Mekap Natural & Simple Gaya Amatur



Saya tak reti mekap tebal 10 inci. Dan tak gemar sangat nak mekap tebal-tebal ni. Rimas.
.
Untuk hari-hari biasa, outing atau pergi office, saya suka mekap nipis dan natural.
.
Ada yang tanya saya pasal mekap natural/nude yang saya selalu apply kat muka. Alang-alang ada orang tanya, so saya share je la ek.

.
Saya pun tak reti nak ajar orang sangat pasal mekap ni. Sebab saya bukan pro MUA pun.
.
Tapi boleh lah share apa yang saya pakai.

Yang pasti tak ada guna produk mahal. Harga mampu milik dan produk ni sesuai dengan kulit saya yang sensitif.
.
Brand yang biasa saya guna;

- Silkygirl
- Maybelline
.
Eyeliner silkygirl - suka sebab sesuai untuk si amatur macam saya. Tak sememeh bila apply. Paling best sebab senang nak cuci.
.
Compact powder silkygirl kod 02 Natural - texture yang not bad dan harga mampu beli.
.
Paling saya suka dan setia guna, foundation silkygirl kod 04 Tan, sesuai ngan kulit saya yang tak berapa nak putih nih. Bila apply kat muka, cepat kering, tak melekit. Elok je sekata.
.
Eyebrow warna dark brown brand Maybelline jer. Nak lukis kening ala pro, memang jauh sekali. Tapi boleh la nak bagi nampak bentuk kening. Maklum lah, saya ni insan istimewa. Kening senipis kulit bawang.
.
Maskara Maybelline gak, tapi jarang guna sebab rimas. Dah la asyik nak menenyeh mata je. Gatal. Kang habis comot. So pakai maskara kalau ada event jer.
.
Lipmatte daripada HeaidiaBeauty warna peanut butter . Kadang kadang guna warna toffee. Semua warna nude jer. Sesuai lah ngan kulit saya si sawo matang ni kan.
Saya sukaaaaaa sangat lipmatte by heidaiabeauty ni tau. Tak melekit.Cepat kering. Tahan lama. Dan saya kenal founder heidaiabeauty ni yang memang cerewet sangat pasal keselamatan produk yang dia hasilkan.
I know her.
.
Blusher tu pun saya tak beli. Kawan kasi. Dia suggest saya guna warna ni. Sesuai dengan skin saya katanya.
.
Eyeshadow silkygirl - beli jer, tapi jarang sangat pakai. Rimas lah. Pakai bila rajin atau ada apa-apa event. Tu pon main calit calit ja.
.
.
Sebelum saya letak foundation, tempek muka dulu dengan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener kasi skin lebih fresh.
.
.
.
#DoozyBeauty #MashitahMamat


0 Comments

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa