Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!

Bermula Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari, rata-rata antara kita terpaksa memasak kat rumah. Yang jarang masak macam aku ni pun terpaksa memasak setiap hari. Yang tak pandai memasak macam aku ni pun dah setara chef tersohor bab masak-memasak ni. Kihkihkih!

Aku ni bekerja Isnin sampai Jumaat, dah terbiasa waktu memasak aku hanya hari Sabtu dan Ahad. Itu pon kekadang kalau aku ada urusan bisnes Shaklee kat luar, tapau makanan kat luar jugak. Lagi pulak kalau hari bekerja, confirm makan luar. Sesekali je aku masak kalau kerja kat pejabat tak banyak dan aku pun tak penat sangat. Kalau tak, akan singgah beli apa-apa makanan sebelum balik rumah, untuk anak-anak yang dah pasti kelaparan terutama Kakak Auni yang baru balik dari sekolah.

Awal awal PKP semua semangat cuba macam-macam menu. Yang pelik habis satu Malaya berjangkit jangkit resipi sama. Yang teror masak tu ramai. Yang tak teror masak pun ramai. Maka terwujud  lah grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni!. Hahahha.

Antara menu viral masa PKP yang aku cuba buat ialah donut gebu. Semua pakat buat donut sampaikan stok mauripan kat kedai boleh sold out katanya. Ikutkan aku, malas nak buat sebab tak minat nak buat kuih-muih ni. Tapi sebab insan-insan kesayangan request, Mr Ady dan anak-anak, paksa diri jugak la buat donut. Aku search je resipi donut kat Facebook, pasti jumpa lah. Aku follow step by step dari resipi tu. Ada lah derhaka sikit sikit resipi tu. Sebab aku agak agak nak bagi dia jadi. Tak ada pengalaman pon buat donut. Tapi aku adjust la yang mana hati aku rasa ok. Hahahah.

Hasilnya? Walaupun tak cantik dan gebu, tapi licin jugak 1kg tepung sekali buat tu. Boleh lah berkongsi dengan jiran sepinggan. Aku harap tak tercekik la jiran aku makan donut aku tu. Hahaha!

Cerita bab masak ni, sejujurnya aku bukan lah pandai sangat masak. Biasanya aku masak menu yang senang buat,  senang ingat dan yang suami dan anak-anak suka makan. Contoh macam ayam masak merah, gulai ayam, masak kurma ayam, masak lemak kuning, ikan masak kicap, sotong goreng dan tomyam. Menu yang simple je.

Yang pelik lagi yang aku nak cerita kat entry kali ni sebenarnya pasal aku terjebak dengan periuk Noxxa. Dipendekkan cerita, aku terjebak nak beli periuk ni sebab kawan aku si owner Heidaia Boutique tu la. Aku tahu dia insan yang sangat busy dengan menjahit. Bulan Ramadhan hari tu aku ternampak posting di Facebook dia pasal masakan menggunakan Noxxa.

Terbeliak biji mata aku nengoknya..Wahh hebat ni. Dalam sibuk dia pun boleh masak hebat macamni. Dan dia guna periuk pressure cooker Noxxa. Ishkk macam best!

Terus teringatkan kawan aku ni, Kak Elly. Dia memang pengguna setia periuk Noxxa. Spesis mak mak yang suka memasak. Kat Facebok dia tu aktif berkongsi macam-macam resipi yang masak dengan Noxxa. Aku terus whatsapp dia tanya pasal PC Noxxa ni. Zassssss! Aku nak. Dia offer aku main kutu periuk Noxxa. Tapi yang best, tak payah tunggu habis bayar kau dah boleh dapat periuknya. Bayaran pertama setel, terus dapat periuk wei.

Ini lah periuk aku. Besar!. Setakat ni dah lebih kurang 10x aku guna pc Noxxa ni. Memang mudahkan memasak. Rasa nak nangis laa. Kenapa aku tak beli dari dulu lagi. Hahaha.

Nak nasi goreng, kau tuang je beras yang dah dibasuh ke dalam periuk.

Nak gulai ayam sedap, tak payah masak lama-lama atas dapur gas tu. Dengan Noxxa, 20 minit siap. Isi ayam tu memang lembut giler la. Rasa macam makan gulai ayam mak aku masak. Hihihi!.

Nak buat ikan masak steam limau, pun senang yakmat. Allahu. Betul la dorang cakap. Ini lah maid moden. Since anak-anak pun masih belum bersekolah, aku akan masak dulu sebelum pergi kerja. Jadi setakat nak masak gulai ayam tu, sekejap sangat. Sediakan bahan. Tumis bahan. Masukkan ayam, then tinggalkan untuk 20 minit. Sementara tu, aku boleh bersiap-siap untuk ke pejabat. Jimat masa kan? 

Amway



sarang periuk dan inner pot

view tudung periuk dari dalam


tudung periuk
manual penggunaan dan buku resipi

percuma sudip nasi dan sukat beras

Satu set pressure cooker Noxxa ada beberapa komponen;
▪ sarang periuk - aku tak tahu apa nama dia sebenar. 
▪ inner pot - boleh beli extra untuk memudahkan kerja-kerja memasak. 
▪ tudung periuk
▪ kabel elektrik
▪ percuma sudip dan sukat beras
▪ manual
▪ buku resipi
▪ warranty card

Bagi mak-mak yang sibuk macam aku ni, aku sangatlah sarankan korang ada sebijik pressure cooker Noxxa ni. Dan aku sarankan sesangat korang beli dengan agen Amway yang sah. Elakkan beli kat Shopee atau Lazada sebab bagi aku nak belajar guna periuk Noxxa ni, kau kena berguru. Bila kau tak faham, kau boleh terus tanya agent tu. 
Tak bermakna aku ban shopee atau lazada tau. Aku pun suka weh shopping kat Shopee. Tapi aku memilih barang yang patut dan tak patut aku beli kat situ. 

Ni pendapat aku la ya. Dari pengalaman aku sendiri.  Sebab aku memang tak berapa reti nak guna gadjet dapur ni. Kalau tersilap langkah, kot padah yang menanti. Pressure cooker ni, kalau tersilap, boleh mendatangkan bahaya ataupun periuk akan rosak. Sebab dia canggih sangat, maka dia pun ada gak sensitif dia. 

Aku beli pc Noxxa ni dengan Kak Elly, kawan baik aku yang aku kenal sejak tahun 2013 lagi. Dan yang best, tiap kali aku whatsapp tanya dia, pasti dia akan jawab segera. Itu yang aku suka. Tapi kalau dia lambat reply pun, aku faham. Tak lah memaksa orang untuk jawab dan dan tu ye dak? 
Kalau korang nak jugak pc Noxxa ni atau apa-apa gadjet Amway, korang boleh cari Kak Elly, 019-2221610 @ Facebook Elly Khalid

Oh ya. Untuk periuk Noxxa ni, aku bayar 4x. 

Bayaran pertama RM174.50 + RM30 (daftar member masa promosi)
Bayaran ke-2 RM171
Bayaran ke-3 RM171
Bayaran ke-4 RM171

Harga ni mungkin berubah-ubah la kot. Contoh macam pendaftaran ahli RM30 tu aku dapat murah sebab promosi. Kalau nak harga murah, korang daftar ahli je la. Tak rugi pun. Mana lah tahu esok-esok nak beli iron wap Philips tu ke, vacuum ke kan? 

Sebelum aku say bye bye, aku share beberapa gambar bukti aku masak dengan Noxxa. Hahahaha. 

gulai ayam ala kakwok kononnya

ikan merah masak stim ala Thai.
7 minit je

nasi goreng Noxxa.
Tuang beras jer.
tak payah masak nasi

Amacam? Best kann. 

17 Comments

  1. Alhamdulillah.

    Tahniah ctah, anda berjaya memasak dengan Periuk Noxxa.

    Kagum aku..hahah ��

    Jazakillah khairan kathira atas kepercayaan mu pada servis aku..

    Moga Allah permudahkan urusan mu, rezekimu, bisnesmu..

    Insya Allah aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Elly. Jasamu ku kenang sampai akhir hayat. Hihihi.
      Love!

      Delete
  2. Memang mudah bila ada noxxa ni sebab dia betul2 bantu jimatkan masa

    ReplyDelete
  3. belum ada lagi periuk noxxa tapi memang harap satu hari nanti dapat juga menjadi koleksi di dapur. sebab tengok mudah betul memasak dengan periuk ni kan. mudah pun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..saya doakan ajumohit dapat sebiji pc noxxa ni. amin.:)

      Delete
  4. mmg mcm2 boleh masak kalau pakai pressure cooker kan.. one day nnt mmg nak beli jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. mudah dan paling penting jimat masa. hihi.
      saya doakan Fiza dapat beli pc noxxa nanti. amin..

      Delete
  5. Saya pun suka masak nasi goreng pakai pressure cooker. Jimat masa tak payah masak nasi dulu, simpan nasi dalam peti ais. Berbaloi betul kan ada pressure cooker ni

    ReplyDelete
  6. Senang hidup Ada noxxa ni, berbaloi2 membeli.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tak rugi beli. alah membeli menang memakai.

      Delete
  7. Noxxa pn best pakai..kakak sha guna ni hasil dr hui bulan2 byr..eh ok juga kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh best tu. dapat beli dengan duit hasil titik peluh kita, lagi lah rasa berbaloi baloi.

      Delete
  8. Ada nya presure cooker noxxa ni, terus rajin nak masakkan! macam-macam menu boleh masak jimatkan masa didapur, tak perlu tunggu lama boleh sambil-sambil buat kerja lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. lagi2 musim sekarang. anak2 kat rumah . maknya dah nak kene pergi kerja..so pagi2 sempat la masak dulu lauk simple2. Alhamdulillah..

      Delete
  9. Ramai cakap ada pressure noxxa ni jimat masa memasak. Macam macam boleh masak tapi saya masih masak guna cara yang lama. Belum ada periuk ni lagi

    ReplyDelete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa