Tentang Aku - Empunya Blog

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku guna blog ni sebagai diari untuk aku abadikan segala kenangan dan memori yang akan aku kenangkan semula bila rindu bertandang di hati. Mengingati kenangan lama membuatkan kita sentiasa ingat diri sendiri yang dulu. Mungkin ada kebaikan dalam diri ini yang dulu akan buatkan aku tersedar  siapa aku hari ini. Jika dulunya mungkin aku seorang yang baik, semoga aku menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika aku yang dulunya buruk kelaku, semoga aku berubah dan berusaha untuk menjadi lebih baik seiring dengan pertambahan usia. 

Untuk anda yang mungkin tersinggah di blog aku ni, aku kenalkan diri dulu. Nama penuh aku, Mashitah binti Mamat. Boleh panggil aku Shitah. Dilahirkan di Kg. Sura Tengah, Dungun, Terengganu pada 16 Jun 1982. Anak sulung daripada 8 orang adik-beradik. Membesar dalam keluarga yang sederhana. 

Aku membesar di Terengganu, Pahang dan Kelantan sebab ikut ayah aku yang bekerja dengan Felda Engineering Servis Sdn Bhd (FESSB). 

Selepas tamat SPM, aku sambung belajar ke Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah (POLIMAS) dari tahun 2000 - 2003. Aku ambil Sijil Kejuruteran Perkhidmatan Bangunan dan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan.

Selama 4 tahun di Kedah, pelbagai suka-duka kisah hidup sebagai seorang pelajar, jauh dari mak ayah di Kelantan. Selepas Kedah, aku berhijrah ke Penang untuk bekerja sehingga tahun 2005. Selepas tu aku berhijrah ke KL dan bekerja di sebuah syarikat M&E Engineering Consultant di Sg. Buloh sebagai draughtperson selama hampir 3 tahun sebelum aku mendapat tawaran bekerja di sektor kerajaan pada Oktober 2008 dan kembali semula ke Penang dan bekerja di ICU JPM Penang, Menara Boustead.
Kemudian bertukar semula ke KL dan sekarang di Putrajaya.

Kini, aku adalah mama kepada 3 orang cahayamata. Si sulung, Nur Hadfina Auni, anak ke-2 Nur Humayraa Nadra dan si bongsu Muhamad Hafidh.

Alhamdulillah dengan anugerah terindah ini.
 

Aku tak pandai sangat nak menulis, tapi teringin nak ada blog macam orang lain juga. Jadi, kalau ada salah silap penulisan aku di blog ni, aku mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. 

Jika anda berpendapat penulisan aku tak wajar, boleh terus tegur aku secara berhemah ke emel mashitahmamat82@gmail.com . Jangan kecam aku ya, sebab aku cepat koyak. Hahahahha! 

Oh ya, kalau ada pihak yang sudi bekerjasama dengan aku untuk review produk/servis bisnes anda, boleh juga hubungi aku di emel sama, mashitahmamat82@gmail.com 

Ok, setakat ni dulu aku kenalkan diri aku. 

Bye!