Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Pertama Sayang!!!

1.55am , 2 Jun 2015

genap 1 tahun kelahiranmu, Nur Humayraa Nadra binti Muhamad Hamdi

maka masih berbaki 1 tahun untuk mama menyempurnakan misi penyusuan , sebagaimana suruhan Allah swt dalam surah Al-Baqarah , ayat 233.

…………………………………

Al-Baqarah:233 - Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


5 Comments

  1. happy belated birthday! dah setahun ye
    comelnya dia buat rupa gitu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee.. terima kasih...
      hahahaha., tengah ngintai kakak dia..

      Delete
  2. amboi,..comel nya dia..pipi tembamm..mata bulat..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh, mata sebenar adalah sepet, cm mama dia..kihkihkih...

      Delete
  3. Selamat hari lahir... semoga menjadi hamba yg abadi dan khalifahNya...

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa