Vitamin Natural Buat Ibu Sepanjang Kehamilan



Semasa hamil, ibu-ibu amat digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan lagi jika ibu yang hamil tidak dapat memenuhi diet harian yang seimbang seiring dengan perkembangan bayi di dalam kandungan. Pada ketika ini, kita selalunya kurang selera makan, makan makanan yang lalu dek tekak ajer dan tak kurang jugak yang tak boleh minum susu....kalo memang jenis yang tak minum susu, memang wajib lah ambik suplemen,.,..tapi camna pulak dengan orang yang memang suka minum susu sebelum hamil, tapi bila hamil, tengok susu pun nak muntah..huhuhu..kena jugak ambik suplemen kerana kalsium sangat-sangat penting untuk pembentukan tulang, pertumbuhan gigi dan pembentukan sel bayi. Oleh sebab ini lah, suplemen amat penting kepada ibu hamil.

Pengambilan vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung
Vitamin adalah penting diambil bagi memastikan ibu sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan dan kurangkan gejala "morning sickness". Nutrisi terutama iaitu asid folik penting diambil bagi memastikan tumbesaran bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan mencegah kecacatan saraf seperti spina bifida. Dengan suplemen daripada Shaklee ni, ibu-ibu tak perlu lagi dah ambik vitamin atau ubat daripada klinik dan farmasi...semua ni dah cukup memenuhi keperluan ibu dn bayi....sebelum ibu-ibu nak cuba vitamin ini, saya lebih suka ibu-ibu hubungi saya terlebih dahulu untuk sesi konsultasi...janga risau, semuanya free...semoga ilmu yang tak seberapa ni, boleh bantu anda semua...in sha Allah .


Ini adalah antara vitamin yang disyorkan untuk memenuhi keperluan ibu hamil demi kesihatan ibu itu sendiri dan juga bayi dalam kandungan.


ESP ini disyorkan buat ibu-ibu yang lemah tidak bertenaga dan tiada selra makan..tambahan pula jika ibu mengalami gastrik....soya protin drp ESP dapat membantu ibu-ibu rasa lebih kenyang...in sha Allah


bagi ibu hamil yang susah atau memang dah tak boleh jugak nak telan tablet, Shaklee ada penyelesaiannya..jangan risau....Meal Shakes boleh bantu..kenapa??
Meal Shakes mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral
dan rasanya yang lazat dan sedap macam aiskrim vanilaa, sure dapat membangkitkan selera ibu-ibu....
hanya 1 sudu besar sehari, bancuh dalam apa-apa minuman seperti milo/horlick/susu segar/jus buah-buahan atau apa saja......

ambik minuman Meal Shakes waktu pagi untuk boost extra energy anda...
buat smoothies, pasti selera je 
& yang pasti ibu-ibu tetap dapat nutrisi lengkap daripada Meal Shakes...
cuba laa..tak cuba, camna nak tahu best ke tak kan??
"tak kenal maka tak cinta"

Apa pula manfaat yang ibu akan perolehi apabila memngambil vitamin Shaklee??

B-Complex 
  • sebiji B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  •  Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vita-Lea Iron Formula (multivitamin)
  • dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Vitamin C
  • membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Ostematrix(kalsium)
  • kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
  • Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. 
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. 
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. 
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Omega Guard(minyak ikan)
  • membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.
  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. 
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan
ESP Soy Protein Isolate Powder(protin soya)
  • ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. 
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 
  • Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan bayi yang dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jikalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu  Vitamin C, B-Complex dan VitaLea (multivitamin) dan tambah 1 canister  ESP Soy Protein Isolate Powder.

Secara ringkasnya, antara kebaikan yang mama dan bayi akan dapat ialah :- 
  • mama akan rasa cergas sentiasa dan tidak mudah letih
  • sentiasa bertenaga 
  • tidak mudah mengantuk terutamanya bagi mama yang bekerjaya 
  • tidak cepat lenguh/kejang 
  • boleh kurangkan 'stretch marks' pada bahagian perut 
  • perkembangan bayi dalam kandungan berlaku dengan cepat 
  • melahirkan baby yang mempunyai kulit yang sihat, cantik dan lembut 
  • sebagai persediaan untuk menyusui bayi secara ekslusif kerana badan yang sihat dan minda yang tenang membantu merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, in shaa Allah 

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa