sharethis.js TENTANG SAYA | ♥ Mashitah Mamat | Malaysia Blogger ♥
What are you looking for?

TENTANG SAYA


Hai, Assalamualaikum! Nama saya Mashitah binti Mamat. Lahir pada 16 Jun 1982 di Kg Sura Tengah, Dungun, Terengganu.

Walaupun saya lahir di Terengganu dan kampung halaman di Dungun, Terengganu, saya speaking Kelate sebab saya membesar di Kelate sejak umur 12 tahun sampailah sekarang, mak ayah saya still tinggal di Kelate. (suko benar duduk di Kelate)

Nama glemeres saya di kalangan sahabat sahabat zaman study dulu, "cheetah" atau "tah". Nama sopan di kalangan orang luar dari kaum sahabat ni, Sheetah atau Syitah. Jangan sesekali panggil saya dengan nama Mas, boleh murung 44 hari 44 malam. Hahahaha!

Saya anak sulung daripada 8 adik-beradik. Seorang dah meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2015 akibat kemalangan jalan raya. Adik lelaki kedua bongsu. Al-Fatihah untukmu sayang adikku Muhammad Faiz Izamuddin. Uhuk!


Saya isteri kepada Muhamad Hamdi bin Haji Abdul Rahim. Kami diijabkabulkan pada 17 September 2010 bersamaan 8 Syawal 1431H di Kg Sura Tengah, Dungun Terengganu dan dikurniakan 3 orang cahayamata, Nur Hadfina Auni, Nur Humayraa Nadra dan Muhamad Hafidh. Alhamdulillah.


Sejarah Bermulanya BerBlogging.


Saya start berblog ni pada tahun 2009. Masa tu saya cuba belajar sendiri cara buat blog sebab nak berniaga. (Dasar mata duitan, hahahah). Cerita bermula bila housemate saya guna medium blog ini untuk menjual sutera dan batik dari Kelantan dan Terengganu. Lepas tu gigihnya saya mengggodek sana sini cara nak buat blog sebab saya pun nak berniaga jugak. Tapi satu benda yang saya tak tahu waktu tu, bukan senang nak meniaga kat blog walaupon blog kau cantik kebaboom. kahkahkah! (naifnya saya masa tu)

Kat blog ini juga saya berkongsi macam-macam story. Macam rojak dah. Caca merba. Tapi yang paling penting, niat saya nak mengabadikan memori di blog untuk tatapan pada masa depan.

Hobi & Aktiviti Kegemaran


Travel: Saya percaya, jika diberi peluang dan ruang, ramai antara kita yang suka travel ke tempat orang kan? Saya pun sama. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Menghayati keagungan Allah swt.

Kecantikan: Saya suka kecantikan walaupun bukanlah pakar kecantikan. Hanya untuk kepuasan sendiri dan suka berkongsi.

Planner: Sejak 2 tahun lepas, saya suka pada hobi yang satu ni. Bermain dengan planner, washitape dan sebagainya. Ada masa lapang, saya suka explore tentang planner di instagram dan pinterest.

Kerjaya Tetap, Assistant Engineer.


Buat masa ni saya masih Assistant Engineer di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Full time. Entah ada rezeki ke tidak saya jadi engineer. Hahaha!
Doakanlah saya kot tetiba satu hari nanti saya boleh jadi engineer.

Part Time Job, Full Time Business


Part Time Job: Saya terima tempahan blog sebagai part time job saya. Dengan niat nak membantu kawan-kawan yang nak start blogging. Kebanyakannya yang datang kat saya untuk tempah blog adalah mereka yang belum pernah ada blog dan baru nak menerjunkan diri dalam dunia blogging. Dan ramai antara mereka nak buat blog untuk bisnes dorang.

Full time business: Alhamdulillah, hampir 8 tahun saya buat bisnes Shaklee, menjual produk kesihatan dan kecantikan semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat. Saya sendiri pun tak percaya kenapa saya boleh bertahan selama hampir 8 tahun dengan Shaklee. Apapun sayau syukur dengan jalan yang Allah berikan ini. Dengan bisnes ini, saya bahagia kerana dapat membantu ramai orang hidup lebih sihat dan membantu mereka yang memerlukan pendapatan tambahan. Kenapa full time dan bukan part time? Bagi saya, definisi part time ni adalah buat suka suka untuk mengisi masa lapang. Tapi bisnes Shaklee ni saya buat sepenuh hati.

Oleh sebab saya suka travel, bisnes Shaklee ni juga BATU LONCATAN untuk saya merealisasikan hobi saya yang suka travel kerana Shaklee memberi peluang melancong ke luar negara setiap tahun.



Hobi Waktu Lapang Ketika Di Rumah.


Di waktu lapang, saya suka deco rumah, deco planner, berkebun bercucuk tanam dan menghabiskan masa dengan family tersayang, kawan-kawan dan juga my Shaklee business partner. 
Hidup hanya sekali. Kematian menjemput pada bila-bila masa. Maka haruslah luangkan masa berharga bersama-sama orang tersayang.

Saya harap dengan sedikit sebanyak perkongsian saya di blog ni, boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang datang singgah ke WWW.MASHITAHMMAMAT.BLOGSPOT.COM
Kalau ada salah silap saya dalam menulis, yang mengguris hati dan perasaan, tegurlah saya secara berhemah. Saya terima dengan hati terbuka.

Salam Sayang,

Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan menjadi rakan blogger saya. Semoga ukhuwah ini mendatangkan 1001 kebaikan dan manfaat dunia akhirat. InsyaAllah.

Terima Kasih.

Lve,
Mashitah Mamat

Add your comment

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa

@mashitah.mamat

Subscribe for the latest post