Sebelum ni port aku makan mee celup kat Klang Valley ni adalah di Suraya Seafood, Kg Baru, KL. terasa je nak makan, pergi lah ke KL dari Putrajaya.
Memang sedap. Kena pulak couple dengan smoothies manggo.
Rupanya, kat Putrajaya ni pun ada mee celup sedap. Lagi sedap daripada mee celup Suraya Seafood tau.
Mee celup ni antara menu popular di Kelantan. Katanya menu dari Thailand.
Masa aku kecik-kecik dulu memang dah ada makcik-makcik kat kampung yang jual mee celup ni. Ingat lagi masa aku Form 3. Habis jer aktiviti berkebun kat sekolah, terus pergi kedai makcik mee celup. Mee celup dia memang power. Sedap. Zaman tu semangkuk RM 1.00 je. Puas makan. Makcik tu bukak meja depan rumah dia jer.
Kampung kan. Lantak ko lah nak bentang meja kat pelusuk mana asalkan tak kacau tanah orang dan tak kacau ketenteraman orang lain sudah.
Bila dah kerja dan tinggal kat Putrajaya ni, port mee celup yang aku tahu sedap dan selalu pergi adalah kat Suraya Seafood tu lah.
Sampai lah sekali tu Mr Ady terjumpa post pasal mee celup sedap kat Putrajaya. Dia kata ramai yang komen sedap. Then kitorang pergi la terjah. Mula-mula aku ingat kedai makan ala-ala Suraya Seafood yang very femes da amor tu kan. Rupanya kedai tu elok bersidai kat celah-celah lorong antara kedai gunting rambut dengan kedai runcit di area kuarters kakitangan kerajaan Presint 9, Fasa 3. Satu bangunan dengan Surau Al-Falah.
[Rujuk google maps kat entry ni kalau korang nak pergi makan mee celup].
Kedai makan atau restoran yang kita pergi untuk pertama kali ni kan, dua kemungkinan je lepas tu. Samada akan datang lagi atau itu lah kali pertama dan terakhir. Betul tak? Untuk kedai mee celup ni, ya aku akan datang lagi dan lagi.
Masa aku mula-mula sampai kat kedai tu, aku sempat ushar meja sebelah. Ada 2 orang lelaki. Ermmm, mangkuk dorang licin. Ni konpem sedap ni. Aku bermonolog sendiri.
Tak lama tunggu, makanan pun sampai.
Suapan pertama ke mulut tu, aku dah waahhhhh sedapp.
Ya betul. Memang sedap giler tau. Bihun pon banyak. Memang kenyang dan puas makan la. Memang tak pandang orang kiri kanan dah.
Ya Allah, memang sedap giler wei. Aku happy la sebab dah jumpa port makan baru. Dekat pulak tu dengan rumah.
Waktu Beroperasi :
Isnin - Sabtu (Ahad cuti)
6.00 pagi - 11.00 malam
Selain mee celup, ada nasi campur dan masakan panas jugak.
Aku tengah update entry ni pun terliur weh. Nak pergi makan lagi lah petang ni.
Kitorang makan 3 beranak;
- Bihun Celup Daging - 2.
- Bihun Celup Campur Daging + Perut - 1
- Milo Beng - 1
- Kopi Beng - 1
- Teh O Beng - 1
- Air suam - 1
- Tapaw Bihun Celup Daging + Perut - 2
Jumlah RM34.00
Alhamdulillah kenyang.
Korang yang suka makan mee celup, try la kat Presint 9 ni. Confirm tak menyesal punya. Nah aku dah siap letak google maps ke kedai tu. Tapi yang ni ke Surau Al-Falah la ye sebab kedai tu macam tak de nama je. Tak taula kot aku yang mata rabun ni tak nampak. Kedai tu situ-situ je.
Aku syak, geng surau Al-Falah pun mesti suka lepak makan mee celup lepas habis solat tu. Hihihi.
3 Comments
nampak sedap dan menarik
ReplyDeleteada rezeki nak kena cuba makan dekat sana :)
InsyaAllah dijamin sedap. pergi tengahari, petang. kalau sampai malam tu, selalunya dah habis. huhuhu. laku keas mee celup dia. :)
Deletehai mas.. hihui
ReplyDeletemee celup ni yg sama gan tempat roti john yg popular tu ke..
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa