Bos Lelaki VS Staf Wanita

gambar sekadar hiasan, pinjam dari mr google

Kat mana-mana organisasi atau syarikat, staf wanita ada di mana-mana....yang bujang, mak budak, nenek budak, semua ada ...

dan semestinya ada bos ..dan bos itu pulak adalah seorang lelaki...

dalam kategori bos ni pulak, ada yang bagus dan ada yang ...errrrmmm, kureng...hihihi

syukur pada Allah, selama aku bekerja nih, semua bos aku adalah lelaki dan semuanya, OK..

tapi tak semua orang bernasib baik macam aku......cewwaahh..(kipas nombor berapa ni haa?..kakakak)
....ada jugak yang dapat bos macam..............( sila sambung sendiri....sebab aku taknak sebut perkataan yang kurang elok...) kihkihkih..

entry aku nih, bukan nak hentam golongan bos lelaki..cuma aku nak dorang ni faham situasi staf wanita, terutama yang dah berkahwin dan sedang dalam fasa 'membesarkan' keluarga...

"membesarkan keluarga" - merujuk kepada seorang ibu muda yang sedang dalam tempoh hamil, berpantang, menyusukan anak dan menjaga anak-anak yang masih kecil.

sebelum korang jadi bos, korang mesti buat persediaan mental dan fizikal dalam menangani isu-isu mendatang....hahahahah
ala, korang yang jadi bos ni, bukannya tak ada anak isteri kan..sure korang faham punya...kalau tak faham jugak, tak tau la aku nak cakap camna....sometimes, bos bujang lagi memahami...hihihihi

10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita hamil

1. alami loya, pening, lemah tubuh badan dan tidak mampu bekerja dengan sempurna
2. keadaan kehamilan yang berbeza-beza setiap wanita, ada yang sihat, segar bugar tanpa alami walau sedikit pun gejala morning sickness dan ada yang terlantar di rumah atau di hospital akibat alahan yang sangat teruk
3. akan ada wanita hamil yang sentiasa keluar masuk hospital dan anda akan sentiasa dapat MC (sijil cuti sakit) ..hihihihi
4. bersedia dan alert yang staf anda bakal bercuti bersalin selama 2 atau 3 bulan
5.anda akan terima call/whatsapp/telegram "bos, saya tak dapat masuk kerja hari ni, alahan teruk dan tak larat, tak boleh bangun " ...
6. anda juga akan terima call/whatsapp/telegram ~ 'bos, saya masuk office lambat sikit, morning sickness teruk pagi ni...'..huhuhu
7. anda call atau mencari staff anda di meja kerja nya, tapi tak ada...rupanya dalam toilet, tengah muntah2...atau rupanya, dia rehat/baring/tidur di surau sebab pening dan lemah tubuh badan...atau pon ~ di bawah mejanya sendiri sambil memegang tong sampah , standby nak muntah.. hahahaaha
8. ada wanita hamil, yang tak boleh buat kerja dengan alasan, " saya nak muntah dan pening ngadap komputer.' ---- ya, ini benar-benar terjadi..bukan alasan yang dicipta untuk elak buat kerja... kihkihkihkih
9. jangan terasa hati jika tiba-tiba staf wanita anda tutup hidung atau nak muntah semasa mengadap anda..mungkin kerana dia tak dapat tahan bau perfume anda...wanita hamil sensitif dengan bau-bauan....
10. jangan assume staf anda akan tiba ke bilik anda sepantas kilat apabila dipanggil masuk mengadap ...hahaahhaah ( pergerakan ibu hamil terutama yang tengah sarat sangat selow melow....kannn)


10 perkara yang bos lelaki perlu tahu jika staf wanita sudah masuk kerja selepas bersalin

1. kerap hilang dari workstation untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu ~ pam susu untuk bekalan bayi di nursery (bos2 seme, please la sokong usaha murni si ibu untuk menyusukan bayi mereka at least 2 tahun)
ini adalah suruhan Allah jugak..anda jugak turut dapat saham akhirat jika memahami kami...betul tak?? hihihi
2.  ibu-ibu tak mintak disediakan bilik khusus ber aircond untuk memudahkan urusan pam susu, asal dapat tempat yang privacy , pun dah ok...ada sesetengah syarikat (tak semua yea), ibu-ibu terpaksa 'menunaikan tanggungjawab' dalam toilet.. Allahuakbar...sedih bila saya dengar kisah mereka.
3. anda boleh berbincang dengan staff anda jika kurang senang dengan aktivitinya hingga mengganggu kerja. isu ini kene sama-sama discuss..janganlah mengumpat kat belakang..takkan setel punya ....ibu-ibu pulak janganlah ambil kesempatan atas peluang yang diberi..pastikan kerja-kerja yang diamanahkan, siap tepat pada masanya.
4. staf anda akan kerap cuti jika anak demam atau tidak sihat
5. staf anda akan masuk lambat atau balik awal kerana nak bawak anak buat medical check-up bulanan ..terutama di 2 tahun pertama selepas melahirkan bayi......
6. anda akan terima call/whatsapp/telegram ~ bos, saya "emergency leave" hari ni ..hihi
7. staff anda mungkin sambung bercuti (cuti tanpa gaji) selepas habis cuti bersalin untuk menjaga bayi yang baru lahir , atas sebab-sebab kesihatan (perlu budi bicara bos..semoga bos2 kat malaysia ni memahami..hihihi)
8. anak2 terutama yang breastfeed dengan ibu dia, dah macam pizza....cheese dengan doh melekap...
macam kanggaroo pun ada...cuma tak der poket je..kalau boleh, baby nih nak melekap je ngan mak dia 24 jam...so, kalau tetiba ada staf wanita yang tak nak keluar pergi outstation, silalah faham. kecuali, tugasan itu tak ada orang lain yang boleh handle..nak tak nak, kene lah jugak pergi kan..kali nih, si ibu tadi terpaksa lah tinggalkan bayinya demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.
9. jangan paksa-paksa minta buat kerja overtime kalau kerja itu kurang penting, for sure mommies akan menolak dan tak nak buat OT. masa cuti, masa untuk bayinya....hal kerja, tinggal kat pejabat hokey...
10. tetiba ada dengar suara bayi menangis kat pejabat ~ staf anda bawa bayinya datang pejabat kerana pengasuh bercuti....ahhahaha...ini biasa terjadi....pengasuh balik kampung, pengasuh tak sihat, nursery tutup.... BOSS, bersabarlah dan sentiasa bertolak ansur dengan staf wanita anda...

isu-isu ini adalah isu yang remeh jer......disinilah pentingnya komunikasi....boss faham situasi staff , staf pula mesti faham situasi dan tanggungjawab sebagai pekerja..jangan jadikan "kesitimewaan" korang untuk ambil kesempatan nak mengelat... tak baik tau...
Allah kan ada...
Allah sentiasa melihat apa yang kita buat setiap saat, setiap masa.....
.. hihihihi

bos adalah pengatur kita di pejabat, staf adalah tunggak kejayaan sesuatu organisasi...sama-sama saling memerlukan....setiap apa yang kita nak dan laksanakan, beritahu boss...supaya orang lain tahu apa kita buat agar tidak menimbulkan sangka buruk.. manusia nih, lebih cenderung bersangka buruk berbanding sangka baik...itu lumrah.... ke guana???

entry ini, sekadar pandangan, pengalaman saya dan kawan-kawan.....bos, pekerja, sama-sama saling memerlukan... simbiosis !!

korang macam mana pulak???

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa