Ayam Goreng Kunyit, Lauk Dinner Paling Simple Nak Masak Lepas Balik Kerja


Sekarang aku rajin masak kat rumah. Sejak jarak rumah dan pejabat cuma beberapa ketul batu je. Kalau dulu KL - Putrajaya pi mai pi mai, sampai rumah, kerja nak tidur awal je. Nak makan pun dah malas. Dalam otak cuma pikir nak bangun awal pagi esok, bersiap siaga nak masuk pejabat pulak yang nun jauh di KL.

Banyak kali dah buat menu ni. Musim demam ayam goreng kunyit. Menu simple, tapi sedap. Menambah-nambah makan nasi. Pekena pulak dengan sambal belacan.

Entry ni aku nak share resipi ayam goreng kunyit style aku. Ehh, style suami aku. Resipi dari dia. Hahaha. Kalau resipi azali lahiriah aku, cuma serbuk kunyi dan garam. Kahhh!

Yang pasti menu ni melepasi piawai tekak aku. Sebab apa tau, sesetengah kedai yang jual nasi ayam goreng kunyit ni, ayam dia tu tak berapa kena dengan selera aku. Kalau ada yang sedap tu, ya ampunn memang sedap yakmat. Ada tu, biasher biasher je.

Ok, meh aku share resipi resipi suami aku.

Bahan-bahan;

1. Ayam (potong kecik-kecik)
2. Sayur-sayuran yang korang suka. Aku suka letak kacang panjang, lobak, brokoli dan kubis bunga. Tapi kali ni, aku cuma letak kacang panjang dan lobak.
3. Bawang besar kuning (dihiris)
4. Serbuk kunyit
5. Serbuk cili
6. Garam

Cara masak.

1. Gaulkan ayam yang dah dipotong tu dengan campuran serbuk kunyit, serbuk cili dan garam halus.
2. Perap sekejap. Sambil tu, boleh potong sayur dan bawang besar.
3. Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.
4. Apa lagi tunggu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Goreng sampai warna keemasan. Cewwwahh. Dah macam iklan. Hahahha.
5. Agak-agak ayam dah nak masak sikit, masukkan hirisan bawang besar dan sayur-sayuran yang dah dipotong tadi secukupnya. Goreng sekejap, kemudian angkat.
Aku suka kalau sayur-sayuran tu goreng lama sikit sampai sedikit layu dan garing. Hihihi.
6. Jangan lupa toskan minyak dulu.
7. Dah siapppp! Simple kan?
8. Jom makan. Sambal belacan jangan lupa. Ohh, kicap pun jangan lupa. Penambah selera kuasa dua. Hahaha


0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa