Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan



  • Pastikan bekas utk simpan susu, bersih dan disterilkan sebelum digunakan. Cara mudah yang biasa saya buat utk mensterilkan semua perkakas penyusuan, rendam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian toskan supaya kering...elakkan lap dengan kain atau tisu kerana mungkin akan tinggalkan kesan kotoran daripada tisu atau kain tu...
(cara biasa yea, tanpa gunakan sterilizer..)
  • Simpan kuantiti susu dalam bekas/botol yang mencukupi utk sekali penyusuan. Contoh, jika bayi anda  minum 3oz, so perahan susu simpan ckup-cukup 3oz


  • tinggalkan sikit ruang udara dalam bekas penyimpanan utk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan
  • simpan dalam peti sejuk....jika susu perahan yang hendak digunakan dalam tempoh 4-5 hari, boleh simpan di bahagian bawah peti sejuk jer..so tak payah bekukan...
  • jika dalam tempoh itu, susu tersebut masih tidak digunakan, masukkan susu tadi ke tempat beku
  • labelkan bekas penyimpanan...nama bayi, tarikh perahan dan masa mula memerah
  • bila nak guna susu, ambik yg paling awal diperah

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa