Barang Kelengkapan Bayi ~ Baby Cot IKEA ~

Perancangan selepas bersalin anak ke2 ni, nak berpantang sendiri ajer di Putrajaya...pengalaman bersalin dulu, sikit sebanyak dah dapat belajar camna nak berpantang sendiri kan...memandangkan Onnee pun masih kecik ( adik lahir, Onnee baru cecah 2 tahun 7 bulan ) , so saya fikir ada baiknya saya sediakn sedikit peruntukan untuk beli baby cot....tak der sebab lain, hanya untuk keselamatan baby..bahaya jugak kalo letak kat bawah jer kan....buat nya kakak Onnee berlari-lari bersuka ria....terrrrr...opssss, tak nak la sebut benda2 yang tak elok...hihihihi..

setakat yang saya survey di beberapa tempat dan kedai online, hanya di IKEA boleh dapat dengan harga yang sangat berpatutan.....saya pun tak berapa pasti kenapa dan mengapa.......ermm, produk IKEA berkualiti tinggi jugak kan.....
so, kita pilih yang lebih murah dan harga mampu milik...dalam note book saya, saya nak pilih baby cot kaler putih,


HENSVIK Cot
RM 369
Length: 123 cm, Width: 66 cm, Height: 80 cm
( ini baby cot yang saya nak beli...hihihi )

ini mahal sikit,
SUNDVICK Cot
RM 499
Length: 126 cm, Width: 66 cm, Height: 88 cm

kalo yang nak save bajet, anda boleh beli yang ini
hanya
SNIGLAR Cot
RM 165
Length: 123 cm, Width: 66 cm, Height: 80 cm

jangan pulak tertukar dengan yang satu ni, sama kaler tapi sedikit berbeza....hihi
yang ini mahal skit..

GULLIVER Cot
RM 369
Length: 123 cm, Width: 66 cm, Height: 80 cm
sama design dengan kaler putih yang dah masuk wishlist saya tu,....
ehehehhe
ada banyak jenis lagi kot..uolss boleh pegi IKEA je la, senang sikit nak tilik-tilik, mana best , mana tak best..ye tak??
okes, sekian dulu cerita pasal baby cot.....nanti kita citer bab lain pulakk
saya tengah excited nak beli itu ini untuk baby baru.....kikikiki

Jangan lupa dapatkan SET BERSALIN MODEN  sekarang !!
Sebarang kemusykilan atau nak tahu info lebih lanjut tentang nutrisi/produk SHAKLEE, jangan segan silu untuk hubungi saya yea. Setiap pembelian di honeyonnee.com , anda layak mendapat free consultation berterusan after sale services, jadual pengambilan vitamin dan tips-tips kesihatan bersama Shaklee.

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa