Amalan Rohani Permulaan Hari



1) Solat Dhuha

Dilakukan ketika matahari sedang naik antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. jumlah rakaat tidka terbatas dari 2 rakaat sehingga 12 rakaat. tiap 2 rakaat dengan 1 salam.


Cara mengerjakan sunat dhuha ;

  • lafaz niat



'sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala'

  • Rakaat pertama : - baca Al-Fatihah & Surah As-Syams

Al-Fatihah

As-Syams
  • Rakaat kedua :- Al-Fatihah & Ad-Dhuha

  • Semasa sujud akhir, baca ayat di bawah sebanyak 40x



Doa sesudah selesai solat dhuha


 “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu,  kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masi di atas langit, turunkanlah, jika ada di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah , jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”

2) Istighfar 100x



3) Selawat 100x


4) Surah Al-Ikhlas 100x


Ertinya:
Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang ,
Katakanlah, Dialah Allah, yang maha esa.
Allah adalah tempat bergantungnya segala sesuatu.
Dia tiada beranak dan tiada diperanakan.
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.


Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya:
“Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. 
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


5) Zikir Ya Wahhab 300x - 1000x

Maha Pemberi

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:
  1. Menjadi terkaya dan terkenal
  • Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu, InshaAllah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
  • Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir solat sunat Dhuha, InshaAllah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
     2. Permintaan dimakbulkan
  • Baca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, InshaAllah permintaan  akan diperkenankan.
  • Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
     3. Mencari pekerjaan
  • Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan,jiran atau seumpamanya).
     4. Membayar hutang
  • Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

      5. Menjauhi kelaparan
  • Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

      6. Dimakbulkan doa
  • Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

      7. Membebaskan diri
  • Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa