Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Baitulmal Sesi 2016/2017 Kini Di Buka

baru baring-baring sambil membaca doa nak tidur, tetiba masuk whatsapp dari adik saya.....

info yang bagus..maka saya kongsi kat sini supaya korang boleh share pulak kat saudara korang tentang ni....

belajar kemahiran, bagus ni...

Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal sesi 2016/2017
Kini dibuka.

Terutamanya kepada   anak2 yang ;

i.   berumur 18 thn 
     (kelahiran 1997) ⬆,
ii.  dari keluarga asnaf
iii. Berminat untuk belajar
     kemahiran.

Mereka diberi peluang untuk mengubah menjadi orang yang berjaya.

#Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran bulanan, tiada yuran peperiksaan.

Semuanya ditanggung oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Permohonan ini dipelawa kepada semua rakyat malaysia yang beragama Islam.

Kursus yang ditawarkan

✅ Kejuruteraan Elektrik
✅ Perkhidmatan dan
      penyajian makanan.
✅ Rekaan Fesyen dan
      Pembuatan Pakaian
      Lelaki
✅ Rekaan Fesyen dan
      Pembuatan Pakaian
      Wanita
✅ Seni Lukis dan Seni
      Reka
✅ Teknologi Binaan
      Bangunan.

Syarat umum adalah tamat darjah 6, tetapi bagi kursus kejuruteraan elektrik, calon perlu Kredit Matematik SPM.

Tempoh pembelajaran selama 2 tahun.

Semua pelajar wajib menetap di asrama, dan disediakan 3 kali makan.
Pelajar juga diberi duit poket sebanyak RM 100.00 sebulan.

Bagi pelajar yang telah memiliki SKM, anda tidak layak memohon.

PERMOHONAN ini hanya boleh dibuat secara online di laman sesawang www.maiwp.gov.my

TRIKH TUTUP : 30 SEPT 2015. calon yang layak ditemuduga akan dimaklumkan melalui surat pada pertengahan OKTOBER.

- boleh share kat anak2 dan keluarga dimana2 sahaja.

sekian info  ~

1 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa