10 manfaat tomato yang akan buatkan anda jadikan ia menu wajib dalam masakan



tomato ialah buah, bukan sayur ~ oo, baru tahu..hihihi

biasanya tomato digunakan dalam masakan, minuman dan rawatan kecantikan 

tomato kaya dengan ;
  • lychopene
  • vitamin A 
  • vitamin C

vitamin A, vitamin C , kita dah tahu kan untuk kesihatan dan kecantikan, betul tak? tapi tak tahu apa itu lychopene dan apa manfaat lychopene dari buah tomato tu untuk manusia

Apakah Lychopene?


Lychopene ni lah yang buatkan tomato jadi warna merah..lagi merah tomato tu, lagi tinggi lychopene.

Lychopene ni banyak manfaat untuk kita..tapi pastikan makan tomato yang non-gmo yea. Dan pastikan jugak, setiap kali nak guna tomato, basuh bersih terlebih dahulu. Kalau boleh guna pencuci buah/sayur-sayuran (saya guna Basic H) .
melainkan tomato yang ditanam sendiri, inshaAllah, tak banyak guna racun serangga perosak. hihihi


10 Manfaat Tomato Untuk Kesihatan & Kecantikan



orang lelaki terutamanya digalakkan makan tomato. Ada kajian yang menyatakan tomato yang dimasak.dipanaskan, lebih tinggi kandungan lychopene nya... antara manfaat tomato ialah :
  • mencegah kanser prostat bagi orang lelaki
  • kaya dengan antioksidan yang boleh mencegah sel kanser
  • dijadikan ubat penyakit jantung
  • mengurangkan dan menghalang kerosakan dan punca penyakit yang disebabkan oleh kolesterol jahat (LDL) sehingga 90%
  • melindungi pembuluh arteri, jantung dan otak dari risiko serangan jantung dan strok
  • mencegah kerosakan arteri, sel-sel badan dan DNA
  • antioksidan yang tinggi di dalam tomato juga boleh mencegah penyakit arthritis 
  • mencegah bintik hitam dan jeragat pada wajah akibat sinaran cahaya matahari
  • membantu melambatkan kedutan pada wajah
  • mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari (sunburn)

p/s : lepas nih jangan miss beli tomato..kalo boleh tanam sendiri, lagi bagus..muahahahahaha


No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa