Belajar Mekap Simple Untuk Ke Pejabat


Alhamdulillah..finally hasrat aku nak menuntut ilmu mekap dengan sahabat baik aku, Bidayatul Hidayah termakbul jugak...hihi..

Lama dah nak jumpa dia, tapi asyik terbantut jer...sebelum ni, mekap biasa2 calit lipstik, blusher sikit2 boleh lah..kali ni aku menuntut ilmu dengan orang profesional mekap..lain betul tekniknya..betul lah orang kata, teknik yang betul, hasilnya pun puas hati...

Banyak ilmu pasal mekap yang aku belajar daripada Dayah... thaks beb..jasamu ku kenang... *love*love*love*...

Teknik ukir kening dengan betul dan tidak terlalu over...

Mekap yang aku belajar dan apply ni mekap simple jer, sesuai untuk ke pejabat... agar nampak fresh dan berseri... selalunya pucat macam mayat hidup..lagi pulak kulit aku ni tone warna gelap.. kihkihkih...





Bagi aku, mekap simple begini perlu untuk busisnesswoman macam aku.. untuk aku berjumpa dengan orang ramai dan lebih confident untuk berdepan dengan sesiapa sahaja...

Jika korang tidak bersetuju dengan aku, terpulang pada diri masing-masing...selama hampir 5 tahun aku terlibat dengan bisnes Shaklee, itu lah yang aku banyak belajar..

● Self confident
● Personaliti
● Good looking walaupun aku bukannya kategori natural beauty..hahahahhaa..

Pilihan masing-masing, kan !! Hihihi..

Jangan Sesekali Berhenti Menggapai Kejayaan

"Success seems to be connected with action. Successful people keep moving. They make mistake, but they don't quit."

GIVEAWAY BY CERITERAIBU.BLOGSPOT.COM


Hi korang..macam biasalah, aku supporter tegar rakan2 blogger yang buat giveaway etc... konpem aku akan join............ kalau menang, itu bonus lah kan....boleh kasi Auni & Humayraa set Pocoyo and Friends ni... aminnnn ☺❤☺❤

Untuk Ibu Dilah, tahniah in advance for ur 7th anniversary ya... semoga kekal bahagia hingga ke syurga Allah swt. (^__^)

3 rakan blogger yang aku nak tag ialah :

Nor Rasidah Sidek
Nor Marshaliza Saidan
Nur Hazrita Abdul Kahar 

Good Luck for me & for all participant.... hihihih


p/s : jaga-jaga, M2M nak boommmm blog rakan2 yg join GA ni.... muaahahahahaha

[Part 4] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang


Sepagi dah puas main air, so kitorang decide untuk buat aktivit outdoor je petang tu. Lagipun esok ada lagi masa kalau nak berkubang dalam kolam kan.

Untuk aktiviti outdoor ni, kitorang guna pakej yang dah beli RM50. Boleh refer entry sebelum ni Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang

Hamdi sempat ber flying fox dan buat aktiviti high rope. 
Auni & Humayraa, tak ada lain la aktiviti dorang, of course ambik pakej Sand Castle. Pakej ni dapat main percuma sand castle tools tu jer. Pi main pasir kat mana yang kita suka. Pasir sini halus sangat dan sedap pijak. Tapi kene cari port sesuai sebab banyak sarang semut merah. Kang kene gigit pulak.


view pantai 

view dari tempat aktivit
belah sana tu water theme park

high rope
High rope ni, best je aku tengok. tapi spesis gayat macam aku, jangan lah cuba try. Kang tak dapat turun, sape nak jawab. hahahaha


ini baru permulaan journey high rope tu, bila dah sampai tengah, tinggi giler kot. dengan meniti atas tali cenggitu jer, mampu tak?
Tak gayat, tak per lah. Hihihihi.




ready untuk flying fox ke tengah laut. masa ni laut surut, so bila sampai ke tengah laut tu, air nya tak der. Kering je.


tinggi nak panjat ke pelantar dia tu. Aku sempat la panjat separuh tangga, kekonon nak try flying foz. sampai separuh, aku dah gayat. Turun balik la weh. Hhuhuhuhu











seronok ek korang main pasir. Mama dan abah pun tumpang sekaki. 

Part 1 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Part 2 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang

[Part 3] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang


Keesokannya, hari Sabtu hari mandi-manda. Sebelum tu, breakfast dulu macam biasa. Menu breakfast not bad. Sedap jugak. 
Pakej breakfast untuk 2 dewasa. bagi Auni, umur 5 tahun dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM12.00.

Untuk Humayraa, 3 tahun, free of charge je. Budak-budak, bukan makan banyak sangat pun kan. 
lagipun dorang hanya makan cereal honey star dan susu, sosej, nugget dan onion ring yang sangat sedap dan rangup.


Dah isi perut, masa untuk main air. 
Untuk masuk ke water theme park, boleh bawak towel sendiri tapi tak dibenarkan bawa towel hotel. 
Kalau tak ada towel, boleh sewa towel yang disediakan di kaunter. 

Nak dijadikan cerita, masa datang bercuti ke sini, aku tak bawa towel sendiri. kekonon nak jimat space beg, guna jer towel hotel. walhal, sebelum ni kalau ada pergi travel ke mana-mana, towel tu antara benda wajib yang aku akan bawa dan tak akan guna towel hotel. 

Oleh sebab tak bawak towel, si kitorang terpaksa la sewa towel. 
Caj sewa untuk setiap towel, cuma RM10. Tapi kene letak deposit RM20 untuk setiap towel.
Jadi, caj untuk sehelai towel, kene letak duit sebanyak RM30. Cuba bayangkan kalau korang datang reramai dan semua tak bawak towel, berapa ringgit dah tu nak kene bayar.

Contoh, 5 helai towel X RM 30 = RM 150. Tapi jangan risau, kalau towel tu korang jaga elok-elok dan tak hilang, deposit akan dipulangkan semula. So, selamat RM100 korang. (^__^)



Harga tiket water theme park;

  • Adult  RM37.00
  • Children ( 2 - 12 years old ) RM21.00

Untuk pakej yang kitorang ambik ni (rujuk entry part 1) dah termasuk tiket water theme park. Berbaloi-baloi.
Let say uoll datang tanpa pakej yang aku ceritakan sebelum ni, korang boleh beli pakej yang dorang offer. Tapi maybe limited time la kot.
Pakej macam kat bawah ni RM50 sahaja harganya. Tapi beli sekeping je la. Tak habis guna pun.
Beli sebab nak main aktiviti outdoor yang ada kat situ. 







Hari ni tak ramai orang sangat. Jadi, waktu main air sangat lah best sebab semua tempat boleh main dengan senang hati.
Dari awal pagi sampai tengahari main air, tak puas-puas.
Bila dah lama sangat main air, perut pun dah lapar.
Kami keluar dari hotel untuk cari kedai makan masakan kampung.
Oleh sebab kawasan tak biasa, dan situ pun memang area kampung, tak banyak sangat kedai makan yang ada. Jenuh jugak lah kitorang cari tempat makan.

[Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang


Baru berkesempatan nak update pasal part 2 short vacation aku n family ke Gold Coast Morib last week... fuhhhhh.berpeluh keti mak tau...

Sangat sibuk dengan urusan kerja hakiki dan bisnes Shaklee aku tu..lagi2 dah hujung bulan nih, mencacak rambut aku gara-gara nak closing bulan Oktober punya...tapi apa pun, i love my bisnes ❤

Eyh ter story pasal bisnes la pulak...hahahah

Ok2.balik pada tujuan asal.

Sambungan dari part 1, lepas habis kitorang lepaking kat D'Pulze Cyberjaya, terus gerak ke Morib...

Lebih kurang jam 6.00 petang kitorang sampai dan terus check in dulu.
Korang boleh check in bermula jam 3.00 petang, dan check out jam 12.00 tengahari.



Sementelah aku dan kawan2 datang bak ber holiday sekali, aku mintak receptionist reserve kan kitorang bilik sebelah2..tak sebelah pon, berdekatan..tak berdekatan pon, kalau boleh satu level yang sama..senang kalau ada apa-apa hal kan..... receptionist tu pun layan jer apa yang aku request..Alhamdulillah....tapi rupanya......
(baca entry seterusnya kalau nak tahu..)



Kitorang dapat bilik 1311 ~ level 3.
4 tiket masuk theme park
4 voucher breakfast untuk 2 hari, untuk aku dan husband lah.
untuk budak-budak sebaya Auni yang baru umur 5 tahun tu, dikenakan caj RM 21.00

fuhhhhh, kalau family yang ramai anak, jenuh jugak nak membayor RM 21 sekepala....huuurrmmm.
maybe korang yang anak 2, 3, 4 orang , aku cadangkan korang bawak bekalan makanan untuk breakfast...

Dah setel semua, terus gerak ke bilik...badan pun dah penat, perut lapar gilerr dah..walaupun aku makan agak banyak kat Seoul Garden tadi... huurrrmmmm.












bilik hotel tak der carpet tau...so, kalau korang datang ramai dan berniat nak berkampung ramai-ramai dalam 1 bilik, pastikan bawak toto yea.... dan bantal kalau mampu. hihihih.
towel dan iron jangan lupa bawak hokey....jangan harapkan yang hotel punya jer, jadilah macam aku, pakai shawl dan baju berkedut seribu...hehehe




ni pulak, balkoni hotel ni yang menghadap semak samun...huhuhu
terkejut aku bila buka sliding door, ..

Auni dan Humayraa pulak, dah excited tengok jakuzi...lupa dunia, terus cakap nak mandi..nak mandi.., sambil buka baju...

Selepas Maghrib, kitorang turun ke tempat magic show..ada show malam tu. Alaaa, magic show biasa jer..tp ok la sebab free jer... yg kene bayor, kalau nak makan dan minum...

Malam tu air pasang, dengan deruan ombak sambil dijamu bauan laut yang busuk, kitorang layan jer magic show tu wat dono..hahaha





dalam kegembiraan menikmati magic show, tetiba dapat wassap daripada kawan2 aku yang dorang baru jer check in....yang tak bleh blah, dorang dapat bilik kat level 7...

aku ? level 3.....

korang rasa????

eyh bukan ke aku mintak pada receptionist tadi untuk kasi bilik kitorang berdekatan atau 1 level?

aku terus ke receptionist dan mintak tukar bilik ~ DAPAT

apa yang terjadi masa tu, biar aku simpan sendiri jer la..hahahahah

cuma aku nak bagitau korang, kalau korang dah plan datang ngan kawan-kawan atau sedara mara, adik beradik ke, pastikan korang deal betul-betul dengan receptionist, beritahu detail sedetailnya pada dorang ,,..jangan main cakap je dengan harapan dorang akan paham apa yang korang expect...

kecuali korang tak kesah pasal bilik, then lupakan lah nasihat aku nih...kih kih kih...

malam tu jugak kitorang pindah bilik dan aku terus hantar kad akses seperti yang aku janjikan pada dorang... good night !!

ok lah, jumpa lagi esok pagi yea...next entry..part 3..stay tuned...

Part 1 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang