[Part 2] : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Baru berkesempatan nak update pasal part 2 short vacation aku n family ke Gold Coast Morib last week... fuhhhhh.berpeluh keti mak tau...
Sangat sibuk dengan urusan kerja hakiki dan bisnes Shaklee aku tu..lagi2 dah hujung bulan nih, mencacak rambut aku gara-gara nak closing bulan Oktober punya...tapi apa pun, i love my bisnes ❤
Eyh ter story pasal bisnes la pulak...hahahah
Ok2.balik pada tujuan asal.
Sambungan dari part 1, lepas habis kitorang lepaking kat D'Pulze Cyberjaya, terus gerak ke Morib...
Lebih kurang jam 6.00 petang kitorang sampai dan terus check in dulu.
Korang boleh check in bermula jam 3.00 petang, dan check out jam 12.00 tengahari.
Sementelah aku dan kawan2 datang bak ber holiday sekali, aku mintak receptionist reserve kan kitorang bilik sebelah2..tak sebelah pon, berdekatan..tak berdekatan pon, kalau boleh satu level yang sama..senang kalau ada apa-apa hal kan..... receptionist tu pun layan jer apa yang aku request..Alhamdulillah....tapi rupanya......
(
Kitorang dapat bilik 1311 ~ level 3.
4 tiket masuk theme park
4 voucher breakfast untuk 2 hari, untuk aku dan husband lah.
untuk budak-budak sebaya Auni yang baru umur 5 tahun tu, dikenakan caj RM 21.00
fuhhhhh, kalau family yang ramai anak, jenuh jugak nak membayor RM 21 sekepala....huuurrmmm.
maybe korang yang anak 2, 3, 4 orang , aku cadangkan korang bawak bekalan makanan untuk breakfast...
Dah setel semua, terus gerak ke bilik...badan pun dah penat, perut lapar gilerr dah..walaupun aku makan agak banyak kat Seoul Garden tadi... huurrrmmmm.
bilik hotel tak der carpet tau...so, kalau korang datang ramai dan berniat nak berkampung ramai-ramai dalam 1 bilik, pastikan bawak toto yea.... dan bantal kalau mampu. hihihih.
towel dan iron jangan lupa bawak hokey....jangan harapkan yang hotel punya jer, jadilah macam aku, pakai shawl dan baju berkedut seribu...hehehe
ni pulak, balkoni hotel ni yang menghadap semak samun...huhuhu
terkejut aku bila buka sliding door, ..
Auni dan Humayraa pulak, dah excited tengok jakuzi...lupa dunia, terus cakap nak mandi..nak mandi.., sambil buka baju...
Selepas Maghrib, kitorang turun ke tempat magic show..ada show malam tu. Alaaa, magic show biasa jer..tp ok la sebab free jer... yg kene bayor, kalau nak makan dan minum...
Malam tu air pasang, dengan deruan ombak sambil dijamu bauan laut yang busuk, kitorang layan jer magic show tu wat dono..hahaha
dalam kegembiraan menikmati magic show, tetiba dapat wassap daripada kawan2 aku yang dorang baru jer check in....yang tak bleh blah, dorang dapat bilik kat level 7...
aku ? level 3.....
korang rasa????
eyh bukan ke aku mintak pada receptionist tadi untuk kasi bilik kitorang berdekatan atau 1 level?
aku terus ke receptionist dan mintak tukar bilik ~ DAPAT
apa yang terjadi masa tu, biar aku simpan sendiri jer la..hahahahah
cuma aku nak bagitau korang, kalau korang dah plan datang ngan kawan-kawan atau sedara mara, adik beradik ke, pastikan korang deal betul-betul dengan receptionist, beritahu detail sedetailnya pada dorang ,,..jangan main cakap je dengan harapan dorang akan paham apa yang korang expect...
kecuali korang tak kesah pasal bilik, then lupakan lah nasihat aku nih...kih kih kih...
malam tu jugak kitorang pindah bilik dan aku terus hantar kad akses seperti yang aku janjikan pada dorang... good night !!
ok lah, jumpa lagi esok pagi yea...next entry..part 3..stay tuned...
Part 1 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
Part 3 : Bercuti di Gold Coast Morib, Sepang
1 Comments
Nanti saya baca.
ReplyDeleteNak pergi makan dulu.
Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa