Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee


Tetiba aku up cara nak bayar bil guna Maybank2u. Alkisahnya penyewa rumah aku tu tak tahu camna cara nak bayar bil air Perbadanan Bekalan Air P.Pinang (PBA). Tak pernah buat katanya. jadi, aku screenshot satu persatu dan edit bahekk punya untuk mudahkan dia paham.

Alang-alang aku dah edit cantek sangatt ni kan, so aku up terus kat blog supaya boleh jadi panduan untuk orang lain jugak.

ok, ni step by step camna cara nak bayar bil secara online via maybank2u.



walaupun guna handphone, aku tak suka guna mobile site. complicated.
aku lebih suka guna Full Website, sama macam appear kat PC.
klik Full Website

pilih Accounts & Banking

pilih Bill Payment


pilih Make a one-off payment 
kalau bil yang tiap-tiap bulan korang bayar, korang boleh set up as Favourite Payee
so, bila dah set up, korang hanya pilih Make a payment to a favourite payee dan terus view senarai bil kita jer. tak payah lagi nak taip nombor akaun bagai.


kalau bil yang korang nak bayar tu ada dalam list Our Top 9 payees, terus jer kelik kat situ.
kalau tak ada, korang boleh klik kat Select from list


untuk semua jenis bil utiliti, korang pilih Utilities
tick jer kat situ



tick mana-mana yang berkenaan. 
aku kat Putrajaya ni, SYABAS. 
rumah aku kat Penang sana, dah tentu la Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang



dah siap tick, akan view macam ni. pastikan betul. dan yakin dan konpiden semua betul, klik Continue.
kalu nak perbetulkan semula, klik Go Back.



lepas tu, masukkan jumlah bayaran kat Amount
No akaun bil kat kotak Bill account no:
dah setel, klik Continue

pastikan amaun dan no akaun bil yang dah korang masukkan tu betul tau. 
ulang 10x tengok pun tak pe. silap 1 nombor, haruuuu. 
then, teruskan macam biasa, klik kat kotak kuning tu, request no TAC yang akan dihantar terus ke nombor handphone yang dah korang daftar kat Maybank.

dah dapat no TAC tu, masukkan kat kotak putih. 

dah siap
dah puas hati
dah confirm betul

klik Confirm.

dapat resit, print dan masuk fail lah. 

simpan sebagai bukti pembayaran.

ok, selamat mencuba !! 


Sumber gambar : pakcik google
Aku tak pernah terfikir nak buat persediaan awal untuk Auni masuk darjah 1, tahun depan. Maksudnya dari segi persediaan kelengkapan sekolah. Tapi aku dah siap mohon secara online dan dah dapat sekolah pun.


Kebetulan ada kawan cum jiran cum customer Shaklee aku, datang rumah. Sembang-sembang dengan dia, dia terkeluar cerita pasal anak dia yang darjah 1 tahun nih. Terima kasih Asma, berkongsi tips dan pengalaman ngko ngan aku dan buat aku tersedar untuk buat persiapan awal dari sekarang. Jadi aku ada baca blog mereka yang berkongsi tips dan juga ada buat survey kat fesbuk.




Hasil daripada komen kawan-kawan fesbuk, ini yang dapat aku rumuskan untuk jadikan panduan.


1. Yuran Sekolah - aku tak pasti berapa yuran untuk kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Siap-siap menabung je lah.

  • Yuran Sekolah Kebangsaan
  • Yuran Sekolah Agama / KAFA

2. Baju Sukan

  • T-Shirt sukan - boleh beli di koperasi sekolah sebab siap logo sekolah. Kalau tak sempat beli sebab kehabisan, boleh pakai t-shirt warna putih dulu.
  • Seluar sukan - boleh beli sendiri atau beli di koperasi sekolah. Biasanya cikgu akan suruh beli seluar warna gelap macam hitam, dark blue. 

3. Uniform sekolah

  • Baju sekolah warna putih dan kain biru gelap. Aku cakap kat my husband Mr Ady,  nak beli kain dan nak tempah. Tapi dia cakap, baik beli yang dah siap. Elok jugak kualitinya dan yang penting lebih murah. Lagipun anak tu baru umur 7 tahun. Tengah melasak. tak der masa nak tengok baju lawa ke tak. hihihihi
  • Tudung sekolah material lycra - ada jual kat koperasi siap lencana atau boleh beli sendiri. kawan aku suggest belikan ajer material lycra. Kalau material satin ni, licin dan susah budak-budak nak handle. Silap haribulan, tudung dah  tutup muka. hihihi. 

4. Kasut sekolah

  • Kasut sekolah - beli 2 atau 3 pasang. Kalau anak tu terlalu lasak sampai kasut asyik transform kaler hitam jer tiap kali balik sekolah, elok lah belikan 5 pasang kasut terus. Untuk 5 hari persekolahan seminggu. Senangkan kerja mak-mak terutama yang bekerja. 
  • Jangan lupa tulis nama anak kat belah dalam kasut. 
  • Beli kasut yang berkualiti sebab takut cepat koyak. tapi ada juga kawan aku cakap, beli jer yang biasa. kalau cepat koyak dan rosak, tak la ralat sangat. So, terpulang lah ye.
  • jenama kasut yang dicadangkan - Pallas. Aku pon tak tahu apa brand kasut sekolah zaman sekarang ni. Nanti aku survey lah dulu.
  • haa, yang nih aku rasa tips paling penting. - Beli kasut sekolah yang canvas, cepat kering kalau basuh.
  • Kasut sekolah, kalau boleh jangan beli awal sangat ataupun beli yang saiz besar sikit. Kalau beli awal sangat, takut tak dan pakai lama, dah ketat.

5. Bekal ke sekolah

  • Botol air  dan bekas makanan - beli yang biasa-biasa dan murah jer dan beli lebih, buat stok. Kawan aku cakap, botol air anak dia selalu hilang. hahahahadoi.
  • paham ler mak-mak suka ber bento. bekas bukan main cute. Aku pon suka. Apa pun, terpulang lah kan.

6. Buat kedai stationery mini kat rumah simpan stok alatulis masa kecemasn. hahahha

  • buat stok stationery ala-ala kedai alatulis. kalau budak yang baru kenal alam sekolah nih, dorang bukannya reti nak jaga alatulis. hilang tu, biasa. kadang tu setiap hari hilang. Patut lah ayah aku selalu cerita yang adik dia aka mak sedara aku, asyik kene beli pensil baru. Pergi sekolah, wajib pensil hilang atau pon patah dua. hahahahah. *rindu Mok Nik. Al-Fatihah*
  • alatulis yang mesti ada;
          - pensil biasa untuk kegunaan harian.
          - pensil 2B Stabilo, Staedtler atau Faber Castell untuk guna masa exam.
          - pemadam : beli yang murah-murah jer. nak yang elok, pakai masa exam nanti. Kalau
            beli pemadam yang besar, boleh jer potong. nak hilang? haa tak per, ada lagi separuh. hahaha
          - pensil warna yang murah dan biasa. Ada yang cadang beli pencil warna Faber Castell yang
            dalam kotak. Nanti boleh recycle kotak plastik tu.
          - crayon
          - gunting
          - pembaris
          - gam


7. Beg sekolah

  • Jangan beli beg yang troli, susah nak tarik naik tangga kalau kelas atas. beli yang biasa-biasa dan murah > kalau ada duit lebih, nak beli yang mahal pon, terpulanglah. Yang pasti, beg sekolah budak akan cepat rosak sebab dorang tak pandai lagi nak jaga. Sebaiknya tulis nama atau tempah key chain untuk gantung di beg sekolah dia. Nama dia, nama kita sekali dan nombor telefon parents. 

8. Pakaian extra

  • Legging untuk girl. Almaklumlah, anak-anak tengah melasak, kang terselak pulak kainnya. hehehe
  • Stoking dan anak tudung kene beli lebih sebab cepat longgar.
  • Singlet.
  • Sapu tangan.

9. Lain-lain 

  • buat/tempah sticker nama untuk tampal pada buku, botol air, bekas makanan , pencil box dan sebagainya.
  • beli stiker warna untuk tampal pada buku ikut hari/jadual kelas.
  • menabung duit RM1 dari sekarang atau tukar siap-siap untuk perbelanjaan anak semasa kat sekolah nanti. 

teringat pulak masa aku sekolah dulu, ayah aku bungkus duit syiling dengan surat khabar supaya tak hilang. hehehe
comel jer kan ayah aku. (^__^)


10. Ajar anak buat benda basic (masa minggu orientasi nanti)

  • kita kene ajar anak untuk guna duit untuk beli makanan. Tahu cara nak bayar dan ambik baki. sekarang pon dah boleh ajar kan. 
  • mak ayah boleh pergi tengok kat kantin ada jual apa. Ajar anak beli apa yang sesuai.
  • Boleh juga ajar anak / pesan kat anak beli makanan apa supaya tak beli jajan.

Siap sedia  mental dan fizikal mak ayah dari sekarang. Kene pastikan anak kita dah boleh membaca dan mengira. ( ini yang tengah aku usahakan sekarang ni. mencabar hokey.) Waktu orientasi nanti selalunya ada ujian diagnostik. Sesetengah sekolah ada buat ujian lisan jugak tujuan utk mengenalpasti penguasaan anak dalam membaca , menulis dan mengira. *fuhhhh*

Ok, dah ready ke nak mengadap sesi persekolahan? 6 tahun boleh lagi hidup selesa. nak pergi bercuti memana, tak kisah pasal cuti sekolah ke tidak. Lepas nih, kene tunggu cuti sekolah baru boleh plan bercuti atau balik kampung.

Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • [Part 1] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang
  • Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak
  • [Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
  • Laksa Penang Mek Kelate style
  • Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2017
  • Pengalaman Menginap di ROSA MALACCA, Melaka
  • Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza
  • Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door
  • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ▼  2017 (25)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ▼  August (2)
      • Cara Bayar Bil Melalui maybank2u
      • Persediaan Barang Sekolah Untuk Anak Masuk Tahun 1
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • BEAUTY 6
  • Family 31
  • LIFESTYLE 14
  • Planner 2
  • Review 5
  • Travelog 10

Total Pageviews

MY LOVE



Contact Form

Name

Email *

Message *

Featured Post

Majlis Kemuncak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PASTI Kawasan Putrajaya 2023

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Mee Celup Sedap Di Presint 9, PUTRAJAYA
  • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Sambal Bilis Petai Tempoyak Durian

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes