Memories Are Special Moments That Tell Our Story
  • Home
  • About Me
    • Empunya Blog
    • Disclaimer
    • Contact Me
  • Family
  • Travelog
    • Malaysia
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Istanbul
    • Umrah
  • Lifestyle
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Blogging Tips
    • Planner
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Review
    • Hotel
      • Melaka
      • Sabah
      • Gold Coast Morib
      • Penang
      • Selangor
    • Food
    • Health & Beauty
  • Shop
    • BlogForever Living
    • Shop
    • Shopee
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

Semalam tak boleh nak tidur. Sakit perut sangat sangat sampai menggangu tidur. Kejap kejap terjaga. Dah sampai masa nak bersalin ke eyh? Tapi EDD 5 hari lagi. Kalau Onnee dulu, bersalin awal 2 hari. Takkan kali ni cepat pulak kan. Ermmm, dah masuk Jun ni, harapnya boleh bersalin 10 Jun kot..hahahah..boleh ke gitu? Nak sangat pergi National Conference Shaklee ni. Baikkk punya EDD jatuh pada hari pertama majlis tu....*stresss*

Teringin sangat naik stage ambik award...kali ni, meriah iolls tau. 8 anugerah saya dapat. Tambahan pulak CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett turun Malaysia. Bertambah-tambah excited la nak pergi Shaklee National Conference tu. hurmmm

Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Baru Lahir 

Entry kali ni saya nak cerita bagaimana nak apply Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Baru Lahir. Cuti ni sah di jabatan kerajaan sahaja yea...hehehe.
Bagi pekerja swasta, atas budi bicara pihak syarikat anda la kot kan. (^__^)

Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Baru Lahir diberikan kemudahan oleh kerajaan kepada staff wanita, selama 5 tahun ( 1825 hari ) sepanjang perkhidmatan. Kita boleh ambik sebanyak mana kita mahu, asalkan tidak lebih dari tempoh yang diberikan. Nak ambik sekaligus pun boleh, anak ambik sikit-sikit pun boleh.

Untuk jabatan kerajaan pun, tak semua boleh senang lulus. Ini jugak atas budi bicara bos. Kalau kerja di unit anda tak banyak dan tak sibuk, InshaAllah mudah kot nak dapat. Tapi, berbalik jugak kepada bos anda. Tu saya tekankan, apa pun, terpulang pada pihak atasan kita lah. Dan Doa..... Doa kan senjata kita yang paling power... Doa supaya CTG ni diluluskan dengan mudah tanpa banyak soal...hihihihihihihihi..Ala-ala mandremm la, tapi ni HALAL punya....kikikiki

Sebulan sebelum nak bersalin tu, buat surat dan isi borang siap-siap. Borang CTG tu, anda boleh mintak daripada admin. Buat surat tu pulak, tulis tarikh semasa anda sedang cuti bersalin, sebaik-baiknya sebulan selepas. Sebagai contoh, saya start cuti bersalin pada 1 Jun 2014. So, kat surat tu, saya tulis 1 Julai 2014.

Surat Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Baru Lahir page 1

Berapa lama tempoh kita nak cuti, kene tulis detail. bila melibatkan cuti tanpa gaji ni, sehari pun akan diambilkira. silap percaturan, kene bayar balik atau potong gaji..muahahhahaha...
saya nak ambik CTG selama 3 tahun. selepas 3 bulan cuti bersalin, maka bermulalah CTG saya iaitu pada 1 September 2014. 

Cuti Bersalin 3 Bulan (90 Hari) Bergaji Penuh ~ 1 Jun 2014 - 31 Ogos 2014
Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir 3 Tahun ~ 1 September 2014 - 31 Ogos 2017

Untuk pengetahuan semua, CTG ni mestilah bersambung terus daripada Cuti Bersalin. kita tak boleh masuk kerja dulu, then baru nak apply CTG. Ini syarat yang perlu kita patuhi yang telah ditetapkan seperti dalam pekeliling. Anda boleh rujuk kepada bahagian pentadbiran untuk maklumat lanjut.

Surat Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Baru Lahir page 2

Attach sekali surat ini dengan Borang CTG, seperti di bawah. Isi semua info dengan lengkap. Mintak fail peribadi kita daripada admin untuk fill in form ni. Semua maklumat, ada dalam fail peribadi tu. Dorang kan yang simpan. Hehhehehe...

Borang CTG page 1

Borang CTG page 2

Borang CTG page 3

Dah settle semua, jangan lupa mintak izin dan kelulusan daripada bos unit kita terlebih dahulu. Jangan jadi cam saya, terus submit ke admin..ahhahahahaha....
Bos kita je yang tahu keje kita macamana kan. Banyak keje ke tak? Ada kerja urgent ke tak? Ada keje penting yang kita perlu terlibat sama ke? Banyak perkara yang perlu diperhalusi lah , pendek kata.....ecehhh..

So, apabila semua clear jer, InshaAllah bos akan sokong untuk cuti kita tu. Dah dapat sokongan daripada bos unit, InshaAllah dah lepas satu step. Kemudian akan melalui bos besar pulak, Pengarah di jabatan kita. Haaa, yang ini pun beliau akan ambil kira banyak perkara sebelum boleh luluskan permohonan kita tu. Tapi, sokongan daripada bos unit kita tu, dah sangat-sangat membantu untuk "lepas"...

Bos kecik dah sokong. Bos besar pun dah luluskan......kene pulak pergi ke satu pihak lagi iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia...tapi jangan risau la, sampai sini confirm boleh LULUS punya. Dorang ni, approve ja sebab bos-bos di jabatan kita tadi dah bagi "lampu hijau" kan.

KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JENIS : CUTI TANPA GAJI (MENJAGA ANAK)
TUJUAN : Memberi peluang penyusuan dan penjagaan bayi oleh seseorang ibu selepas bersalin

SYARAT :
(a) Merupakan Cuti Tanpa Gaji
(b) Tempoh keseluruhan yang boleh diambil adalah sebanyak 1,825 hari (5 tahun)
(c) Boleh diambil sekaligus atau mengambil sebahagian daripadanya
(d) Tempoh cuti bermula selepas tamat Cuti Bersalin iaitu pada hari yang ke 61
(e) Tempoh cuti bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan semua kemudahan Cuti Bersalin yang berkelayakan.
(f) Permohonan untuk meminda tempoh cuti ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan 30 hari sebelum tempoh cuti yang diluluskan tamat
(g) Mengemukakan perakuan bersalin berserta dengan permohonan cuti
(h) Tidak perlu menghabiskan baki cuti rehat terlebih dahulu

**saya siapkan permohonan awal supaya menyenangkan kerja admin, sebab saya memang dah plan awal nak CTG. Bagi anda yang tetiba nak CTG semasa dalam tempoh Cuti Bersalin, pastikan permohonan di buat sebulan sebelum Cuti Bersalin tamat. 

Semoga sedikit sebanyak info ini, boleh membantu anda yang berniat nak bercuti jaga anak.

Doakan saya semoga permohonan Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir lulus yea. (^_______^)

   بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ




Cuti Bersalin 60 Hari atau 90 Hari


Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti bersalin selama 90 hari. Estimate Due Date (EDD) kali ni pada 7 Jun 2014. Saya ambik cuti bersalin seminggu lebih awal bermula 1 Jun 2014 hingga 30 Ogos 2014. So, bolehlah rehat sepuas-puasnya sementara tunggu masa untuk melahirkan anak kedua kami....*berdebauu gilerr nihh..*

Masa lahirkan Onnee dulu, saya apply 90 hari cuti jugak. Bukan apa, 60 hari tu rasa macam sekejap sangat la. Badan tak sempat nak recover elok....*alasannnn sangatttt* 
Alaaaa, apa salahnya manfaatkan kemudahan yang ada, kann. Kasi la saya chance nak cuti sepuas-puasnya. Bukan senang nak dapat cuti lelama, ye tak?

Saya dikira bertuah la sebab time saya sibuk nak "membesarkan" keluarga ni, kerajaan dah beri keistimewaan cuti bersalin pilihan 60 hari atau 90 hari untuk staf wanita yang bersalin. Saya kurang pasti, bila dorang ubah sebab tak pernah nak ambik peduli..hahahha.
Sebelum ni, maksimum 60 hari untuk setiap kelahiran dan terhad untuk 5 orang anak sahaja yang bersamaan dengan 300 hari. Sama jugak seperti sekarang, cumanya hari ini, ia lebih flexible yang mana kita boleh pilih samada nak cuti 60 hari atau 90 hari. Bagi mereka yang merancang nak anak ramai, ambik la maks 60 hari jer. Boleh la beranak sampai 5 orang anak, cuti bersalin dengan bergaji penuh. Kalau lebih, terpaksa la cuti bersalin tanpa gaji. *haruuuu*

Tak faham? Ok, meh saya bagi contoh supaya mudah faham;

Anak Pertama : 60 Hari*
Anak ke-2 : 90 Hari*
Anak ke-3 : 90 Hari*

Jumlah = 240 Hari

So, baki Cuti Bersalin yang tinggal lagi, adalah 60 hari. Maka, untuk kelahiran anak ke-4, kita hanya boleh ambik 60 Hari Cuti Bersalin Bergaji Penuh.

Anak ke-4 : 60 Hari

*jumlah cuti samada 60 hari atau 90 hari tu, kita yang tentukan

Kelayakan Cuti Bersalin Pegawai Kerajaan

6. Selaras dengan hasrat Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan pegawai, kelayakan dan peraturan kemudahan Cuti Bersalin ditetapkan seperti berikut:
6.1 seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya;
6.2 pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran;
dan
6.3 Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Rujuk sini untuk maklumat lanjut ; JPA

Lebih kurang sebulan sebelum EDD tu, boleh dah isi borang cuti bersalin.

Dapatkan Borang Cuti Bersalin

Bersalin kali ni, saya ambik keputusan untuk sambung cuti lagi. Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir selama 3 tahun. Syukur pada Allah s.w.t, dengan biznes Shaklee ni, saya dengan senang hati boleh sambung cuti ini. So, dapatlah saya menjaga sendiri anak-anak. Nak tengok anak-anak membesar depan mata. Boleh ikuti perkembangan dan tumbesaran dorang sepanjang masa. Ini langkah permulaan untuk berhenti kerja kot dan seterusnya bergelar WAHM (Work At Home Mom) . Doakan saya yea. (^___^)

Nak tahu bagaimana proses mohon Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak Yang Baru Lahir?? Tunggu entry seterusnya..saya nak tidur dulu...dah sakit pinggang duduk lama sangat.

Sebelum tidur, saya telan 4 biji Ostematrix Shaklee terlebih dahulu supaya bangun esok pagi, badan kembali cergas. Lagipun, EDD dah tak lama. Kalsium nih akan membantu saya supaya tak cramp tetiba semasa nak bersalin nanti dan beri saya tenaga lebih. InshaAllah !!

dalam toilet pon bolehhhhh....kuikuikuikui


Info penting, yang mungkin ramai tidak tahu. 

Layak Cuti Bersalin Bagi Pegawai Yang Melahirkan Anak Selepas 22 Minggu Hamil (Usia Kandungan 5 1/2 Bulan)

12. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Cafe Latte.Planner.Travel
Be yourself. People don't have to like you, and you don't have to care.

SUBSCRIBE & FOLLOW

Followers

POPULAR POSTS

  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Dokumen Penting Wajib Ada Bila Nak Buka Akaun ASB Anak
  • [Part 1] : Bercuti Di Gold Coast Morib, Sepang
  • [Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
  • Laksa Penang Mek Kelate style
  • Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2017
  • Kisah Orang Menang, Buku Saiful Nang
  • Pengalaman Menginap di ROSA MALACCA, Melaka
  • Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza
  • Teknik Paling Mudah Cuci Rel Sliding Door

Blog Archive

  • ►  2023 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2022 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2021 (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2020 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2018 (27)
    • ►  December (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (7)
  • ►  2017 (25)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (3)
    • ►  October (7)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (62)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2014 (25)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (2)
      • Cuti Tanpa Gaji Selepas Bersalin
      • Panduan Cuti Bersalin Bagi Pekerja Kerajaan
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)

Categories

  • BEAUTY 6
  • Family 31
  • LIFESTYLE 14
  • Planner 2
  • Review 5
  • Travelog 10

Total Pageviews

MY LOVE



Contact Form

Name

Email *

Message *

Featured Post

Majlis Kemuncak Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat PASTI Kawasan Putrajaya 2023

Popular Posts

  • Pressure Cooker Noxxa Bukan Wishlist Aku!
  • Mee Celup Sedap Di Presint 9, PUTRAJAYA
  • D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam, Steamboat Sedap & Murah Pilihan Keluarga
  • A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka
  • Teringin Daging Pekasam, Cuba Daging Pekasam Merecik Yang Dibuat Daripada Daging Fresh

My Blog List

  • Marshalizadotcom
    How to Choose the Right Outdoor Advertising Company Near You for Maximum Impact

Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes