Cara Kira Pergerakan Bayi Semasa Hamil

Assalamualaikum...

Hari ini, dah masuk minggu ke 37. Dan lebih kurang 6 minggu jugak lah aku duk mengira dan menanda secara berhemahnya carta pergerakan baby dalam kandungan aku ni kat buku merah tu...agak leceh jugak lah sebenarnya. Tapi demi kebaikan dan keselamatan baby, aku mesti BUAT.... hihihihi...

Start kene kira ni, since usia kandungan aku masuk ke minggu 31., pada 4 April 2014 yg lepas...Kebiasaanya, bila usia kandungan 28 minggu, dah start kene kira..tapi aku terlambat sikit......walaupun ni kali ke-2 pregnant, tapi aku lupa jugak camna cara kira yg betul.....terima kasih bebanyak sangat kat nurse Klinik Ibu & Anak Presint 11, sebab tak jemu-jemu tolong explain kat mak buyong pelupa cam aku.,....hahhahahaha


Cara Kira Pergerakan Bayi Dalam Kandungan


mula 4.4.2014

Cara yang betul untuk mengira pergerakan bayi dalam kandungan (rujuk buku merah) :
- mula :  9.00 pagi
- tamat : 8.00 malam
- kira pergerakan bayi : setiap pergerakan bayi, mesti kita akan dapat rasa : pergerakan bayi dikira 1x jika bayi bergerak kerap tanpa berhenti dalam masa yg lama...gerakan bayi yg berhenti seketika (beberapa saat shj), ia dikira 1x pergerakan.
- tandakan dan tulis masa pada buku apabila cukup 10x pergerakan. Contoh : jam 2.20 petang, sudah cukup 10x pergerakan, maka terus tulis 2.20pm. 
- pastikan 10x pergerakan sebelum jam 8.00 malam, jika tidak cukup 10x sehingga 8.00 malam (dalam masa 12 jam), anda dinasihatkan segera ke hospital
- carta ini adalah penting agar doktor boleh memastikan keadaan bayi kita berisiko atau tidak 
- cukup 10x pergerakan lebih awal, itu menandakan bayi kita dalam keadaan sihat walafiat dan aktif. InshaAllah !

abaikan ruangan yang lompong..hikhikhikhik...

ada sesetengah ibu, kurang dapat merasai pergerakan bayi walaupun diamati betul-betul...cam saya, boleh rasa dengan mudah...tapi kekadang, bila kita sibuk buat kerja lain, tak perasan dan tak dapat rasa pergerakan tu....so, kat sini kene beri lebih perhatian sikit........


jom kira lagi .... !

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa