Nak Satay Sedap, Jom Buat Sendiri Dengan Resipi Mudah Ni



Satay ni antara feveret aku jugak la. Kene pulak dengan kuah kacang yang sedap dan kawww, boleh lupa laki kat sebelah. Hahahaha.

Tapi selalunya merata kedai dan restoran aku terjah cari satay yang sedap. Kalau orang tak reti buat, memang tak sedap. Kering jer dan tak juicy. Haaa gituuuu katanya chef. Eyhhh. Kihkihkih.



Kat grup facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), ada sorang kakak ni kongsi dia punya resipi satay. So aku ambik la untuk aku kongsi pulak kat blog aku ni dan jugak untuk rujukan aku akan datang. Mana tahu raya tahun depan, boleh sediakan menu satay sendiri kan. Jimat dah.

Ni resipi satay nya. Kredit pada Puan Lynn Ismail.

___

Sebelum ni ada yang mintak resepi satay dari saya.
Disini saya sediakan agar dapat membantu sahabat2.

Resepi Satay.

Ayam/Daging 2 kilo
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Halia 2 1/2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 2 inci
Ketumbar 10 grm
Jintan Manis 50 grm
Jintan Putih 20 grm
Kunyit serbuk 50 grm
Kunyit hidup 3 inci
Gula melaka 1 cwn
Gula pasir 1 cwn (kurangkan jika tak nk manis)
Garam 3 sudu kecil

Blend semua kecuali ayam @ daging.
Akhir satukan dengan ayam @ daging dan gaul sebati.

Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.

Kuah kacang

kacang tanah- Goreng dengan minyak sedikit@tanpa minyak dan Blend setelah sejuk.
Lada kering-Blend
Gula melaka
Garam
Gula
Halia
Serai
Bawang besar dan bawang putih.

Tumis bawang ,lada kering sehingga garing.
Masukan Kacang ,gula melaka dan bahan perasa.
Akhir masukan air.

#lynnIsmail
#sayaizinkanshare



No comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa