Dugaan & Cabaran

Alhamdulillah, Magic Session grup Mommy Zura Betty & Millionaire Shaklee yang diadakan di Cawangan Shaklee Johor Bahru, Taman Molek pada 14 September 2013 yang lalu berjalan dengan lancar...dan pertama kali jugak, saya dijemput untuk berkongsi dengan semua sedikit sebanyak dugaan dan cabaran yang saya sendiri alami selama saya terlibat dengan biznes Shaklee....

Pagi Sabtu tu jugak, gerak dari Putrajaya...lebih kurang jam 2 petang saya sampai disana..kebetulan, magic session ni juga bermula jam 2pm...hihii

ok, kalo cerita bab dugaan & cabaran ni setiap orang hadapi benda yang sama tetapi situasi yang berbeza...walaupun bukan bines Shaklee, tetap jugak ada dugaan dan cabarannya..betul tak??

Nak sustaine, bukan mudah yea..bermacam-macam dugaan, bermacam-macam cubaan, bermacam-macam godaan yang datang tu, kene tepis dengan hati dan jiwa yang kental.....

Kalau saya tak kuat, agaknya dah lama rebah...terima kasih kepada mentor-mentor saya yang tak jemu2 menghulurkan bahu untuk saya tumpang menangis, tak jemu2 menasihati dan mententeramkan jiwa saya yg kacau bilau..hihihi...saya bersyukur sebab saya adalah insan yang bertuah berada dalam grup Jutawan Shaklee di bawah naungan Presidential Master Shareeza, Jutawan Muslimah Shaklee yang sangat-sangat humble dan baik hati...dan saya amat bertuah mempunyai seorang 'mommy' yang sangat-sangat supportive, Mater Coordinator Zura Betty.kalo tak kerana ketegasan dan ke'garangan' beliau, rasanya saya tak akan sampai ke tahap sekarang, tak lupa buat Pemberi Rezeki...terima kasih Ya Allah, kerna Engkau masih kuatkan hati ini untuk menempuh segalanya....Alhamdulillah.....


1st time bercakap depan audience, 
kalo tak, masa study dulu jer, masa presentation..ahakssss
mohon ampun kepada audience ari tu jika saya ada tersalah kata-kata dan perbuatan yea
yg baik hanya dari Dia... 

saya salah seorang speaker (ecehhh..hahaha), actually ramai lagi yang dijemput..
masing-masing diberikan tajuk khas....


bersama anak biznes saya yang hadir 
warga Johor...
Nazaliah (kiri saya), sahabat lama masa sekolah menengah di Felda Chiku..
hampir 16 tahun tak jumpa...dan kerana biznes Shaklee, kami bertemu di bumi Johor....Alhamdulillah
Ayu (kanan saya), hanya berkenalan di alam maya..kerana Shaklee, kami berjumpa dan bersahabat...

Mengeratkan hubungan silaturrahim kan amalan yang digalakkan dalam Islam. Apatah lagi, ia membawa rezeki yang melimpah ruah.

Daripada Anas RA, bahawasanya Rasulullah telah bersabda, Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur maka hendaklah dia mengeratkan silaturrahim.

ini antara sebahagian keluarga kami yang hadir
semoga kita semua beroleh kejayaan cemerlang dalam biznes Shaklee dam dapat membantu lebih ramai orang diluar sana, InshaAllah...


Bergambar sudah..laga-laga pipi sudah, peluk-peluk pun sudah, dah tiba masa bersurai...lajak sampai jam 6pm..... ;)  Jumpa lagi jika ada jodoh..hihihi...

Lepas semua dah setel, masa untuk rehat...jom cari hotel mana yang sesuai...saya pun tak berapa familiar dengan area Johor Bahru....mujur Zura & Asben tunjukkan hotel..hihihihi..thanx yaa...

Kami menginap di Hermess Hotel, hotel baru buka lebih kurang 2 bulan yang lepas..yang best, design hotel ni dibuat oleh owner dia sendiri...hurmm, kataynya owner hotel ni interior designer...tak hairanlah, design dia memang cantik......cuma kekurangan dia, tak der lift..hohoh, penat tau nak nek tingkat atas...tingkat 3 jer yg free waktu tu...kawtim punya kawtim, dapat bilik kat gorund floor, tapi japanese style...haaaa, ok la..janji level bawah, dah tak larat nak daki tangga..hahahhahaha..so, utk bilik ni, kami dapat harga member, RM 135.00 ( daftar member untuk seumur hidup....hahahahaha ) ..lepas ni kalo datang JB lagi, check-in Hermess Hotel je laa.....

view dari luar hotel

ruang menunggu depan receptionist
cantik kannn..... 

dalam bilik,..actually king bed ni, ada tilam sahaja
tak der katil..nama pun japanese style kan..ahakss
tapi dari lantai tu, ada gap lebih kurang 10 inci kot..
dan keadaan dalam bilik tu, sangatlah gelap coz seingat saya, ada 1 downlight dan lampu sikit jer..hahahha, kalo nak tidor dengan aman, memang best laa..

saya suka sangat bathroom dia...dah cakap kat mr asben, nnti kita design camni untuk rumah kita..hahaha
(verangan lebeyy...)
satu lagi yg best, hotel dia ala 5 star gitu...yeke?? yela kot..ehhehe
uolls tak perlu dah bawak berus gigi, ubat gigi, sikat rambut..semua dah disediakan..
sorry la, saya ni jarang check-in hotel mahal..apa yg saya tahu, kalo hotel yang anggaran harga sekitar RM 100 - RM 200 , tak der disediakan semua ni....
sedih tak?? kikikikiki..

Santai2, bergolek gedebuk, gedabak, tengok jam dah nak kul 7.30pm....siap2 la sebab lepas tu nk ke rumah Mommy...ada dinner...save bajet iollsss...
hahahahahahha.......
tak sabar nak makan asam pedas ikan sembilang Johor...yumm..yummm...

seronok sangat dapat makan
dapat sembang
dapat peluk-peluk
dapat cium-cium...erkk, 18sx kahh..
hahahhahaha..
uolls nak tahu, kami berkenalan hanya di alam maya, 
kerana biznes Shaklee, kami bertemu di Johor...
semoga ukhuwah yang terjalin, kekal hingga ke akhir hayat

love ollsssss...
terima kasih kepada tuan umah,sebab masak sedap-sedap..

asam pedas ikan sembilang (menu utama)
kerang rebus..( i loikeeee...)
udang sambal petai besau.....
dessert, jambu asam.....

slurrrpppp, kenyang wehhh..hahahahahha..
lepas kenyang, apa lagi....balik tido la weiiii....
jom balik...hahahahaha..kejammmm..

tak la kejam weii, we olls sambung sembang lagi hingga lewat malam...

inshaAllah, jumpa lagi di masa akan datang..InshaAllah

bagi uolls, tak tahu mana nk stay kat JB, saya recommend sangat Hermess Hotel ni...selesa, cantik, dengan harga yang murahhh....
besttt...

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa