11 Jenis Sayur & Ulam Yang BOLEH & TIDAK BOLEH Dimakan Dalam Pantang

selepas bersalin, kita memang kene jaga makan, supaya tak bentan.. maka, kene lah alert  apa yang kita boleh dan tak boleh makan. bentan nih bukan kicik punya hal tau..jangan pandang remeh..silap haribulan, boleh bawa maut...huhuhuh.

kebanyakan ibu-ibu baru yang selalunya kurang pengetahuan tentang pemakanan ibu berpantang..*mengikut pengalaman sendiri la..hikhikhik*.. berpantang kali kedua, barulah aku terhegeh-hegeh nak ambik tahu..kihkihkih..tapi tak per, masa berpantang anak sulung, mak aku ada tolong jadi mak guard...so, tak der la risau sangat....hahahhaha

so, aku nak share seidkit info yang aku dapat daripada pembacaan aku...boleh jadi panduan untuk korang...jangan lupa bagitahu kat suami sekali....senang dia nak memborong sayur dan ulam yang betul dan boleh dimakan...silap makan, sakit-sakit badan , menggigil, sejuk, kejang....seme tu tak mustahil akan terjadi.


Antara sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang BOLEH dimakan ialah :
  • sawi
  • lobak putih
  • peria
  • daun kadok
  • daun pudina
  • daun sekentut
  • pucuk mengkudu
  • daun pegaga
  • ulam raja
  • kunyit hidup
  • halia
Sayur-sayuran yang TIDAK BOLEH dimakan ialah tumbuh-tumbuhan yang menjalar, sejuk dan berangin seperti :
  • kangkung
  • mentimun
  • sayur keladi
  • bayam
  • jering
  • petam
  • terung
  • tomato
  • kacang panjang
  • kubis
  • cendawan
dalam pantang, aku makan satu jenis sayur je ~ sawi.

sawi masak air, tumbuk bawang merah, bawang putih dengan lada hitam. sedapppp jugakk !! kuah kasi lebih...mihikss.mihikss..


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa