Hilangkan Selsema & Batuk Berkahak Bayi Dengan Baby Balm Tasneem Naturel


Selalu mak-mak macam aku risau tak hengat kalau baby selsema dan batuk-batuk. Bertambah-tambah risau bila berkahak. Kalau pergi klinik pun, cuma boleh ambik nebulizer untuk 'buka' rongga pernafasan bagi lega. Kalau tidak, asyik merengek je la sebab susah nak bernafas. Doktor pun takkan bagi ubat sebab masih baby. Bila Muhamad Hafidh yang baru 5 bulan tu selsema, batuk dan berkahak, aku dah risau. Yelah, sekarang ni kan banyak sangat penyakit yang merbahaya. Berisiko jika baby atau kanak-kanak yang kene contohnya jangkitan kuman dan sebagainya. Antibodi diorang masih belum kuat nak tepis kuman kumin ni. Walaupun aku tahu doktor takkan beri apa-apa ubat, tapi aku tetap jugak bawak si Hafidh ke klinik. At least dapat buat neb pun dah ok. Bagi dia senang nak bernafas.

Kawan-kawan aku ada syorkan buat sendiri minyak bawang putih dan sapu kat tapak kaki dan dada. Caranya bakar bawang putih dan campur sikit dengan minyak masak , minyak zaiton atau apa-apa minyak yang sesuai.

Tapi aku tak sempat nak buat. Lagipun aku tak suka la sebab melekit-lekit minyak tu. (cakap je la malas nak buat ) hahah

Then, aku cuba alternatif lain. Spot baby balm CF-Rub Tasneem Naturel. Aku suka balm ni sebab dirumus khas daripada bahan semulajadi dan kombinasi minyak pati tumbuhan (essential oil) yang bermutu tinggi. Bahan-bahan lain yang digunakan untuk balm Tasneem Naturel ni ialah beewax, shea butter dan sweet almond oil. Tak ada sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm bayi Tasneem Naturel juga diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM.

Pertama kali aku try balm ni, aku dah jatuh cinta. 

Antara beberapa sebab aku suka balm Tasneem Naturel ni;
  • bau natural
  • tak melekit
  • berkesan - cepat berkesan pada Hafidh. 
Lebih kurang 5 hari aku sapu setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, hingus dia pun dah kering dan makin berkurang. Tidur malam, bukak aircond pun dia dah boleh tidur dengan selesa. Kalau tak, asyik terjaga je dari tidur sebab hidung tersumbat. Aku lah yang mengantuk asyik terjaga. Esoknya dah la nak kerja pulak.

Kalau nak tahu, Tasneem Naturel ni keluarkan pelbagai jenis balm untuk macam-macam masalah yang selalu kena kat baby.  Korang boleh pilih je mana yang diperlukan. Harga pun berpatutan kalau nak dibandingkan dengan bahan-bahan yang digunakan. Berbaloi-baloi dengan kualiti yang superb.



Aku guna CF-Rub untuk Hafidh. Berkesan untuk Hafidh. Malam tadi kakak Humayraa pulak tak boleh nak tidur sebab hidung tersumbat. Cepat-cepat aku sapu CF-Rub ni, lena sampai pagi. Kalau korang nak tahu tentang Tasneem Naturel, ini aku senaraikan produk balm yang ada.

tasneem naturel
tasneem naturel

CF-Rub Balm Tasneem Naturel

Balm ini khas untuk mengurangkan batuk berkahak, selsema, asma, mencairkan kahak dan mengurangkan suhu badan ketika demam. Bukan baby jer boleh guna. Mak abah pun boleh guna balm ni. Konpem lega lah hidung tersumbat tu.


tasneem  naturel

Calm Time Balm Tasneem Naturel

Balm ini pula dirumus khas untuk sapuan pada anak-anak untuk membantu menenangkan anak-anak yang tantrum, mengamuk dan menangis tanpa henti. Ia membantu anak kita menjadi lebih tenang dan ceria.




Sleep Time Balm Tasneem Naturel

Balm ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Malah ia membantu memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Balm ni bagus sangat digunakan untuk semua termasuk orang dewasa. Kalau rasa tak boleh tidur,  susah sangat nak lelap, boleh lah sapu sleep time balm ni. 



T-Rub Balm Tasneem Naturel

Balm ini pulak membantu anak-anak yang ada mengalami masalah perut seperti kembung perut, sembelit dan cirit-birit.



Skeenz - Soothe Baby Skin

Balm ini membantu anak-anak yang ada masalah gatal, ruam lampin, ruam susu dan ekzema. 

Ini pulak set terbaru daripada Tasneem Naturel. Memudahkan mak-mak untuk pilih balm yang sesuai.
  • Set Healthy Baby
  • Set Newborn Budget
  • Set Nyamuk Go-Away
  • Set Travel Yay
  • Set Sweet Dream







Bagi aku, baby balm Tasneem Naturel nih sesuai untuk aku dan family. Berkesan. Jom kita tengok testimoni orang lain pulak. Betul ker berkesan?






Ramai ibu bapa yang sukakan balm Tasneem Naturel nih. Mak ayah mana yang tak happy kan kalau anak-anak sihat walafiat. 

Bagi korang yang nak beli balm Tasneem Naturel ni, korang boleh dapatkan daripada Emma. Emma boleh pos ke seluruh Malaysia dan juga boleh COD sekitar Shah Alam Seksyen 26, 27, 28, Putra Height dan Bukit Lanchong.

Boleh wasap Emma ke 016-330 8720 atau klik jer wasap link ini ORDER BALM TASNEEM NATUREL

Trusted seller. Senang berurusan dengan Emma.

Facebook : Nurazimah Mohamad

Recommended!

2 Comments

  1. Balm ni mmg terbaik.. Suka guna.. Lambat habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Best. Anak pun suka. Batuk dia pun cepat lega. Alhamdulillah ada produk tempatan yang selamat dan berkesan.

      Delete

Tegurlah, Bukan Menghukum . Sayangilah, Bukan Menfitnah
Maafkanlah, Bukan Membenci . Mudahkanlah, Bukan Menyusah
Jadi, Saling Ingat Memperingatilah . Kerana Kita Mudah Lupa & Alpa