Pada hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aku pernah update status kat Facebook yang aku nak sesangat pergi salon untuk potong rambut dan buat rebonding. Potong pendek sesuai dengan muka aku yang bulat. Dalam duk berangan tu, aku google la contoh potongan rambut pendek yang bersesuaian dengan muka aku. Aku jumpa Selena Gomez yang cute ni. Kalau aku buat rambut macam dia, manalah tahu boleh jadi cute jugak. Hahaha.
Sumber : Google |
23 hari terperap kat rumah, tak keluar langsung, entah lah rasa rimas je dengan rambut yang tak lah berapa panjang pun. Agaknya cuaca panas dah satu hal. Makin menjadi-jadi rimas dia. Dari PKP sampai lah PKPB ni haa, hampir 3 bulan tak boleh ke salon, dah tahap nak botakkan kepala. Tapi kang Ady tak cam pulak mana satu bini dia. Haruuuu!
Aku ingat aku sorang je rasa macam tu. Rupanya ramai la kawan-kawan aku mengaku yang dorang pun rasa sama apa yang aku rasa. Memang rimas weh!
Nak ke salon, semua tutup. Salon muslimah kat Presint 9 tu pun tutup. Walaupun kerajaan pernah bagi kelonggaran untuk salon dan kedai gunting rambut beroperasi macam biasa, tapi ramai yang mengambil langkah untuk tidak buka salon dan barber shop. High risk kot. Social distancing ke laut dalam. Confirm!
Sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tapi salon masih tetap tidak dapat dibuka. Aku pun tak berani jugak nak ke salon buat masa sekarang.
So sabaq sat. Bagi Covid19 balik ke tempat asal dia. Bila kita dah boleh menjalani kehidupan normal, boleh la ke salon ramai-ramai.
Sementara tu, jomlah kita penuhkan tabung dulu. Nak buat rawatan rebonding rambut pun cecah 3 angka jugak tu. Hihihihi.
Kali ni aku tak nak Ady yang potongkan rambut aku macam sebelum ni. Sebabnya aku nak buat kasi elok-elok rambut aku ni. Dah lama sangat tak potong rambut kat salon wei. Huhuhuhu.
Buat masa ni, biar je lah dia menggerbang. Bertabahlah kejap.
Actually tak lah tabah mana. Lama jugak aku cuba cari solution nak bagi rambut aku helok.
Search instagram, google, cari kat Facebook.
Lepas tu aku nampak posting pasal serum rambut kat Facebook Salon Muslimah Putrajaya.
Rezeki nih.
Aku terus PM dan order. Harga berpatutan. 120 ml, RM28 + free delivery. Siap hantar depan pintu rumah lagi tau. Syok oii. Kihkihkih..
"Terima kasih sebab sudi hantar sampai ke muka pintu rumah saya"
Selepas 2x guna untuk hari pertama penggunaan, ini adalah review jujur ikhlas dari aku yang tak berapa expert sangat pasal serum merum untuk rambut ni. Kiranya review aku memang ikhlas suci bersih la ni. Percaya tau jangan tak percaya.
4 sebab yang buatkan aku suka serum ni;
🍒Bau wangi.
🍒Tekstur yang ringan
🍒Tak berminyak.
🍒Tak melekit.
Formulated In Italy. Woww sangat nih. Sold Only In Professional Salon. Bagusss la noh! Hihihi |
Nampak tak tu? Jernih je. |
Korang cuba lah. Mana tahu kalau korang pun tengah cari serum rambut sekitar Putrajaya ni. Dah dekat sangat tu.
Korang boleh tengok kat Facebook Salon Muslimah Putrajaya.
Selain serum rambut, aku ambil juga vitamin Zinc untuk menguatkan dan menyihatkan rambut dari akar. Aku percaya, kecantikan luaran akan terserlah bila rawat dalaman dulu.
Ecehhhhhhh! Hihihi
0 Comments
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa