dah tetiba ko pon nak jadi minah korea ke apa? hahahah
lama dah tekak aku nih teringin nak try makanan korea, tapi tak ter langkah kaki aku ni masuk dubu dubu ke atau restoran-restoran Korea yang lain......
ni semua kawan aku punya angkara.....
masak korean food, update kat facebook,
aku terliur la wehh..tapi belum berkesempatan lagi nak try...
korean food yang paling femes,
yang paling terkenal, of course la kimchi kan..
drama korea pun banyak highlight kan kimchi nih...
cara masak kimchi yang kawan aku share ni, tak la susah pun..senang rupanya buat kimchi....
aku pun gatai tangan la nak buat jugak...
harap-harap tekak aku nih boleh terima..
aku rasa boleh kot, sebab ada campuran bahan spesel.... !!
~ BUDU KELATE ~
aku pun hairan mulanya, pesal kimchi ada budu.
org korea makan budu ker?? hahahahaha
kata kawan aku tu, budu tu rasa dia hampir 95% sama dengan pes/sos perap orang jepun/korea guna dalam masakan.
ini diakui sendiri oleh pelancong Jepun yang pernah ke Kelantan dan melawat kilang budu...
cara pemprosesan pun sama, menggunakan tempayan.
sah, memang sama macam sos perap dorang apabila org Jepun tu rasa budu....
haaa, org korea/jepun pon makan budu tau..hikhikhikhikhik..
(sumber story : drp Atikah Mat yg share resipi kimchi homemade)
moh kita tengok, step by step camna Ika buat kimchi spesel ni....
(esok2, buat kimchi, aku refer je blog sendiri...hahahah..)
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ;
1. 1 biji kobis cina
2. garam halus
3. 2 biji epal hijau
4. segenggam daun kucai,
5. 1 batang lobak merah, 6. sebiji bawang holland potong bulat.
7. budu
BAHAN UNTUK BUAT PES;
1. 1 biji epal hijau
2. 1 biji bawang Holland
3. halia 1 inci
4. 5ulas bawang putih
5. Serbuk lada Babas / cili boh
6. Sos ikan
7. 2 sudu tepung beras
~ Blend bahan 1-4 dengan sedikit air.
kobis cina, nih bahan utama....mula2 ni, ko try la buat sebiji kobis dulu...
nak rasa sedap ker idok...hikhikhik
kalo sedap, boleh la tambah dos , 10 biji kobis ..wakakakakka
kobis ni, belah 2 atau 4..ikut suka hati mak nenek ko lah...hihihi
jangan lupa, basuh bersih2...celah2 kubis tu, basuh dengan air bersih betul2...
buka sehelai demi sehelai yea...
cuba up skit level kerajinan ko tu..
jangan ler malas sangatt....hikhikhik
lepas dah basuh bersih2, toskan..
lepas tu, ko letak garam halus 5-6 sudu kecik...
lumur dan make sure sapu rata pada kobis tadi......
agak-agak dah rata,
tutup bekas dan perap selama 5-6jam.
jangan lupa tutup lak bekas tadi..kang tetiba ada pulak makhluk lain elok je parking kat atas kobis ko..hihihii
2 biji epal - potong memanjang
1 batang lobak merah - potong memanjang
segenggam daun kucai , potong sama saiz atau agak2 sama panjang dengan epal dan lobak yang dah dipotong tadi
1 biji bawang holland, potong bulat
Bahan pes, sebiji epal hijau , sebiji bawang Holland,halia 1 inci,5ulas bawang putih. Blend dengan sedikit air.
Hasil blend tadi, tambah 3-4 sudu serbuk lada, 1 sudu sos ikan, 2 sudu tepung beras + sedikit air. Masak sehingga sedikit pekat. Sedang-sedang, jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
Setelah 5jam. Air kobis akan turun bila diperap garam, macam itulah rupa kobis selepas diperap. Ambil, perah air garam, kalau masin sangat, basuh dengan air masak, lepas tu perah, letak dalam bekas.
Campur bahan sampingan yang dipotong tadi.
Hmm, masukkan pes yang dimasak tadi, tambah sedikit bahan probiotik terbaik dari kelate, juga feberet orang jepun iaitu BUDU.
Letak sedikit gula iaitu makanan bakteria untuk menggalakkan bakteria berparti dalam kimchi.
Gaul pes rata & sekata.
kemudian, masukkan dalam bekas.
Lastly letak kat tempat tak kena cahaya matahari. Biarkan 24jam. Mudah-mudahan berbuih elokla dalam tu ye.
Resipi KIMCHI K-POP ni dikongsi oleh Atikah Mat . Sila follow Facebook beliau kalau nak tahu banyak lagi resipi2 Korean food yang dia buat sendiri..hikhikhik...
1 Comments
Apa rasa dia ye??
ReplyDeleteTegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa