Dapat Pakej Umrah Percuma.....!!

Assalamualaikum...hi !!


Alhamdulillah, saya dapat pakej umrah 6 bintang PERCUMA.....ohoiii, percuma tau. tak bayar satu sen pun. betulllll , tak tipu !! nak tahu tak camna saya dapat pakej umrah percuma nih?? teruskan pembacaan anda....ecehhh..hihihi

Pakej Umrah Percuma


Mesti ramai yang nak tahu kan, camna saya boleh dapat pakej umrah PERCUMA..lagi best, 6 star Cik Jah oiiii...bukan selebet punya pakej nih....Giler bestt dapat free kan..Semua ditanggung beres....tiket pergi balik, penginapan, makan minum. Cuma bawak diri, bawak baju  dan bawak duit banyak-banyak untuk shopping kat sana. Dan InshaAllah, akan berangkat ke Tanah Suci, pada 21 Dec 2014. Balik semula ke Malaysia pada 2 Jan 2015. Lebih kurang 13 hari jugak lah....

Sebenarnya, saya bagi pakej umrah yg saya dapat tu kepada ayah. Memandangkan ayah saya belum pernah lagi ke Tanah Suci , peluang yang terdampar depan mata nih, saya hadiahkan untuk ayah. Alhamdulillah, rezeki ayah untuk ke sana, dapat saya tunaikan dengan izin Allah....terima kasih Allah.

Pakej umrah percuma ni adalah tajaan penuh oleh Shaklee, reward buat pengedar yang menjalankan biznes Shaklee secara serius. nak dapatkan tiket ni juga, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. semua orang boleh dapat, dan semua itu atas diri kita sendiri samada NAK atau NAK ...

yang bestnya, tak semestinya kita yang pegi. boleh kasi mak atau ayah kita . kalo yg bujang pulak, boleh beri pada adik beradik jugak...boleh ajak seberapa ramai join pakej umrah free ni..... NAK ke NAK ? BEST ke BEST? hihihihi..mestilah best , ye tak....

pakej umrah percuma selama 13 hari bulan deceember 2015
Shaklee pos terus ke rumah surat penyertaan Umrah...butiran peserta : Mamat Bin Abdullah
Nak kene serahkan dokumen penting kepada Shaklee sebelum 22 September ni..so, cepat-cepat telefon ayah suruh ambik suntikan meningtis ACYW135, buat gambar untuk visa dan passport.

Gambar untuk visa tu pulak, tak boleh sembarangan. Mesti bersaiz 4 x 6cm, berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%. Lelaki : tidak bersongkok Wanita:Bertudung


dokumen yang penting untuk ke tanah suci buat umrah untuk ayah dah complete
dokumen penting perlu ada untuk ke Tanah Suci
Merah : Passport
Oren : surat suntukan meningtis ACYW135
4 keping gambar untuk Visa Umrah

Gembiranya hati saya bila dapat beri hadiah ni untuk ayah. Tentu ayah saya pun merasai persaan yang sama, dan mungkin lebih lagi. Saya tahu, ayah dah lama teringin nak pergi Mekah. Dia boleh pergi, tapi dia asyik fikirkan anak-anak. Hinggakan hasrat ayah nak ke Tanah Suci pun, dipendam jer.. saya tahu dengan usia ayah dah menjangkau 62 tahun ni, dah tentu tak ada lain yang difikirkan. YaAllah, dengan biznes Shaklee, saya dapat berikan kegembiraan ini buat ayah.. syukur Alhamdulillah....

Lepas ayah, guliran saya pulak untuk buat Umrah di Mekah, InshaAllah.... *tengah kumpul duit*. doakan saya dan suami dapat pergi yea...hihihihi

saya juga doakan pembaca blog ini, dapat tunaikan umrah suatu hari nanti. amin !!

1 comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa