SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

ni ha entry pasal Aidilfitri 2015 keluarga kecik aku ni ...gara2 menyahut cabaran SEGMEN RAYA BERSAMA  MAMAMYJA..hihihii. Tarikh Segmen : 30 Julai - 31 Ogos 2015

raya tahun ni raya ala kadar sahaja, tak semeriah raya orang lain......masih terkesan kehilangan adik pada 28 Jun 2015 bersamaan 11 Ramadan 1436H yang lepas akibat kemalangan. So, mood nak raya tu, hambar je lah....



baju raya pun pakai yang mana ada sahaja, tak beli baru..anak2 je la belikan beberapa helai baju...mama abah tak der baju baru, tak apa..anak-anak, mesti adakan...

baju aku pon, kain ela upline Shaklee yang kasi hadiah beberapa bulan dulu. kain ela untuk baju anak-anak, beli 2 meter RM 25.00, siap 2 helai jubah simple untuk dorang..

semua aku jahit sendiri...almaklumlah, baru jer gi kelas menjahit..hihihii.
walaupun jahitan tu tak berapa molek, belasah je la..pakai sendiri, tak kesah sangat kan..janji boleh pakai....hihihihih...

encik husband lak, pakai baju melayu yang lama jugak...aku rasa dah lama kot baju melayu dark brown dia tuh...hahahahaha..

nak wat camna, tak sempat nak shopping raya........sibuk dengan arwah adik yang terlantar di ICU Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang , lebih kurang 3 minggu jugak la....

raya tahun ni. giliran rumah husband kat Kepala Batas, Penang..so, raya pertama macam biasa, akan ziarah semua mak pak menakan belah husband...sehari tu, lebih kurang 7 buah rumah kitorang pergi........ 

dannnnnnnn semua rumah aku pergi, aku balun makan walaupun makan kuih raya...masakan orang Penang, sedap-sedap tau....huhuhuhu.... memang tak boleh tolak lah..rugiiii mampuih kot kalau tak makan !! kakakakakak

Laksa Penang
Nasi Daging
Mee Kuah
Ketupat + Rendang
Lemang + Rendang
.
.
.
.
.
dan macam-macam lagi........

raya kedua, macam biasa, balik kampung aku lah pulakkk khennn..baru adil !! muahahahahah..

so, raya korang camna pulak?? mesti best kan....

sape2 yang nak mengeratkan silaturrahim bersama-sama, jom lah join segmen by mamamyja nih...

syarat-syaratnya, simple jer... ;

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-
  1. Blogger Malaysia
  2. Buat entry yang bertajuk "SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA"
  3. Tempekkan gambar raya korang sendiri tidak kisahlah raya keberapa janji korang berbaju raya lengkap. Secara berseorangan dan berkeluarga tidak kisahlah.
  4. Ceritakan serba sedikit pasal baju raya korang tu. Mamamyja nak tahu. Hehehehe...
  5. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh mamamyja. Jika tidak lengkap salah satu, penyertaan anda akan terbatal serta merta.
  6. Publish entri korang dan tinggalkan url entri di ruangan komen dalam segmen ini sahaja.
  7. Pemenang akan diumumkan pada 5 September 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada 30 Ogos, adik kenduri kawin. Mamamyja takut kelam kabut. Hehe
  8. Mamamyja hanya perlukan 3 orang pemenang sahaja.
  9. Lengkapkan syarat di bawah :-
                   Follow Blog Mamamyja (Must DO!)


klik SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA kalau minat nak join jugak.... good luck !!


10 comments

  1. kalau belah utara ni,laksa memang tak lari la..mesti ada..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn...hidangan wajib ado tu...hihihihi

      Delete
  2. Takziah sis, pakai yang lama pun xper. Bukan orang tahu pun kan. Hihihik
    Good luck dan selamat hari raya !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mamamyja....haah, bkn org ingt pon bju kita..hahahahaha.

      Delete
  3. takziah dan alfatihah buat adik mas.
    seronoknya pandai jahit baju sendiri...jimat:)
    and selamat hari rya juga buat mas sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear.... heheheh..boleh lah jahit 'huduh2, ore kelate kato..hikhikhikhik


      selamat hari raya juga..

      Delete
  4. Salam kenal sheeta, alfatihah buat arwah adik semoga ditempatkan di kalangan org beriman di sana. Kita pon Raya sederhana jgk, berjimat dan jangan bazir..itu yg terbaik.

    http://www.nazlee.com/2015/07/segmen-raya-bersama-mamamyja.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal...terima kasih..

      betul, jangan membazir dan jimat2......besederhana...inshaAllah..

      good luck !

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa