Deko Deko Bilik Tidur Anak Perempuan Mama & Abah

Kali ni, entah berapa kali dah mama deko bilik kakak Onnee dan Humayraa...semata-mata nak ajar kakak tidur kat bilik sendiri.....hahahah

Sebelum ni, 2, 3 hari jer bertahan, tu pun mama kene tidur sekali ngan korang..kihkihkih....

Lepas tu, semua berkumpul kat bilik mama dan abah semula......

Kebetulan, selepas mama habis Breastfeeding Workshop kat Shaklee HQ di The Pinnacle, Bandar Sunway, abah bawak kita ke IKEA Cheras..., saje jalan-jalan cuci mata...sementara tunggu aunty Eta setel urusan dia kat Subang Parade., lepas tu nak ke Suraya Kg Bharu makan mee celup yang sedap gilerr tu...hihihi

Pergi IKEA ni pon terapi tau.....release tension..hahahahah..sambil2 tu plan nak beli itu ini untuk deko rumah baru kita nanti...InshaAllah...

nama jer window shopping, tapi kalau tak beli walaupun 1 barang, memang tak sah la kan,....

terrr beli pillow case....
terrr beli butterfly 4 ekor....hikhikhik....

2 pcs RM 19.90 pillow case, dengan kain pun selesa, mama rasa harga tu murah dan berpatutan... tambah lagi mama saje nak test, muat ke pillow case IKEA ni dengan bantal hotel DAG PILLOW yang mama jual tu.. hihihi

Maka, terrrr deko bilik korang dan tak ter sengaja mama ajar untuk korang tidur kat bilik asing..kakak pon dah 5 tahun kan....

sebelum balik, macam biasa, mesti kene rasa aiskrim lembut IKEA yang sedap tu kan... 80sen jer..
beli 2, RM 1.60
yummmieeee.....sementara tunggu abah ambik kereta dan jemput kita..hihihi
------------------------------------------------------------------------------------



ini lah pillow case warna merah pilihan kakak onnee....dan 2 biji bantal hotel yang mama jual tu..
yg warna dark brown, bantal organik..yang putih kat bawah tu, bantal hotel jenis hollowfill...kalau kawan2 bloggers berminat nak try original bantal hotel ni, boleh hubungi saya 0193121609, atau boleh jugak nak tengok2 dulu kat blog ini BANTAL HOTEL HARGA BORONG .


taraaaa, dah siap sarungkan ..ngam2 jer saiz pillow case nih dengan bantal hotel tu...
bantal hotel ni, bantal baru tau..bukan 2nd hand drp hotel2...
stok bantal hotel yang saya ada ni direct daripada satu-satunya kilang yang supply bantal hotel jenis hollowfill kpd hotel2 4 bintang di Malaysia nih...antara hotel yang guna bantal yg sama ialah, Sunway Group, Genting Group, Marriot Hotel dan hotel-hotel sekitar Putrajaya...dan ada pelbagai jenis bantal hotel yang hotel-hotel ni guna yea..jangan tersalah sangka pulak..hihihi...

ada microfiber  (yang ni saya ada jual jugak..)
ada feather

2 jenis nih lebih mahal dan lebih syiokk tidoq..hihihi




masing-masing dah tak sabar nak tidur yea....kejap, mama hiaskan dan kemas bilik korang dulu....


haa tu la butterfly yg mama beli semalam..hihihi...4 ekor, ok lah kan..kakak la yang nak..suka sangat warna pink....

deko simple jer....perabot lain, guna yang sediaada...itu pon anak2 mama dah happy sesangat ...almari coklat tu, wakaf drp abah zaman bujang dulu..hahahaha....


simple deko...
yang penting, butterfly tu cute ....hihihi

selamat malam anak-anakku...tidurlah kamu sayang !
mama dan abah sayang korang sangat-sangat...

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa