Resipi Tteokbokki (Spicy Rice Cakes) Selera Melayu

July 17, 2019

TTeokbokki Homemade Yang Confirm Halal

Bagi peminat Korean Food dan teringin buat sendiri di kala kelaparan waktu hujan, katanya Pn Atikah Mat, boleh lah cuba buat sendiri TTeokbokki ni. Terima kasih Ika sebab berkongsi resipi TTeokbokki ni. Rupanya senang je nak masak.

Kata Ika lagi, resipi yang dikongsi ni tak pasti sama sebiji dengan rasa TTeokbokki sebenar sebab dia tak pernah makan di luar. Tapi gemar dengan makanan Korea dan cuba masak mengikut kesesuaian tekak Melayu.

Boleh cuba resipi ni di rumah. Senang je.


Bahan untuk rice cake:
Setengah pack Tepung pulut
Air
Sedikit garam

Bahan untuk Sos:
3 sudu besar minyak masak
2/ 4 ulas bawang putih
2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Pedas ikut selera)
1 senduk serbuk cili (kalau takde boleh ganti cili padi)
3 sudu sos tomato
Satu sudu besar cuka(optional)
Sedikit gula melaka
Sedikit serbuk ikan bilis atau pati ayam
Setengah cawan air masak
Sedikit sos bijan dalam 1 sudu besar
Sedikit daun bawang
Bahan seafood (fishcake, crab stick atau bahan-bahan steamboat, ikut selera tekak masing-masing ye)
Kimchi jika ada
Telur ayam rebus jika nak.

Senang je nak buatnya, yang tak pandai masak pun confirm boleh pun. Refer gambar cara buat ok.


setengah paket tepung pulut
Langkah 1 : Sediakan setengah peket tepung pulut. Tambah sedikit garam.

tambah air sikit sikit.

Langkah 2 : Tambah air sikit-sikit supaya jadi doh macam nak buat onde-onde. Senang nak gentel dan tak melekat kat tangan

doh yang dah siap dan tak melekat kat tangan


Langkah 3 : Gentel doh tadi dan bentukkan memanjang macam gambar di atas yang dipanggil rice cake. Ukuran lebih kurang 2 inci.
Sementara siapkan adunan ni, panaskan air rebusan sehingga mendidih

rice cakes yang sedang direbus 

Langkah 4 : Rebus rice cakes tadi sehingga masak. Tanda nak tahu rice cakes tu dah masak bila dia timbul kat permukaan air. Sama kaedah buat onde-onde.
Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam air suhu biasa.
Nota penting : Air rebusan rice cakes tu jangan dibuang tau. Boleh guna untuk buat sos nanti.

rice cakes yang dah masak dan dimasukkan dalam air bersih

Langkah 5 : Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis hirisan bawang putih bersama cili boh.

cili boh

serbuk cili

Langkah 6 : Masukkan 1 senduk serbuk cili (ikut leves kepedasan korang). bagi yang suka pedas menyengat, boleh tambah cili api.

Langkah 7 : Masukkan 3 sudu besar sos tomato.

Langkah 8 : Masukkan sedikit gula melaka/gula kabung

Langkah 9 : Masukkan 1 kiub bilis/ayam (optional). Tak nak letak pun tak apa.

Langkah 10 : Masukkan air rebusan rice cakes tadi. Kacau rata dan boleh test rasa dah ok ke belum. kalau dah ok, boleh ke langkah seterusnya.

Langkah 11 : Bila sos sedikit pekat, boleh lah masukkan segala mak nenek bahan steamboat (fish cake, crab stick dan lain-lain) termasuklah RICE CAKES tadi.  

sos tomato

gula melaka/gula kabung

kiub bilis/ayam (optional)


masukkan semua bahan

siap!

You Might Also Like

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa