Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka Di Keramat, KL

Ahad lepas, tetiba ter plan nak bawak Onnee & Humayraa jalan-jalan...

Port Dickson?
Goald Coast Sepang?

oleh sebab dah tengahari, akhirnya kitorang decided pegi Zoo Negara je...bawak tengok burung...hahahaha....

macam biasalah, tengahari aku, jam 3 petang...
bayangkan dari Putrajaya nak ke KL, lalu pulak MRR2, agak2 pukul berapa nak sampai zoo?

kitorang sampai, zoo pun dah nak tutup..kihkihkih...elokk la sangat kan...awal2 pagi tak terpikir nak berjalan...kalau ikutkan aku nih, lebih suka duk rumah,..... errkkk..

tapi memandangkan anak-anak yang selalu terperap je , nak la bagi dorang lihat dunia luar...nak kenalkan dorang segala jenis binatang, kononya...kang tak memasal anak aku tak kenal  apa itu ular...apa itu harimau...... apa itu ayam..apa itu buaya......

boleh tengok ke'jakun'an Onnee tu...lagi2 bila balik kampung..nampak lembu je melompat-lompat seronok...datang dekat, menangis melalak...aku pun tak faham...hahahaa...
so, untuk mengelakkan Onnee terkulat-kulat di kemudian hari, moh kita ajaq dia mengenali jenis haiwan....namun, sayang sekali...zoo dah nak tutup..so, tak dapat masuk....dah tak tahu nak pergi mana....
.
.
.
.
.
.
.
cam lapar lak ~ pegi makan je lah...
.
.
akhirnya, kitorang sampai di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka...
.
.
.
2x aku kesini, aku hanya makan steak..

beef steak
atau
lamb steak

sebelum ni aku try beef steak..so, kali ni aku try grill lamb steak lak...perut dah berkeroncong, tetiba je kan..walhal aku dah melantak nasi dulu tadi sebelim keluar rumah.....ohemmgeee. !!


sampai je, kami terus ke dalam restoran tu, ada aircond..sedap la sikit kan nak bergomol dengan Humayraa nanti..tak la berpeluh.....walaupun jarak antara setiap meja sempit giler..hihihi..
kalau yang agak berisi tu, haih la..memang kene duduk meja luar je la... eheehehe...
aku tak kutuk tau..aku cakap bende yang betol nih....huhuhu

jom selfie dulu.....hihihihi



ok2, dah duduk, apa lagi.order la makan..perut dah bergendang dang dang mintak diisi....

jus epal
jus oren
hot cafe latte ~ of course for me, coffee lover
grill lamb steak
mix grill steak utk encik husband
spageti untuk Onnee ~ dia pilih sendiri
dan fries semangkuk...
.
.
.
.
.
tambah lagi semangkuk fries sebab Onnee dan Humayraa berebut....adeihhh...
lepas makan, dah kenyang...


grill lamb steak sedap di keramat, kuala lumpur

mix grill steak sedap dan murah di KL


komen aku??
sedapp wehhh...
dengan harga yang murah dalam RM15 - RM 20 setiap set, aku rasa berbaloi lah...memang sedap..... rasa nak tambah lagi jerr....hihihihi
tapi dah kenyang sebab aku 'terpaksarela' habiskan spageti Onnee..hahahaha..sukerrrrr !!
.
.
.

fiske steak house asam pedas melaka

fiske steak house asam pedas melaka

cuba korang tengok, betul kan aku cakap...jarak antara meja tu, bape sentimeter je ha....aku yang selim melim ni pun, (sambil dukung Humayraa), seksa sikit la nk berjalan kat tengah-tengah tu..hehehhe..

kalau korang nak cuba steak sedap dan murah, ni lah antara restoran yang aku suggest..kalau nak sedap lagi, peri menate la kan.......jangan lak di compare dengan fiske steakhouse nih.....

padan dengan harga lah...

jangan lupa cuba tau....... (^__^)

steakhouse ni jugak ada jual segala macam jenis dessert.., kek dan cookies....nampak macam sedap....sebab ~ dorang hias meja dessert tu dengan meriahnya....

nampak belon merah tu? hurmmm, kakak Onnee dah tak sabar nak dapatkan......RM 5 hengget hokeyy..adoi...pitams mama...........











dah kenyang
dah bayar
dah dapat belon, 
balik lahhhh..apa lagi tunggu !



sampai rumah, turun kereta, belon tu terlepas ke udara..

apa nak buat nak oiii..tak der rezeki..biarlah belon tu terbang bersama-sama burung..jenuh pulak aku nak memujuk........

sampai rumah, siap mandi, intai ikut tingkap, nak tengok belon yang dah terbang dibawa angin lalu tadi.......dengan muka yang kecewa...hai lah kakak Onnee.saje buat mama tersentap kan...

esoknya abah beli sebungkus belon..haa, ambik...hihihi...


6 comments

  1. wow macam-macam dessert/kuih ada..

    ReplyDelete
  2. lama kot tak makan asam pedas melaka...tengok makanan pun macam semua nya menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la kat sini..sbb boleh repeat pegi..selalunya, kalo x sedap, mmg kali oertama dan kali terakhir ..kihkih

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa