Laksa Penang Bajet Tapi Sedap Di Makan



Laksa kering banyak kat rumah...so, terfikir nak buat laksa penang ..

Petang semalam, singgah pasar tani Putrajaya, beli daun kesum dan bunga kantan..2 bahan ni penting.kalau tak ada, bukan laksa penang nama dia..dan terpenting jugak,1 kg ikan selayang aka ikan sardin..hehehhehe

Seawal jam 9 pagi, aku dh masuk dapur..tapi keluarkan ikan dari peti ais dulu untuk defrost..hehehehe

Nak masak laksa penang, senang jer..tak susah mana..lagi2 laksa penang bajet..wakakka.

Maksud bajet bagi aku nih sebab tak semua bahan complete macam kat kedai jual..

Asalkan menjadi laksa penang aku tu, ok lahh...kennnn...

Bahan2 untuk laksa penang bajet aku ni ialah ;

10 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Belacan bakar (lebih kurang saiz ibu jari jer..)
Cabai kering (aku guna cabai kering yang memang aku dah kisar siap)
2 batang bunga kantan (dibelah dua)
Daun kesum
Asam keping

Bahan hiasan/perasa :
Limau kasturi
Telur rebus
Bawang besar (hiris nipis)
Lada besar (hiris nipis)
Otak udang
Kicap

Cara masak :

Mula2 kene lah rebus ikan selayang tadi..aku rebus dengan garam dan asam keping..
Lepas dah siap, asingkan isi ikan dan blend sampai hancur...ada orang, tak suka hancur sangat...terpulang ..ikut sesedap tekak memasing..hehehehe

Sebelum tu, korang kisar bawang merah + bawang putih + belacan.
Masukkan semua bahan kisar tadi dalam 1 periuk berisi air.
Masukkan cabai kering yang dah kisar tu jugak.
Campak semua daun kesum, bunga kantan & asam keping. (Jumlah asam keping ni, pun aku main campak je...aku suka letak lebih sebab aku suka masam...hehehe)

Masak sampai mendidih..

Lepas tu, masukkan isi ikan yang dah blend tadi.
Biar sampai mendidih.
Jangan lupa tambah garam dan gula sesedap rasa. Gula tu jangan la buh banyak..kang jadi manis lak laksa korang...wakakakakak.

Aku guna laksa kering ja..rendam dan rebus..nak rendam semalaman pun tak per..so tak perlu rebus dah.jimat gas...hehehehehhe.



Dah siap..boleh lah hidang...

Sejak2 kahwin ngan orang utara, aku dah pandai makan laksa tambah kicap manis...mula2 nak cuba dulu, takut nak tambah..kot pelik rasanya..

Huh, sekali try...hari2 mauu.. wakakakka

Korang try la..konpem menjilat jari..

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa