Cara Nak Buka Akaun SSPN Untuk Anak

Assalamualaikum w.b.t


Buka Akaun SSPN di Maybank

Alhamdulillah, setelah sekian lama asyik bertangguh je, last week dapat jugak buka akaun SSPN si Humayraa. Umur 5 bulan lebih dah baru ko de akaun SSPN nak oiii.

Actually, baby dari umur 1 hari pun dah boleh buka akaun SSPN..hahhaaahahha, giler rakus kan..relax la mak pak nya pun..tak lari gunung dikejar..

Aku buka akaun SSPN ni kat Maybank Putrajaya. Pada mulanya aku pegi ke Bank Rakyat Presint 15, Putrajaya, kononnya nak buka akaun Tabung Haji sekali...rupanya offline. Tak per lah, buat je SSPN dulu..

Masa tu petang dah, memang tak ramai orang. Makanya, cepat la sampai turn aku.....pegawai bank tu pun dah siap key in sume, dia cakap line tak bape ok.ada rezeki, boleh lepas...haaa, pulak..tak per, doa banyak2 moga lepas.....

Nampak muka pegawai bank tu pun dah cam tak confident sistem boleh online dengan baik..2,3x percubaan, gagal jugak....hurmm, tak per lah..nak wat camna..tu yang aku ajak husband pegi Maybank lak....dah nak sampai ke Maybank dah, tetiba pegawai bank Rakyat call aku cakap IC lupa ambik..adooyyyaaaii.. patah balik ambik IC pulak...

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan 

Nak buka akaun SSPN ni tak semestinya korang kene pegi PTPTN..bank-bank terpilih jugak boleh buat. Antara bank yang boleh buka akaun SSPN ialah Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank.  Kalau tak salah, minima RM 20 diperlukan untuk buka akaun. Korang pegi je kaunter pertanyaan tu, bagitau bank officer nak buka akaun SSPN..then dorang akan bagi borang...dan WAJIB attach 2 keping salinan mykad/mykid untuk pendeposit (aku) dan penerima manfaat (Humayraa). Tapi Bank Rakyat mintak 1 salinan mykad/mykid jer setiap sorang..so, aku rasa depends pada bank kot..korang bawak je lebih pun tak apa..kang jenuh lak nak cari kedai fotostat..ahakzzz
Info lanjut tentang SSPN, klik SINI


Nanti korang akan terima kad ni yang akan dipos oleh PTPTN..bank tak terlibat dalam pengeluaran kad ni.

Oh yea, bagi si pembayar cukai individu cam aku nih, korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6000 (terhad) setahun. Berkuatkuasa tahun taksiran 2012-2017. So, aku dah buat perhitungan, bahagi sama banyak untuk 2 beradik..maksimum RM 3000 sorang utk setahun..bersamaan RM 250 untuk seorang setiap bulan. haaaa, kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi.... kan.. ! Maklumat lanjut tentang pelepasan cukai, boleh klik SINI

Perlu Ke Buka Akaun SSPN?


Perlu ke tidak, itu bergantung pada poket mak ayah nya. Kalau ada buat savings sendiri untuk pendidikan anak, mungkin tak perlu lagi buka akaun SSPN. SSPN ni untuk jaminan pendidikan anak-anak bila nak masuk institut pengajian tinggi nanti. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Kita sendiri tak dapat nak ramal apa akan berlaku di kemudian hari.

Apatah lagi, PTPTN sudah keluarkan arahan baru.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minima sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
PTPTN juga beri jaminan bahawa SSPN ni patuh syariah.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Penabungan SSPN Melalui Potongan Gaji


Semua orang boleh buat pemotongan gaji terus ke akaun SSPN, samada kerja kerajaan atau swasta. Info lanjut, boleh klik SINI
Mudah kan !


Website Best Untuk Download Template Blogspot Percuma

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni tetiba datang mood gatai nak share pasal buat blog...
*hek eleh, macam la ko terer sangat kan..*

Memandangkan anak buah Shaklee aku ni, kebanyakkannya baru nak berjinak-jinak jadi burung...

eyhhhhhhhh....

jadi blogger....

so, aku nak share ler sedikit sebanyak ilmu blog yang tak semenggah yg ada kat aku ni haa...boleh la kalau nak buat blog ala-ala rumah papan tu....spesis kontraktor kelas F yang baru daftar semalam je aku nih...hikhikhik...

bulan lepas, aku terrr belajar ilmu baru >>> tukar template blog

godek sana, godek sini, godek sinun, blogwalking sana, blogwalking sini, blogwalking sinun
google merata alam.....akhirnyaaaa....aku berjaya tukar template blog.....

*kembang kuncup hidung aku* bila berjaya tukar template...

dan dan tuuu, penyakit datang....
..
..
..
..
..
..
penyakit giler tukar template

semua template yg FREE , seme aku try.....seronok weh..hahahahhaha
nasib baik tak jahanam blog aku..muahahahahha

ok2, meh aku share website mana yang best nak dapatkan template FREE ni...


1) http://www.lovelytemplates.com
2) http://xmlbloggertemplates.com
3) http://www.flashxml.net
4) http://www.flashxml.net/
5) http://www.deluxetemplates.net/
6) http://designscrazed.net/
7) http://all-free-download.com
8) http://www.bloggercandy.com/
9) http://www.ipietoon.com/
10) http://newbloggerthemes.com


ada gak template yang boleh dibeli, memang lawa cun giler terbabas...tapi siap duit aaarrr....

1) https://www.etsy.com/
2) http://blogaholicdesigns.com


Ni jer info yang aku boleh share setakat ni...kalau ada lagi, aku akan update hokey. !!

Selamat mencuba dan jadi giler tukar template cam hakuu ! hahahahahhha *gelak paling sopan*

PCOS Punca Gagal Hamil

Sumber: womenhealths.gov

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS) merupakan gangguan hormon paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan dalam kalangan wanita.
Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.
PCOS dikenal juga sebagai Sindrom Stein-Leventhal iaitu masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak banyak yang diperkatakan tentang hal ini.
Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus wanita yang berusia lebih daripada 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Gejala
"Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain,'' kata Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain.
Beliau merupakan Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik dan Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.
Menurut Dr. Nik Hazlina, antara yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).
Sindrom ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat penyakit diabetes melitus, peningkatan aras kolesterol darah dan juga hipertensi.
Akhirnya, masalah ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung atau dikenal juga sebagai penyakit kardiovaskular.

Klasifikasi
Tambah Dr. Nik Hazlina, terdapat beberapa klasifikasi bagi mendiagnosis sindrom ini. Pada 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat menyatakan bahawa PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut iaitu;
(i) Masalah pengovulan, iaitu tempoh kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2 - 3 bulan), tempoh perdarahan yang lama dan perdarahan yang sedikit.
(ii) Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (sama ada secara kadar biokimia atau secara manifestasi klinikal), iaitu hirsutisme (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat, kulit yang lebih gelap pada bahagian lipatan (bahagian leher, celah ketiak dan celah paha) dan juga botak di bahagian depan kepala.
(iii) Pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum dalam proses pengovulan. Klasifikasi yang disebutkan ini juga dikenal sebagai klasifikasi Rotterdam.

Metabolisme rendah
Kebanyakan wanita yang menghidap PCOS mempunyai metabolisme yang rendah sehingga menyebabkan masalah berlebihan berat badan (obesiti), terutamanya di kawasan pinggul. Sebenarnya, PCOS merupakan keadaan yang akan dihadapi sepanjang hidup melibatkan semua peringkat umur, bukan sahaja dalam tempoh masa kesuburan.
Rawatan bagi sindrom ini berdasarkan masalah yang dihadapi oleh setiap individu berkenaan.

Rawatan
Rawatan PCOS ini juga bergantung pada usia wanita dan keinginannya untuk hamil.
Dr. Nik Hazlina menjelaskan, rawatan penting untuk mengurangkan risiko kanser rahim, terutama jika kitar haidnya terlalu lama dan mengalami perdarahan yang terlalu banyak.
Selain itu, penghidap PCOS juga memerlukan rawatan jangka panjang dan motivasi yang tinggi dalam dirinya sendiri.
"Ubat-ubatan sahaja tidak akan membantu penghidap PCOS, malah setiap orang juga perlu berusaha untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat," tambahnya.

Kesuburan
Lebih kurang 80 peratus daripada penghidap PCOS mengalami masalah ketidaksuburan atau dikenal juga sebagai mandul (infertiliti).
Tambah Dr. Nik Hazlina, masalah ketidaksuburan memberikan impak fizikal dan sosial kepada pasangan yang mengalaminya, khususnya pihak isteri. Keadaan itu boleh menyebabkan tekanan perasaan, tidak dapat menerima hakikat kekurangan diri, berasa rendah diri, mudah berasa diri dipinggirkan dan suka bersendirian atau memencilkan diri.
"Pada masa ini, terdapat pelbagai kaedah rawatan ketidaksuburan bagi pesakit yang menghidap penyakit ini. Terdapat beberapa faktor mempengaruhi pilihan rawatan yang akan digunakan. Kaedah rawatan yang dipilih biasanya di atas persetujuan pesakit," ujarnya.

Ubat-ubatan
Penggunaan ubatan juga merupakan kaedah untuk merawat masalah ketidaksuburan. Terdapat pelbagai jenis ubatan antaranya Metformin, yang tergolong dalam kumpulan ubat perangsang insulin.
Dr. Nik Hazlina menerangkan, ubat ini bertindak dengan mengembalikan kadar insulin daripada aras yang tinggi kepada normal.
Namun terdapat kesan sampingan, terutamanya pada peringkat awal pengambilan ubat ini. Antaranya termasuklah loya, cirit-birit dan perut kembung.
Walaupun tiada lagi laporan tentang kesan sampingan ubat ini terhadap kandungan, namun pengambilan ubat hendaklah dihentikan apabila seseorang wanita itu disahkan hamil.
"Clomiphene citrate juga merupakan ubat untuk merawat infertiliti. Kajian menunjukkan bahawa gabungan Metformin dan Clomiphene telah menunjukkan kejayaan pengovulan pada 90 peratus penghidap PCOS.
''Ubat ini tidak boleh diberikan lebih daripada 12 kitar haid bagi individu yang tidak pernah hamil kerana risiko mendapat kanser ovari meningkat untuk jangka masa panjang.
''Pengambilan Clomiphene sahaja mencatat kadar pengovulan 70 hingga 80 peratus dan kadar kandungan yang berjaya hamil sebanyak lebih kurang 40 peratus,'' katanya.
Menurut Dr.Nik Hazlina, terdapat juga sebilangan pesakit yang masih tidak berjaya mencapai pengovulan walaupun diberikan Clomiphene sehingga dos maksimum. Keadaan itu dikenali sebagai kerintangan Clomiphene (Clomiphene resistance).
Terdapat ubat lain seperti suntikan hormon Gonadotrofin untuk membantu dalam perkembangan ovum. Kaedah ini berkesan tetapi mahal, memakan masa dan memerlukan kepakaran.
" Bagi kaedah suntikan ini, biasanya penghidap PCOS akan menjalani rawatan secara permanian beradas (intrauterine insemination). Peluang untuk hamil bagi setiap pusingan adalah lebih kurang sebanyak 5 hingga 10 peratus sahaja. ''Cara ini disarankan sebanyak tiga hingga empat kali sahaja dan jika masih gagal untuk hamil, maka kaedah seterusnya adalah secara bayi tabung uji atau persenyawaan in-vitro (In-vitro fertilization, IVF) yang mempunyai kadar peratus kejayaan hamil dalam 30 peratus.

Impak sosial
Menurut Dr. Nik Hazlina, rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sering melihat kebolehan melahirkan anak sebagai salah satu kewajipan selepas berkahwin.
"Selepas beberapa tahun berkahwin dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak boleh menyebabkan masyarakat sekeliling memandang serong dan membuat pelbagai tanggapan negatif.
''Pesakit yang mengalami masalah ketidaksuburan berasa tertekan dan tidak dapat bergaul dengan masyarakat dan boleh membawa kepada pelbagai masalah lain.
''Oleh itu, sokongan keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting bagi penghidap PCOS dan pesakit lain yang mengalami masalah ini," ujarnya.
Bagi Dr. Nik Hazlina, mentaliti masyarakat perlulah diubah supaya tidak sewenang-wenangnya mengadili orang lain dan menyebarkan pelbagai cerita.
Di samping itu, pesakit PCOS juga perlu mengetahui masalah yang dihadapinya supaya dapat diberi rawatan sewajarnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online 
1 Julai 2013

Tabung Subuh wajib ada bagi setiap rumah

Assalamualaikum..


Aku bertuah sebab aku join biznes Shaklee ni di under grup yg mementingkan akhirat lebih dari dunia… .dulu, aku cukup payah nak bersedekah bagai..kalau ada pon, boleh kira dengan jari la… *ampunkan hambaMu ni yaAllah*  Alhamdulillah, aku dan rakan2 Shaklee, dah start buat tabung Subuh, kerana Allah s.w.t… bukan nak riak atau menunjuk2…   Aku share kat blog nih, jugak bkn tujuan nak riak, tapi nak ajak semua orang, buat bende yang sama…   Kita takkan miskin jika bersedekah…..tapi makin melimpah ruah yg Allah bagi tau..  jom sama sama kita jadikan amalan!  Sedikit info untuk uolls… copy paste dr grup aku..  FADILAT SEDEKAH SUBUH...  sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stress. masalah kewangan, kerja dan sebagainya. bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps. sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.  saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.  oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.  oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.  sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.  pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.  tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar. seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya... seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.  seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.  CARANYA?...mudah sekali  pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.  setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan... seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita... Credit to : kak Sharifah (aku tak kenal kak.sharifah ni… walau cmna pun, semoga akak dilindungi Allah selalu kerana berkongsi kisah ini)  Jom.. Wujudkan tabung Subuh dalam rumah masing-masing.… .  **aku guna tong ESP SHAKLEE jer… besar dan jimat**



Tabung pertama, utk aku suami dan 2 princess comel aku tu haa..  Tabung ke-2, aku buat utk mak ayah mertua dan mak ayah aku..kiranya aku tolong bersedekah bagi pihak mereka… tak salah kan?   InshaAllah, akan konsisten dengan amalan yang baik nih… jom kwn2, kita buat sama2… sikit2 pun tak apa… ni saham untuk akhirat kelak…   Wassalam.!   

Happy 3rd Birthday Nur Hadfina Auni



Tahun ni, kita celebrate befday Kakak Onnee kat Penang. Kebetulan mama ada join event sempena hari konvokesyen kat USM Penang. Masa ni mama buka booth Shaklee dengan mummy Eta.