Sambal Bilis Petai Tempoyak Durian


Perlu ke sebut tempoyak durian.
Semua orang tahu tempoyak tu adalah durian, kan?
Hahahaha.

Tempoyak durian versi aku. Durian fresh yang aku guna untuk masak sambal bilis petai tempoyak ni. Aku tak berapa gemor tempoyak yang peram lama sampai masam tu. Masam sangat.

Aku suka tempoyak baru yang masih ada rasa-rasa manis tu. baru lah ngam dan sedap.

Untuk sambal bilis petai tempoyak durian versi aku ni, ini aku kongsikan cara buat.

Bahan-bahan:

Petai
Durian fresh - ambik isi durian je. Biji durian boleh pi tanam.
Ikan bilis (buang tulang dan basuh)
3 biji lada merah besar
5 biji cili api (letak lah ikut level pedas masing-masing)
5 biji bawang merah
2 bawang putih
Garam
Gula

Cara masak:

Tumbuk atau blend bawang merah + bawang putih
Tumbuk lada merah + cili api . Kemudian masukkan ikan bilis sekali masa tumbuk lada merah + cili api. Tumbuk ikan bilis seadanya. Jangan sampai lumat pulak. Tak sedap nanti.

Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Tumis bawang merah + bawang putih yang dah blend/tumbuk tadi. Kasi naik bau sikit. Lepas tu, masukkan bahan tumbuk iaitu lada merah + cili api + ikan bilis.

Tambah air dalam secawan. Kasi mendidih elok. Agak-agak la nanti tak nak cair sangat atau pekat sangat. Bila kita masukkan tempoyak durian tu, dia akan jadi pekat jugak.

Eh, jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Lepas tu, masukkan tempoyak durian. Gaul gaul bagi elok rupa dia, lepas tu boleh masukkan petai. Masak sekejap, tutup api. Tak nak petai tu terlalu masak, tak sedap. Biarkan dia ada rasa krup krap petai tu. Yang tu la sodap.

Haa dah masakk tu kan, apa lagi, pergi lah ambik nasi sepinggan. Jangan lupa baca Bismillah dulu.

Selamat menjamu selera!

p/s : aku masak apa yang aku suka makan

0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa