Bentan Bersalin

Nur Humayra Nadra , masih dalam pantang
abaikan benda putih atas dahi beliau...kihkihkih

Mama selepas bersalin, nak tak nak kene jaga diri betul-betul..si suami pulak, mestilah ambil bahagian menguruskan rumahtangga semasa isteri sedang berpantang.... demi kesihatan isteri jugak kan....melainkan kalau si isteri berpantang kat rumah mak nya...hihihihi...

Apa akibat kalau mama tak jaga diri semasa dalam pantang ?? ~ BENTAN BERSALIN

jangan main-main tau, bukan kicik punya hal....bentan boleh membawa maut tau.....silalah berpantang yea mama-mama semua.....mesti habiskan minimum 40-44 hari....sebaik2nya, 100 hari...ada jugak yg berpantang sampai setahun........ tengok keadaan badan seseorang.

Apakah Bentan?


ayat senang nak faham, bentan ialah suatu keadaan dimana mama selepas bersalin yang masih dalam tempoh berpantang, sakit semula walaupun sudah hampir tamat tempoh berpantang. Contoh, esoknya dah hari ke-40, tapi mama tersilap langkah terambil makanan atau tersepak ibu jari kaki dengan kuat, dan mengalami bentan, dan terpkasa berpantang semula. jika kurang bernasib baik, boleh membawa maut.....
Kebiasaannya, untuk kembali pulih tu makan masa jugak..ada yang berminggu-minggu dan berbulan-bulan lamanya untuk sembuh. bila keadaan ini terjadi, akan menimbulkan banyak masalah..


Punca Bentan Dalam Pantang



Rawatan Bentan


ini ada beberapa kaedah merawat bentan, sy rujuk buku Manual Kehamilan yg ditulis oleh /kak Engku @ Tengku Azmanira Raja Husin. boleh cuba rawatan ini, InshaAllah sangat membantu :

  • cekur, lada hitam, halia dan bawang putih ditumbuk dan dibalut pada ibu jari kaki
  • sapukan sehiris bawang merah pada ibu jari kaki
  • bagi memulihkan bentan yang teruk, ibu digalakkan untuk minum air rebusan secekak dan sawi dan jintan manis bersama gula batu. (Rawatan ini juga boleh diamalkan 2 kali seminggu semasa dalam tempoh pantang unutk mencerahkan mata).
  • gosokkan sedikit kunyit hidup dengan kapur makan untuk disapukan pada kuku kaki dan tangan.

Amalan Yang Mesti Buat Semasa Berpantang


  • sentiasa pakai sarung kaki (stoking)
  • jaga pemakan
  • mandi air suam, dan elakkan mandi air sejuk
  • jaga-jaga dengan ibu jari kaki...nak berjalan tu, perlahan je supaya tak terbabas langgar objek keras
  • elakkan minum ais, sebaik-baiknya air suam .air suhu biasa (suhu bilik) pun boleh


4 comments

  1. takde nak komen boleh komen ke?hihi, me....silent reader.

    ReplyDelete
  2. kalau kena sekali bahaya tu..huhuhu bentan dgn meroyan aduhh minta di jauhi..

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa