Resipi Bubur Lambuk Terengganu

Bubur Lambuk Terengganu
Bulan puasa ni, bubur lambuk menu femes. Tapi bubur lambuk Terengganu jugak yang kena ngan tekak Ciktah. Dia punya rasa tu, sedap sangat dengan rasa manis ikan selayang, pucuk miding (pucuk paku merah) dan tambah budu pulak kan.


Sedappppp oiii.

Tapi yang mak Ciktah buat, lagi sedap. Air tangan mak lah katakan.
Masak satu periuk besar, habis licin untuk kitorang 8 beradik. Berbuka dan sahur taram makan bubur lambuk jer. Ngam-ngam.

Masa berbuka dah balun 2,3 mangkuk. Lepas terawih, balun lagi 2 mangkuk.

Korang try la buat. Resipi ni Ciktah kongsi resipi daripada mak Ciktah sendiri. walaupun mak orang Kelantan, tapi dia teror masak masakan Terengganu. Dah suaminya asal Terengganu kan. hihihi.

Masuk jer Ramadan, bubur lambuk Terengganu nih antara menu mesti ada. Tu yang tetiba teringin sesangat. Terus call mak kat kampung mintak resipi. 
Padan muka.
Zaman memuda dulu tak nak belajar masak ngan mak. Sekarang terkial-kial. 

Korang nak cuba rasa tak? Senang jer kalau nak masak sendiri. Nah Ciktah kongsi resipi.




BAHAN-BAHAN;

10 ekor ikan selayang (dibakar)
2 ulas bawang merah besar / 8 ulas bawang merah kecik
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 cawan beras
1@2 ikat pucuk miding (pucuk paku merah)
1/2 kotak santan (guna santan fresh tu lagi sedap)
Budu
Kerisik kelapa (ni ciktah tak buh sebab takdak..hihi)
Air secukupnya.

CARA-CARA BUAT;

1. Blend bawang merah + bawang putih + lada hitam.
2. Bakar ikan selayang. Dah siap bakar, asingkan isi dan tulang. Isi ikan tu racik kecik-kecik. Ada orang blend ikan tu. Tapi tak sedap sangat la kot rasanya.
3. Sementara tu, masak bubur nasi macam biasa. Bila dah agak2 nasi tu kembang, boleh masukkan bahan2 yang dah di blend tadi. Kacau2.
4. Pucuk miding tu, ambik daun2 dia ja. Batang tu buang dalam tong sampah. Hihi
5. Masukkan ikan tadi sikit sikit sambil kacau.
6. Lepas tu masukkan santan, sayur.

Kene kacau kacau lepas masukkan santan. Kang berketul-ketul pulok.

Jangan lupa buh garam dan gula secukup rasa. Boleh masukkan budu sesedap rasa. Seeloknya budu yang warna hitam tu.
Kalau budu merah, jadi lah bubur lambuk merah. Hahaha

Ciktah tak letak ajinamoto. Kalau korang nak bubuh, boleh jer.

Nak sedap lagi, taruk daun kadok. Tapi duk Putrajaya nih, mana lah nak cari daun kadok. Kat pasar malam pon tak ada. Huhuhu

Korang cubalah sendiri nah. Cuba try sedap ke idok.

Orang-orang Terengganu, konpem teror masak bubur lambuk. 

sebelum makan bubur lambuk yang bersantan nih, jangan lupa telan Phytocol ST untuk prevent daripada kolesterol jahat.

Kita lawan dia, waaachhaaaaa !

No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa