Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee

Grooming Workshop 1.2 - BeYOUtiful akan diadakan pada 14 Oktober 2018, Ahad di Sunway Geo Tower, Bandar Sunway, Selangor.

Korang yang berminat nak join, jangan segan silu whatsapp aku hokey. WhatsApp ke 011-1051 1606 atau boleh terus hubungi nombor contact yang tertera kat poster di atas.

Workshop ini sangat-sangat disyorkan untuk korang yang nak improve atau nak ubah personaliti kepada yang lebih baik. Personaliti yang kemas dan menarik bukan hanya terletak pada pakaian atau mekap mahal. Tapi ia lebih meluas dan ia tentang personaliti diri gaya apa yang kita nak bawak.

Adakah anda tergolong dalam golongan seperti senarai di bawah?

Sudah lama hilang keyakinan diri?
Bosan dengan gaya yang sama?
Tidak tahu nak bergaya dan bersolek?
Selalu dipandang tidak menarik perhatian?

Itu semua bukan lagi HALANGAN!

"Setiap wanita itu ada kelebihan pada kecantikkan yang tersendiri. Mari serlahkan."

Mengapa perlu bertangguh lagi, inilah masa untuk kembalikan aura dan kredibiliti diri ke tahap yang lebih tinggi.

Tak perlu berhabisan beribu ringgit untuk bergaya, tetapi hasilnya tidak semewah dengan modal yang dibelanjakan.

Bertindak sekarang untuk lakukan transformasi imej diri. Diri anda Imej anda.

Jadikan diri sebagai,
* Ikon Wanita yang di hormati.
* Wanita yang ada karisma diri.
* Wanita yang siap sedia trampil bergaya.
* Wanita yang tahu menghormati majlis.
* Wanita yang pandai sesuaikan diri.

Semua ini pastinya mampu diserlahkan bersama BeYOUtiful Grooming Workshop 1.2.

Apa yang istimewanya BeYOUtiful Grooming Workshop 1.2 kali ini? (Lebih baik daripada Grooming Workshop 1.1 yang lepas. InsyaAllah.)

Rahsia dan tips untuk transformasi imej diri akan diberi untuk terus diaplikasi, antaranya,

* Bergaya ikut gaya personaliti diri.
* Impak 7 saat untuk anda mudah didekati.
* Teknik pilih pakaian mengikut TOPP
* Cara kombinasi warna pada pakaian
* Tips penjagaan kulit sihat
* Teknik makeup sendiri secara 'live'
* Pantas serikan wajah untuk keluar rumah
* Rasai sendiri YOUTH di wajah

Banyak lagi tips rahsia yang kami bakal dihidangkan didalam BeYOUtiful Grooming 1.2.

Tiket hanya RM 150.00 sahaja.

Tapi tunggu dulu!

Kami buka "tiket early birds" seramai 15 orang sahaja dengan harga RM 120.00.

Ya! RM120.00 untuk 15 orang yang pertama.

Bermula dari 23-26 September 2018 tiket "Early Birds" dibuka. Dari 12 tengah malam 23hb hingga 12 tengah malam 26hb September 2018.

Pastikan anda salah seorang yang bertuah untuk dapatkanya. Bertindak sekarang!

1st come 1st serves basis.

Limited seats!
Jangan gigit jari.

Berminat? Boleh teruss whatsapp aku ke 011-1051 1606

Siapa kaki "steamboat"? Cer angkat kaki tengok, tunjuk bukti. Hahaha.

Aku & Mr Ady penggemar steamboat. Ada lah beberapa tempat kitorang try. Ada yang pergi sekali dan tak pernah dah pergi dan ada yang pergi sekali, pergi lagi berkali-kali.

Bagi aku restoran steamboat yang menarik pelanggan datang berkali-kali ni bergantung pada menu yang disediakan, harga dan keselesaan tempat yang sesuai untuk keluarga.  Nak tahu tak, aku jumpa satu lagi restoran steamboat yang akan buatkan aku dan Mr Ady akan datang lagi dan lagi. Yess, D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Selangor. Highly recomended bagi penggemar steamboat. Confirm korang akan puas hati!



Sabtu lepas kitorang ke sini dan bawak kids sekali and of course la si kecik Hafidh. Diorang pun kaki steamboat ~ steamboat aiskrim & mee. Hihihi.

Aku suka decoration dan susunatur restoran ni. Kemas dan teratur. Menunya banyak. Macam-macam ada. Woww wwooow! Sukaaa.



Mr Ady melayan princess dia nak aiskrim


Sebelum mama dan abah dia nak menjamu selera, kena make sure anak-anak dapat diorang punya favourite dulu. Duduk diam-diam kat sini sementara mama dan abah nak meng"explore" menu yang ada. 


Nak tahu apa yang best kat sini? Meh aku story mory. Bagi aku, D'Kayangan Steamboat ni sesuai untuk semua orang. Banyak menu yang boleh kita pilih mengikut citarasa masing-masing. Menu untuk kanak-kanak hinggalah untuk warga emas. Pilih jer. 

Apa menu yang disediakan di D'Kayangan Steamboat ni?
  • 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
  • 24 jenis Yong Tau Fu. Pilih jer mana yang kita suka.
  • Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek/desert juga disediakan. Humayraa suka sangat la dapat makan kek. 
  • 15 jenis sos disediakan. 
  • 2 pilihan sup iaitu tom yam dan sup ayam. Of course la favourite aku tom yam. Yummilicious!
  • 24 jenis perapan ayam, daging, kambing dan ikan. Sedapnya BBQ. 
Antara sebab kenapa aku sangat-sangat syorkan korang datang sini. 
  • 'Refill' soup unlimited tau! Tak cukup, mintak. Aku suka hirup tom yam. Jadi kuahnya selalu la cepat habis. Hihi
  • Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam restoran atau kat luar.
  • Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Nak gathering kat sini, sangatlah sesuai
  • Ruang parking berlambak, so tak susah hati nak kene berebut atau tunggu parking kosong.
  • Kemudahan Surau yang sangat selesa juga disediakan dalam restoran.
Paling best, tang harga yang bombastik, tak berubah-ubah. Sentiasa murah dulu, kini dan selamanya.

RM 29.90nett - Dewasa
RM 12.50nett - Kanak-kanak 
(5-11 tahun)

pelbagai jenis Yong Tau Fu


pelbagai menu perapan untuk BBQ

Seafood segar

Sos
Menu lain seperti nasi lemak, spageti, mee kari, nasi goreng dan bihun goreng ada jugak.




Nasi Lemak
Nasi & Bihun Goreng


Bagi korang yang suka dessert, banyak pilihan yang ada. Kek, ABC, dan buah-buahan segar.



Jom makan ABC



Amacam? Best kan ber"steamboat" kat D'Kayangan Steamboat Shah Alam ni. Bawak orang kampung datang makan sini. Meriah.
Kita boleh duduk kat dalam atau luar. Kalau nak melepak atau together gether dengan kawan pon boleh datang sini. Mana tahu korang nak buat reunion ke, sini lah tempat yang sesuai. Semua kemudahan lengkap. Surau ada. Parking pun senang. Harga berbaloi-baloi. Dengan harga yang D'Kayangan Steamboat offer tu, puas makan. Unlimited time tau. Korang nak makan sampai kedai tutup pun boleh. Hihihi. 

Oh ye, D'Kayangan Steamboat beroperasi mula pada jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi.



Kalau korang nak pergi, ini alamatnya;

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

Waktu Operasi;
5.00 petang - 1.00 pagi
Buka setiap hari termasuk Sabtu & Ahad.

Kalau nak datang ramai, aku rasa lebih baik buat tempahan dulu. Masa aku pergi Sabtu baru ni, banyak meja dah reserve untuk customer. So kalau korang nak pilih meja yang selesa terutama untuk datang beramai-ramai, buat jer tempahan. 
Korang boleh buat tempahan melalui Whatsapp ke nombor kat bawah ni.

012-2971091

ATAU;

017-6274015

Info lanjut, korang boleh jenguk Instagram dan Facebook Page D'Kayangan Steamboat.

Instagram : D'Kayangan Steamboat
Facebook : D'Kayangan Steamboat

Hashtag :
#dkayangansteamboat
#dkayangan
#steamboatshahalam
#shahalamsteamboat


Kaki steamboat...hehe



Grooming Workshop 1.1 - Bengkel Kecantikan & Personaliti Wanita Moden | Ini adalah projek terbaru team aku. Dan terbuka kepada semua wanita dan mereka yang berminat. Workshop ini kiranya adalah julung kali diadakan selepas penubuhan Doozy Beauty pada awal tahun 2018. Bawah grup Doozy Beauty ni, banyak lagi aktiviti yang akan diadakan selepas ni.  Grooming Workshop 1.0 adalah permulaan. 

Workshop ni telah pun diadakan pada 1 September 2018 yang lepas di Sunway Geo, Bandar Sunway, Selangor.

Workshop ini terbahagi kepada dua; Kelas Mekap & juga Kelas Imej.

Bersama MUA Shalika Maamor
Kelas mekap ni kita jemput khas Make Up Artist (MUA) yang femes juga dikalangan selebriti iaitu Shalika Maamor dan untuk kelas imej pula diterajui oleh Personal Image Consultant, Tuan Maleq Ismail. 

Bersama Personal Image Consultant Tuan Maleq Ismail


Ini jer gajet mekap aku. Almaklumlah, amatur. Bawak yang mana aku biasa pakai jer. Sepanjang kelas mekap, Cikgu Shalika aka Cika buat demo pada Wani. So kami ikut step by step ikut apa yang Cika tunjukkan. 






Hasil mekap, simple jer. Tak ada bulu mata pelesu. Haromm. Hahaha


Selepas habis mekap, sesi bergambar pulak. Ye lah, muka dah lawo mekap kan. We olls teruja nak bergambor. Ada antara kitorang ni tak pernah pakai mekap pun tau. Tapi nak belajar jugak. Alaaa mekap biasa biasa jer. As long as tahu cara pakai concealer, primer, blusher, lipstik. Bulu mata tu kitorang memang elakkan. Terima kasih Cika sebab ajar kitorang mekap.

Antara ilmu baru yang kami belajar hari tu;

● Wajah

▪ Mula-mula kene prep muka dengan betul sebelum apply mekap supaya mekap cantik dan tahan lama.
▪ Gunakan Youth Toner dan sapu ke seluruh wajah. Kemudian, gunakan YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50
Spray seluruh wajah dengan setting spray
▪ Next letak primer. Cika suggest brand Laura Mercier.
Ratakan pakai tangan.

● Kening

Lukis ikut garis kening. Framekan. Then berus, ratakan dengan berus ke dalam kening.
Next, apply concealer untuk padam segala cela dan tap tap dengan beauty blender.

▪ seterusnya letak foundation, blend dengan beauty blender. Jangan lupa letak sekali tepi rahang.

● Bawah Mata

Untuk bawah mata guna corrector oren brand Kryolan atau brand lain yang sesuai dengan kulit.  Dap guna tangan lepas tu blend dengan beauty blender.

▪ Then letak concealer,  lepas tu guna beauty blender. Concealer kena warna lebih cerah.

Kawasan dahi ke hidung dagu bawah mata. Blend dengan beaty blender.

▪ Lepas tu spray muka

▪ Lepas tu letak translucent loose powder pada area yang letak concealer tadi.

▪ Then Shading. Shading pada Tulang pipi dan line tepi telinga turun kebawah. Jawline.

Nak dagu panjang buat U Bawah dagu.

▪ Lepas tu letak eye primer. Letak warna paling cerah semua kelopak. Buat bentuk D terbalik kat kelopak - guna warna gelap matte

▪ Kat bahagian tengah mata yang terang tadi tu boleh letak shimmer.

▪ lepas tu boleh pakai mascara.

▪ Blusher pada tulang pipi jangan dilupa
▪ Lipstik
▪ Highlighter

Tips : Beauty Blender bagi kembang dulu. Caranya, basuh dengan air lepas tu perah sekering yang boleh. Then bole dap dap dah.

Kelas mekap habis agak lambat. Drag sampai jam 2 petang. Lepas tu ada kelas imej pulak. Cepat-cepat makan dan solat Zuhur. Lebih kurang 2.45 -3.00 petang, mula kelas imej by Tuan Maleq Ismail.



Masing-masing khusyuk belajar tentang imej. Ilmu baru. 

Antara topik yang dikongsikan oleh Tuan Maleq. 
Selain itu banyakk lagi ilmu tentang imej yang kami belajar pada hari tu. Workshop berakhir pada jam 6.00 petang. 

Untuk Grooming Workshop ni, kami sangat alu-alukan anda untuk join bersama kami. Next Grooming Workshop 1.2, kami akan adakan pada 14 Oktober 2018, Ahad di lokasi yang sama, Sunway Geo Bandar Sunway, Selangor.

Kalau korang berminat nak join, jangan malu malu meow WhatsApp aku ke 011-1051 1606. 



16 September 2018 - Birthday Mr Ady yang ke-32
17 September 2018 - Anniversary kitorang yang ke-8

Aku & suami celebrate tak celebrate sangat la. Kitorang pergi makan-makan steak kat Fiske Steakhouse je di Keramat, KL.
Gigih la jugak dari Putrajaya ke KL kan. Teringin. Teringat-ingat dia punya beef steak dan sos lada hitam yang super sedap tu. Pekat dan rasa lada hitam tu, perghhh.

Tahun 2015 lagi kitorang mula try makan kat situ. Fiske Steakhouse Asam Pedas Melaka Di Keramat, KL . Terus jatuh cinta.

Malam tadi, kitorang pergi. Sampai sana lebih kurang jam 10.00 malam. Dah memang niat nak makan steak, so aku order mix steak, campur beef, lamb dan chicken. Kebiasaan favourite aku, beef steak jer. Tapi selepas aku cuba try makan mix cowboy steak special di Cowboy SteakHouse Bangi tempoh hari, sedap pulak. Berjangkit. Hihihi.

Humayraa dan Auni pulak,order spageti bolognese dannn mintak kek sebab tahu nak celebrate birthday abah dia. Ye lah tu, padahal korang yang beria nak kek kan. Hahaha.
Restoran ni memang ada jual kek. So kalau nak celebrate birthday last minute plan, boleh terjah je. Tak pening kepala memikior nak cari kek tetengah malam.

Walau dimana dan bagaimanapun kita celebrate tarikh istimewa dalam hidup kita dan orang tersayang, bukan isu besar. Yang penting, bagaimana kita meluangkan masa dan cara kita tunjukkan kasih sayang buat yang tersayang.
Untuk Mr Ady, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-32 dan untuk kita, Happy Anniversary 8th.
Thank you for everything. Thank you sebab jadi suami yang terbaik untuk sayang. (auwwww...suweet sour oiii)
Suami yang baik dan bertanggungjawab. Abah yang penyayang.

Semoga jadi kenangan terindah untuk kita sekeluarga. Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat. amin. 


Balik kerja memang lapar.
Penat pun ye.
Malas nak masak pun ye.
Bila Mr Ady ajak makan steak ~ jommmmm.
Sedap jugak
Lama dah tak makan steak.
Dia pulak ajak pergi restoran steak kat Keramat.

Jauh tau dari Putrajaya. Memandangkan baru balik kerja, dan hari bekerja ni paham-paham la tahap kesesakan lalulintas kat Kuala Lumpur tu macamana kan, confirm jalan jem teruk. Boleh sawan daku dibuatnya. Dan aku pun penat baru balik kerja, malas la nak berlama-lamaan dalam kereta. Auni pun confirm penat jugak sebab kebiasaanya hari sekolah, dia memang akan tidur awal.
.
Tetiba aku teringat Brian, ex-officemate yang ada buka restoran Western kat Bangi. Terus aku ajulan cadangan bernas aku tu pada Mr Ady.

Kita try steak kat kedai Brian nak?
.
Brian mana? Tanya kita pulak. Takkan dah lupa. Selalu duk ber hai hai lambai tangan bagai pokok kelapa di tepian pantai. Hek eyh.
.
Alaaaa, Brian yang keje sekali BPJ ari tu laa.
.
Ooooo, dia ada restoran ka?
.
Haah. Kat Bangi. Jomm la try.
.
Jommmmm siap!.

Cowboy Steak House, Bangi. Dekat jer dari rumah aku. Dekat tu pun, perlukan Waze jugak.

Jemput jamu mata ye. Sedap dan harga berbaloi-baloi. Aku order Mix Cowboy Steak Special. Campur lamb, chicken dan beef. RM39.90
Untuk anak-anak, aku order meat ball. RM9.90
Strawberry juice. RM5.90
Manggo juice. RM6.90

Nak pergi sana, korang waze jer Cowboy Steak House Bangi.
Ada 1 lagi cawangan Cowboy Steak House di Seremban 2.

Pergi tau. Confirm puas hati.


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • [Part 1] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang
  • Bihun Sup Ayam Yang Simple Dan Mudah Tapi Sedap
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • [Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
  • Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak
  • Laksa Penang Mek Kelate style
  • Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2017
  • Kisah Orang Menang, Buku Saiful Nang
  • Pengalaman Menginap di ROSA MALACCA, Melaka
  • Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ▼  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ▼  September (5)
      • Grooming Workshop 1.2 - BeYOUtiful
      • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Se...
      • Grooming Workshop 1.1 - Bengkel Kecantikan & Pers...
      • Makan-Makan Di Fiske Steak House Celebrate Anniver...
      • Cowboy Steak House, Restoran Western Harga Murah d...
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • BEAUTY 6
  • Family 31
  • LIFESTYLE 14
  • Planner 2
  • Review 5
  • Travelog 10

Total Pageviews

MY LOVE



Contact Form

Name

Email *

Message *

Featured Post

Majlis Kemuncak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PASTI Kawasan Putrajaya 2023

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Mee Celup Sedap Di Presint 9, PUTRAJAYA
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga
  • Teringin Daging Pekasam, Cuba Daging Pekasam Merecik Yang Dibuat Daripada Daging Fresh

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes