Rumah Bertam Putra Dah Siap


Last week balik Penang, mak mertua ada operation buang sebelah buang pinggang.
Alhamdulillah, operation tu berjaya. Sekarang masih di Hospital P.Pinang..




dan bila dah balik Penang tu, tak lupa akan ziarah rumah kami, bertanya khabar..dah siap ke..dah siap ke..hehehe

bila pergi tengok, eyhhh dah ada orang buat renovation?
eyhhhh..dah ada yang duduk?
rumah kita camna nih..
tak ada pun developer call kata kunci dah boleh ambik segala bagai.

aku dan husband dah cuak..hahaha..lawak pun ada,sebab ini pengalaman pertama kami beli rumah...
lagi-lagi bila ada kawan-kawan cerita nak kene topup duit itu ini bila nak ambil kunci rumah.
dan daa tu jugak terus pergi ke pejabat pemaju, Hunza Properties Kepala Batas.

rupanya dah lama boleh ambil kunci rumah..bulan Julai hari tu lagi dah siap...tapi kami tak dapat apa-apa surat.atau mungkin terlepas pandang sebab alamat surat-menyurat semua guna alamat rumah mertua..kihkihkihkih...

Alhamdulillah..urusan pembelian rumah kami ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah...syukur yaAllah....
oleh kerana esoknya kami dah nak balik Putrajaya, maka terpaksa tunda ke tarikh yang lain untuk proses ambil kunci rumah..nak ambil kunci pun, kene buat appointment selewat-lewatnya 2 hari awal supaya technician dan management boleh prepare segala borang dan surat untuk step seterusnya iaitu bayar untuk sambung bekalan elektrik TNB dan bekalan air PBA P.Pinang....



ni gambar jiran depan rumah, saya ambil sebab berkenan dengan grill ..simple dan yang best, warna putih..hehehee...saya suka tema putih untuk rumah.

dan sekarang tengah berangan-angan tema dan konsep interior design nya pulak....sebab saya dan suami plan untuk jadikan homestay...so, kene make sure homestay tu nanti selesa untuk pelanggan....

inshaAllah, situ antara kawasan yang strategik sebab dekat dengan pelbagai kemudahan..

dan paling best, dekat dengan Mydin Bertam..jalan kaki pon boleh...hihihi...

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa