tahun tanpa alasan perubatan didapati berisiko tinggi berdepan masalah patah tulang dan mati awal.

Di Britain, purata umur wanita mula menopaus adalah pada umur 51 tahun.
Menurut kajian itu, mereka yang mencapai menopaus sebelum menjangkau usia 47 tahun juga berisiko berdepan masalah penipisan tulang dan menemui ajal lebih awal.
Katanya, kekurangan estrogen bermaksud wanita kehilangan perlindungan semulajadi daripada serangan penyakit jantung dan pereputan tulang.

Kajian itu tidak mengambil kira wanita yang mencapai menopaus awal disebabkan rawatan kanser atau pembedahan pengalihan ovari.
sumber pix : google
Putus haid pada umur seawal 47 tahun boleh menyebabkan masalah tulang reput

Sumber : Kosmo 29 April 2012
MENOPAUS ... OSTEOPOROSIS...

Ajal, maut semuanya di tangan Allah s.w.t .. namun, jika kita hanya berserah pada takdir tanpa berusaha untuk mencegah sebarang penyakit, itu adalah salah..Nabi Muhammad S.A.W ada menyatakan bahawa : "setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" ( maksud hadis ) namun Nabi juga berpesan : "mencegah itu lebih baik dari mengubati" ( maksud hadis ). T_______T

Lebih baik mencegah sebelum terlewat......saya sendiri pon rasa cuak jugak bila baca artikel nih...dengan amalan dan tabiat pemakanan serta gaya hidup orang zaman sekarang, tak mustahil jika kita alami masalah begini......punca segala penyakit nih, datangnya dari perut...so, kenalah jaga pemakanan, ikut piramid makanan yang dah disyorkan oleh pakar kesihatan.tapi , boleh ker nak ikut?? dengan kesibukan kerja seharian, membuatkan kita nak benda yang segera jer...ini saya tak cakap orang lain la...hehehe..saya sendiri memang cam tu ...sume pon nak segera...mee segera, bubur segera, berger segera, sayur segera, ikan segera, segala-galanya segera lah..huhuhu..jimat masa kan......!! akibatnya kita akan hadapi di kemudian hari....oleh sebab itu lah, betapa pentingnya makanan tambahan....mulakan sekarang walaupun hasilnya untuk 10 tahun yang akan datang.....cegah sebelum terlambat.....

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa