[Part 4] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang


Sepagi dah puas main air, so kitorang decide untuk buat aktivit outdoor je petang tu. Lagipun esok ada lagi masa kalau nak berkubang dalam kolam kan.

Untuk aktiviti outdoor ni, kitorang guna pakej yang dah beli RM50. Boleh refer entry sebelum ni Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang

Hamdi sempat ber flying fox dan buat aktiviti high rope. 
Auni & Humayraa, tak ada lain la aktiviti dorang, of course ambik pakej Sand Castle. Pakej ni dapat main percuma sand castle tools tu jer. Pi main pasir kat mana yang kita suka. Pasir sini halus sangat dan sedap pijak. Tapi kene cari port sesuai sebab banyak sarang semut merah. Kang kene gigit pulak.


view pantai 

view dari tempat aktivit
belah sana tu water theme park

high rope
High rope ni, best je aku tengok. tapi spesis gayat macam aku, jangan lah cuba try. Kang tak dapat turun, sape nak jawab. hahahaha


ini baru permulaan journey high rope tu, bila dah sampai tengah, tinggi giler kot. dengan meniti atas tali cenggitu jer, mampu tak?
Tak gayat, tak per lah. Hihihihi.




ready untuk flying fox ke tengah laut. masa ni laut surut, so bila sampai ke tengah laut tu, air nya tak der. Kering je.


tinggi nak panjat ke pelantar dia tu. Aku sempat la panjat separuh tangga, kekonon nak try flying foz. sampai separuh, aku dah gayat. Turun balik la weh. Hhuhuhuhu











seronok ek korang main pasir. Mama dan abah pun tumpang sekaki. 

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa