Cara Beri Susu Ibu Yang Dibekukan Kepada Bayi

Langkah 1 :

- bagi ibu bekerjaya, seeloknya sebelum tidur, keluarkan beberapa botol susu/breastmilk storage bag dan letakkan di bahagian bawah peti supaya susu cair pada keesokan harinya ( jumlah botol mengikut kesesuaian dengan jumlah keperluan bayi untuk sehari di nursery/rumah pengasuh)
- boleh juga alirkan air paip pada botol susu/breastmilk storage bag untuk cairkan susu beku


Langkah 2 : 

-  susu yang telah cair, masukkan dalam cooler bag bagi memastikan suhu susu perahan tadi stabil ( sementara nak tiba di nursery/rumah pengasuh)
- anda boleh tandakan dengan nombor, botol/breastmilk storage bag mana yang patut guna terlebih dahulu. 
- Tips : gunakan susu perahan yang lama disimpan dalam freezer (pastikan label tarikh dan masa pada botol susu )

Langkah 3 :

- langkah seterusnya, pengasuh yang harus tahu bagaimana hendak handle susu ibu perahan untuk diberikan kepada bayi. 
- tuang susu ke dalam botol susu terlebih dahulu.


Langkah 4 :

- rendam botol susu tadi dalam sebekas air panas dengan suhu yang sesuai atau gunakan warmer. 
- susu yang hendak dipanaskan adalah jumlah yang sesuai untuk sekali penyusuan bayi supaya tidak membazir
- jangan sesekali memanaskan susu ibu beku/sejuk dengan cara mendidihkannya dalam periuk, microwave atau alat pemanas lain yang tidak sesuai. Ini boleh menyebabkan nutrisi susu ibu perahan hilang.
- Ingat ! Susu ibu yang telah dipanaskan , tidak boleh disimpan lagi.

Langkah 5 :

- sebelum berikan pada bayi, uji dulu suhu susu ibu yang dipanaskan tadi di belakang tangan anda. Ini adalah untuk mengelakkan mulut bayi melecur.

Langkah 6 : 

- berikan susu ibu secara perlahan dan sabar agar bayi tidak tersedak. Pengasuh harus memantau bayi ketika bayi sedang menyusu.
- berikan juga masa bayi berehat seketika sebelum meneruskan penyusuan agar tidak tersedak.



PERKARA YANG DILARANG ;
  1. Jangan panaskan susu dalam air mendidih dalam kuali, periuk dan microwave.
  2. Jangan gunakan susu yang telah dipanaskan selepas 24 jam dan mesti dibuang jika tidak habis
  3. Jangan tinggalkan bayi bersendirian ketika menyusu botol
  4. Pastikan botol susu tertutup semasa dipanaskan.

Sumber Rujukan :

Susu Ibu atau Susu Formula? 

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa